"AKAK,"
Raihanah memandang wajah Muiz yang kelihatan serba salah. Raihanah baru sahaja selesai menyidai baju. Mujur hari ini merupakan hari cuti sekolah jadi dia tidaklah terlalu penat.
"Ada apa?" Soal Raihanah.
"Cikgu dah minta duit yuran. Muiz sorang je yang tak bayar lagi duit yuran." Kata Muiz, menunduk.
Raihanah memandang lama adik lelakinya itu. Dia bergerak ke arah Muiz yang berdiri tegak di muka pintu.
"Muiz, Muiz tahukan yang kita sekarang tengah tak ada duit. Akak bukan tak nak bayar duit yuran Muiz, tapi banyak benda yang akak kena fikir sekarang." Raihanah cuba mencari wajah Muiz yang menunduk serba salah itu.
Dia melepaskan keluhan nipis.
"Sekarang ni, akak tengah fikir macam mana akak nak langsaikan semua hutang abah yang akak sendiri tak tahu berapa banyak. Akak fikir tu je, Muiz." Sambung Raihanah.
Tempoh yang diberikan lelaki hari itu sudah tinggal 2 hari dan Raihanah masih lagi cuba mencari duit untuk melangsaikan semua hutang abahnya. Dalam simpanannya ada lebih kurang RM5000. Duit yang disimpan dari dia bersekolah lagi. Kalau ikutkan Raihanah, duit itu untuk perbelanjaan sekolah adik-adiknya dan perbelanjaan rumah. Tapi memandangkan sekarang duit itu lebih diperlukan untuk membayar hutang abahnya, Raihanah terpaksa memejamkan sebelah mata.
"Muiz tahu... tu sebab Muiz nak berhenti sekolah. Muiz nak tolong akak. Muiz dah tak kisah dah pasal sekolah tu." Balas Muiz.
Raihanah terkejut dengan kata-kata Muiz. Dia berdiri tegak menghadap Muiz.
"Muiz tak boleh berhenti sekolah. Muiz tahun ni nak PT3. Walau macam mana sekalipun, Muiz kena sekolah sampai habis." Tegas Raihanah bersuara.
"Tapi kak--"
"Uhukk--- uhukk---"
Mereka sama-sama berpandangan ke dalam sebelum wajah kakaknya dipandang sekali lagi. Raihanah menggelengkan kepalanya.
"Pergi tengok abah. Akak ada banyak lagi kerja nak buat." Terus Raihanah berlalu ke belakang. Muiz melepaskan keluhan.
🍃
BUBUR nasi dilenyek perlahan supaya sejuk. Sesekali matanya melihat ke arah Ahmad yang sedang terbaring lemah.
Selepas peristiwa Ahmad dipukul teruk, Ahmad terus jatuh sakit. Demam panas berlarutan. Nak bawa ke klinik, ditolak mentah-mentah oleh Ahmad. Raihanah sekadar mengalah dengan abahnya.
"Abah, boleh Hana tanya sikit?" Soal Raihanah tanpa memandang ke arah Ahmad.
"Tanyalah Hana." Jawab Ahmad lemah.
"Bila masa abah berhutang dengan diorang? Kenapa Hana tak tahu?" Tanya Raihanah lembut.
Lama Ahmad diam. Kalau boleh, dia tidak mahu menceritakan sebab kenapa dia berhutang. Dia tak mahu membuka aib sesiapa.
"Nanti... Hana akan tahu juga."
"Mak ke yang berhutang?" Soalan Raihanah membuatkan Ahmad terus membuka matanya dan memandang anak gadisnya itu.
Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Menidakkan.
"Abah, jangan tipu Hana boleh? Hana tahu mak yang berhutang, tapi abah yang kena bayar." Kata Raihanah sambil mengenggam jemari tua abahnya.
"Hana tak boleh salahkan mak. Ni semua salah abah." Jawab Ahmad.
Raihanah menggelengkan kepalanya. Sampai sekarang abah masih mahu membela maknya. Sedangkan, dah hampir 5 tahun maknya pergi meninggalkan mereka 4 beranak di sini. Entah mana maknya pergi, Raihanah tak pernah tahu.
Raihanah masih ingat lagi ayat terakhir maknya sebelum melangkah pergi dari rumah mereka.
"Saya dah tak sanggup tinggal dengan abang lagi. Hidup saya susah. Abang jangan risau, saya tak akan datang sini lagi. Anak-anak, abang je yang jaga."
Raihanah cuba menahan sebak. Hanya sebab hidup mereka yang susah, maknya sanggup pergi meninggalkan mereka. Abah yang terkontang-kanting membesarkan mereka 3 beradik tanpa mengeluh apa-apa. Sampai sekarang, maknya tak pernah memunculkan diri.
"Berapa hutang mak?" Soal Raihanah lagi. Dia perlu tahu jumlah itu.
"Dulu RM10k. Sekarang, abah tak pasti."
Hampir tersedak Raihanah dibuatnya. RM10k?
"Tak pasti? Maksud abah?" Soalnya lagi inginkan kepastian.
"Mula-mula hutang tu RM8k tapi sebab abah lambatkan bayaran, mereka naikkan sehingga RM10k. Sekarang, abah tak tahu berapa yang perlu abah bayar." Sedikit bergetar suara Ahmad.
Raihanah menunduk menahan tangisnya. Kesian abah!
"Kejamnya diorang!"
"Mereka tak kejam, Hana. Abah yang silap sebab pinjam dekat orang yang besar pengaruhnya. Abah dapat tahu yang Tuan Danish bukan calang-calang orang. Masatu abah menyesal sangat." Luah Ahmad tanpa sedar.
Raihanah pantas mengesat air mata yang mengalir. Dia cuba tersenyum nipis. Tak apalah. Tak kira berapa jumlahnya, dia akan cuba langsaikan secepat mungkin.
"Abah, abah jangan risau. Hana janji... Hana akan tolong abah. Hana akan pastikan semuanya selesai." Kata Raihanah bersungguh.
Ahmad tersenyum nipis. Sungguh dia terharu dengan pengorbanan anak sulungnya itu.
"Terima kasih, Hana."
"Sama-sama, abah." Lalu, tubuh lesu itu dipeluk erat.
----------------------------------------------------------------
Vote and comments !
![](https://img.wattpad.com/cover/161251694-288-k101688.jpg)
YOU ARE READING
The Beastly. [complete]
RomantizmSTATUS; C O M P L E T E . B L U R B; Sumpahan. Sumpahan itu yang menyebabkan lelaki itu begitu. Dan penawarnya ialah... Cinta sejati. ----- "Love doesn't need to be perfect, it just needs to be true." - The Beastly. Beauty and The Beast versi mod...