Harini aku tak kemana-mana. Masa banyak ku habiskan dengan menonton movie yang ade kat dalam laptop aku. Satu demi satu movie aku layan. Hujan turun renyai2.. akhirnya aku keluar bilik dan lepak di koridor melihat hujan turun. Sambil minum milo panas, aku memetik api lighter membakar rokok..asap berkepul2 keluar dari mulut aku.
Hujan tetap renyai. Tiada tanda untuk berhenti. Aku memandang handphone ku untuk melihat jam dah pukul berapa. Dah pukul 11.46 pagi. Sejak putus dengan awek aku tempoh hari. Handphone aku dah tak berbunyi atau vibrate lagi. Selalunya mesti berbunyi atau vibrate bila awek aku sms (waktu ni whatsaap xde lg guys)...tapi sekarang..arghh lantak ar..benda dah lepas..malas ar nak pikir lg..
Hujan makin lebat. Aku melihat rintik hujan jatuh ke bumi dan berderai terhempas ke bumi..Tetiba teringat lak aku kisah dulu. Waktu aku form 5. waktu permulaan bagi segala perubahan. Perubahan besar dalam diriku. Samada perubahan ini baik atau buruk, sampai sekarang aku tak mampu nak menilainya.
aku ingat lagi time tu aku tak de motor lagi. Jadi waktu pergi atau balek sekolah memang aku kene menapak la..
Macam biasa setiap ari khamis aku ade kelas tambahan.. kelas Biologi. Adehh lemah ar..nak xnak terpaksa la gak pergi..tepat kul 2.45 ptg kelas pun tamat.
"adoii..hujan la plak..macam mane aku nak balek ni??" runggut aku
"ko naik jela bas..ape susah" kata syafiq..Classmate aku..
"malas ar, dekat je umah aku,lagipon aku dah pokai ni, tadi kan kena bayar duit kelas" kata aku sambil memandang ke arah munirah, bendahari kelas aku time tu..
"pepandai la ko balek..ala kalo baju ko basah, esok bukannya sekolah pon. Esok dah start cutilah.." kata syafiq sambil menuruni tangga meninggalkan aku..
"giler ar nak balek tengah hujan lebat ni, kalo baju basah ok lagi, kalo buatnya aku demam..adehh" kata aku dalam hati sambil berjalan perlahan menuruni tangga..
Budak2 lain sume dah balek naik motor, ade yg mak abah dorg amek..hmmm
Xpela..nak xnak aku tunggu la sampai hujan berhenti nanti. Lagipon kalo aku balek awal nanti aku xde benda nak buat. Time menunggu tu x payah cakap la..bapak bosannya..time tu aku blum pandai isap rokok lagi. Kalo pandai pon macam la aku ade rokok. Rokok mane leh bawak kat sekolah..argghh tak leh jadi ni..aku pon merayau2 la kat kawasan sekolah tu..
"khuzairi, kenapa awak tak balek lagi?" Tanya cikgu Kamarul bila terserempak dengan aku
"sy tggu hujan berhenti cikgu, pastu nanti saya balek la" balas aku
"awak duduk mane? meh la tumpang saya" ajak cikgu kamarul
"saya duk kat -------- -------" kata aku
"ohh maafla cikgu tak lalu kat situ.."
"tak pe la cikgu. Saya dah biasa balek jalan kaki. lagipon bukannya jauh pon, lepas hujan berhenti ni saya balek la" kata ku yg memang x suka menyusahkan orang..memang dari kecil lg aku di didik supaya tidak menyusahkan orang..
"ok la kalau macam tu..hah! jangan lupa hantar folio Sejarah lepas naik cuti nanti!" cikgu kamarul mengingatkan aku..
Aku hanya mengangguk dan melihat dia berlalu pergi ke tempat parking..eleh ingat folio tu aku tak buat ke..dah siap ar wei cuma tinggal binding je ar..
"khuzai!!" tetibe aku dengar sore org memanggil nama aku
"wei kau tak balik lagi ke? apa kau buat kat sini lagi? " Tanya Badrul.. bekas senior aku dulu..dulu badrul ni pengawas kat sekolah ni..dia merupakan ketua biro tingkatan 5..kiranya hal2 budak2 pengawas form 5 dia la yang jaga..aku lak jadi pengawas waktu aku form 3..bajet nak dapat markah merit lebih la..kalo tak,mampos aku tak mau jadi pengawas la..
![](https://img.wattpad.com/cover/157542855-288-k869293.jpg)
YOU ARE READING
Dark Side (Complete)
Romance"kau yang ajar aku benda songsang ni!! Kau yang tarik aku kat dunia giler ni!! segalanya kerana kau!! Aku...aku..sebab hormat kat kau, aku hanya mengikut je..segala yang kau nak aku ikut!! Dari lelaki sejati aku jadi gay..semuanya sebab kau!!semuany...