TB | 11

5.1K 405 13
                                        

"MAKSUD kau?"

Raihanah tersenyum manis.

"Yelah, saya percaya setiap sumpahan tu mesti ada ubat atau penawar. Takkanlah sumpahan ni akan kekal sampai bila-bila. Awak nak ke keadaan awak jadi macam ni sampai bila-bila?" Soal Raihanah sedikit tegas. Entah kenapa dia rasakan, dia selesa dengan lelaki ini.

Daniel melemparkan pandangan jauh. Dia sendiri tak nak hidupnya seperti ini. Dia mahukan kebebasan. Dia mahukan hidupnya yang dulu, yang normal.

"Aku cuba cari ubat untuk hapuskan sumpahan ni, tapi aku tak jumpa." Keluh Daniel, menunduk.

"Tuan Daniel, saya percaya Tuan akan kembali macam dulu. Walaupun saya tak tahu sebab apa dan siapa yang buat Tuan macam ni, tapi saya yakin yang Tuan akan sembuh." Raihanah memberikan kata-kata semangat buat Daniel.

Daniel terpegun. Dia cuba menghadam kata-kata Raihanah yang masuk tepat ke dalam hatinya. Namun tak lama, dia berdecit seolah mempersendakan kata-kata gadis itu.

"Tak mungkinlah. Aku tak yakin aku akan balik macam dulu. Tak ada ubat untuk aku." Balas Daniel dingin.

Raihanah tersenyum. Dia faham kenapa Daniel bersikap seperti itu. Siapa pun yang berada di tempat Daniel, pasti turut merasakan hal yang sama; rasa putus asa dan tak yakin dengan diri sendiri.

"Jangan putus asa. Tuan Danish dan Kak Mas ada untuk awak." Balas Raihanah.

"Kau?" Soal Daniel tiba-tiba.

Raihanah terdiam. Pipinya merah serta-merta. Sekali lagi, dia merenung wajah Daniel tanpa pengetahuan lelaki itu.

"Saya pun akan ada untuk Tuan."

🍃

DANIEL melangkah keluar dari perut lif lalu kakinya melangkah ke dapur. Dalam keadaan gelap dan diterangi cahaya lampu yang samar-samar, dia duduk di kerusi makan.

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Laptop yang ada di depan dibuka lalu terus dia ke laman web google. Daniel menaip sesuatu sebelum mengakses pencariannya.

Daniel scroll satu-satu tajuk laman web dengan kerutan di dahi. Hampir sebulan dia mencari benda yang sama, namun langsung tak menemui sebarang jawapan.

"Apa aku nak buat ni? Sampai bila aku nak jadi macam ni?" Bisik Daniel sendirian sambil meramas kepalanya yang tertutup hoodie.

Dah terlalu lama dia mencari penawar untuk mengembalikan dirinya seperti asal. Sumpahan ini tak mungkin tak ada ubatnya. Benar apa yang dikatakan Raihanah. Dia mula yakin dengan kata-kata gadis itu.

"Ni semua Kim punya pasal! Jahanam kau, Kim!" Bentak Daniel separuh kuat lalu menendang kerusi di sebelahnya.

"Tuan Daniel?"

Daniel terdiam. Dia kenal suara itu. Lampu dapur turut terpasang. Raihanah berjalan menghampiri Daniel yang nampak begitu kusut.

"Tuan buat apa dekat dapur?" Soal Raihanah.

Daniel tidak menjawab, malah dia terus bangkit sambil membawa laptopnya bersama. Raihanah beriak pelik. Ingin mengejar takut diselar penyibuk. Lebih baik dia biarkan sahaja lelaki itu.

Raihanah melangkah ke mesin penapis air. Butang air suam ditekan lalu mengeluarkan air suam ke dalam cawan yang dipegang Raihanah lalu dibawa ke mulutnya.

The Beastly. [complete]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang