HAMPIR dua minggu Danish tidak datang ke White House, tetapi hari ini dia memunculkan diri disebabkan Daniel. Ada benda yang perlu dibincangkan.
Sampai sahaja di White House, terus dia menuju ke Black Floor. Raihanah yang kebetulan berada di ruang tamu, berebut berdiri untuk tunduk hormat. Dahinya berkerut selepas itu apabila Danish melangkah laju memasuki perut lif.
Danish terus memulas tombol pintu bilik Daniel tanpa mengetuk terlebih dahulu. Matanya terus mencari batang tubuh adiknya itu sebelum pandangannya berhenti pada susuk tubuh yang sedang duduk di atas katil membelakangi dirinya.
Perlahan, dia melangkah mendekati Daniel. Dia tahu apa yang sedang dikusutkan Daniel. Danish berdiri betul-betul di hadapan Daniel tanpa menghiraukan jelingan adiknya itu.
"Kau jumpa Kim?" Soal Danish tanpa riak.
Daniel sekadar membatukan diri. Tidak menjawab soalan Danish itu.
"Kau tahukan bahaya kalau kau jumpa Kim. Dia boleh buat apa je untuk musnahkan hidup kau." Sedikit tinggi suara Danish apabila melihat Daniel yang langsung tak memberi respon.
"Hidup aku memang dah musnah." Balas Daniel perlahan dan sinis.
Danish mendengus kasar. Geram dengan sikap Daniel yang belum apa-apa sudah berputus asa.
"Jangan putus asa, Adam. Kau kena buktikan yang kau mampu lawan Kimberly!"
"Apa lagi yang aku perlu buat?! Dia dah musnahkan hidup aku dengan sumpahan yang merepek macam ni hanya sebab aku tolak cinta Kath!" Daniel mula menempik sambil jarinya ditujah pada dada sendiri.
Danish terdiam. Terasa sebak melihat keadaan Daniel. Kemudian, terdengar esakan daripada Daniel. Wajahnya ditekup mengenang nasib diri.
"Adam--"
"Aku kena cari true love aku sebelum semua kelopak bunga ni layu. Kalau tak, aku akan jadi macam ni sampai bila-bila." Kata Daniel seraya memotong percakapan Danish. Lengan kanannya yang ada urat hitam Red Rosa ditunjuk pada Danish. Dan nyata, Danish amat terkejut.
Jelas sekali, Kimberly mahu Daniel terseksa dalam sumpahan itu. Danish mula menyumpah perempuan ahli sihir itu.
"Aku akan cuba yang terbaik untuk kau. Kau jangan risau." Ucap Danish sambil menepuk perlahan bahu Daniel.
Danish berlalu dari situ meninggalkan Daniel dalam kekusutan. Daniel kembali terduduk sambil teresak-esak.
Sebaik sahaja keluar daripada perut lif, terus langkah Danish mati tatkala matanya menangkap figura Raihanah yang sedang bermain dengan ikan di dalam akuarium.
"Ehem," Danish berdehem mengejutkan Raihanah. Cepat-cepat Raihanah berdiri tegak dan menundukkan sedikit kepalanya.
"So far, Daniel ada buat hal dengan kau?" Soal Danish.
Lambat-lambat Raihanah menggeleng. Agaknya kalau Tuan Danish tahu aku ni nak berkawan dengan adik dia, marah tak ea?
"Raihanah?" Panggil Danish apabila melihat gadis itu termenung.
"Ha? Ye ye." Gelabah Raihanah dibuatnya. "A-- ada apa, Tuan?"
Danish sembunyi senyum. Kelakar melihat telatah gadis itu.
"Kau ada nak cakap something ke dengan aku?" Soal Danish masih statik di tempatnya berdiri.
Raihanah menggaru kepala yang tidak gatal sambil mempamerkan senyuman hambar.
"Sa-- saya cuma..." sesekali dia menjeling ke arah Danish yang masih lagi menantikan bicaranya.
"Saya cuma nak jumpa keluarga saya. Saya rindu sangat-sangat dekat diorang. Tapi, kalau Tuan tak bagi saya jumpa, saya o---"
YOU ARE READING
The Beastly. [complete]
RomanceSTATUS; C O M P L E T E . B L U R B; Sumpahan. Sumpahan itu yang menyebabkan lelaki itu begitu. Dan penawarnya ialah... Cinta sejati. ----- "Love doesn't need to be perfect, it just needs to be true." - The Beastly. Beauty and The Beast versi mod...