RAIHANAH melangkah mendekati pintu utama rumah yang memang terbuka luas itu. Di luar pintu, ada seorang gadis yang sedang berdiri membelakanginya.
"Err, hai." Sapa Raihanah.
Gadis itu berpusing menghadap Rainanah. Kemudian, dia tersenyum. Kaca mata hitam ditanggalkan dari mata.
"I Kathrina. Boleh panggil I Kath." Kathrina memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan.
Pantas Raihanah menyambut dengan senyuman. "Saya Hana. Masuklah." Pelawa Raihanah.
Kathrina melangkah masuk lalu melabuhkan duduk di atas sofa apabila dipelawa Raihanah untuk duduk. Dia memerhati segenap ruang tamu White House. Sudah hampir setahun dia tidak menjejakkan kaki di White House. Kalau dulu, hampir setiap hari dia ke sini.
"Cik Kath nak jumpa Tuan Danish ke? Tuan Danish tak ada. Dia dah keluar." Raihanah bersuara setelah agak lama membiarkan Kathrina mencuci mata tadi.
Kathrina tersenyum.
"No. I nak jumpa Daniel. Dia ada?"
Raihanah berkerut sebelum lambat-lambat mengangguk. "Ada, saya panggil dia sekejap."
"Hana, biar Kak Mas panggil Tuan Daniel. Hana tolong sediakan air ya." Sampuk Mastura yang sudah berjalan mendekati lif. Raihanah mengangguk sahaja sebelum berlalu ke dapur.
Dalam fikirannya masih lagi tertanya-tanya tentang kehadiran mengejut Kathrina itu. Jujur yang Kathrina sangat cantik. Tapi siapa Kathrina? Dan kenapa dia mahu berjumpa dengan Daniel?
Teman wanita Daniel ke?
"Hana, dah siap ke air?"
Raihanah tersentak apabila ditegur Mastura. Segera Raihanah mengangguk sambil tersenyum. Terus dia menatang dulang air untuk dibawa ke ruang tamu.
Kelihatan Daniel sudah pun duduk di hadapan Kathrina. Sekilas Raihanah memandang Daniel yang ketat wajahnya. Seakan tidak suka akan kehadiran gadis itu.
"Jemput minum, Cik Kath." Pelawa Raihanah dan hanya dibalas dengan anggukan oleh Kathrina.
Langkah dibawa semula ke dapur. Ingin saja dia bertanya tentang gadis bernama Kathrina itu namun kelibat Mastura langsung tidak ada di dapur.
Dari dapur, Raihanah mencuri dengar perbualan Daniel dan Kathrina.
"I minta maaf kalau I datang mengejut macam ni." Kata Kathrina sambil menatap Daniel yang sudah berubah rupa itu.
Daniel tersenyum sinis.
"Well, you sukalah I jadi macam ni? Ni yang you nak kan?" Daniel menyoal sinis.
Kathrina menggeleng perlahan. Tubir matanya terasa panas tiba-tiba.
"Tak Daniel. I tak nak you jadi macam ni. I minta maaf bagi pihak kakak I. I tahu dia dah melampau bila buat you macam ni." Kathrina cuba bangun mendekati Daniel.
"I terseksa, Kath. Kalau you terima keputusan I haritu, mesti I tak jadi macam ni." Luah Daniel.
Kathrina duduk di sebelah Daniel. Tangannya meraih tangan Daniel lalu diusap perlahan.
"Daniel, I'm so sorry. Salah I sebab tak boleh terima kenyataan. I cuma tak bole nak hadam bila you tolak I macam tu. I... I cintakan you sangat-sangat, Daniel." Kathrina meluah bersama dengan juraian air mata yang perlahan membasahi pipi mulusnya.
Daniel terdiam. Tak tahu mahu bereaksi bagaimana. Kenapa bila Kathrina meluahkan rasa cintanya, dia tak pernah rasa apa-apa? Berdekatan dengan Kathrina langsung tidak mendatangkan sebarang rasa.
"Kath, you tahukan apa keputusan I?" Sengaja Daniel menyoal. Dia menarik tangannya semula dari terus digenggam Kathrina.
"I... I tahu. I cuba terima, I cuba untuk move on but I can't. I tak tahu." Kathrina menekup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangan.
Melihatkan keadaan Kathrina yang seakan tidak tenang itu, menyebabkan hati Daniel tersentuh. Terus tubuh Kathrina diraih ke dalam pelukan, cuba menenangkan gadis itu.
Ya, dia tahu. Salah dia kerana menyebabkan gadis itu jatuh cinta dengannya tapi dia sendiri tak tahu kenapa perasaan itu perlu wujud dalam diri Kathrina sedangkan mereka hanya kawan baik. Dan Daniel tidak ada apa-apa perasaan dengan Kathrina. Itu yang menjadi masalah sekarang ini.
Raihanah terus melarikan pandangan tatkala melihat Daniel memeluk tubuh Kathrina. Entah kenapa, hatinya seakan rasa sakit. Terus dilabuhkan duduk di kerusi. Tangannya masih lagi menekan dada yang terasa sakit. Yang penting, dia tidak sukakan pemandangan itu.
Dia memejamkan matanya cuba menghalau bayangan Daniel dan Kathrina. Dia yakin yang Kathrina merupakan seseorang yang amat penting dalam hidup seorang Daniel.
"Tak ada tempat lain ke nak tidur?"
Automatik, mata Raihanah celik semula. Dia menoleh ke tepi melihat Daniel yang bersandar di muka pintu dapur bersama dengan senyuman sinisnya itu.
Raihanah bangun dari duduk. Dia menjengah ke ruang tamu untuk melihat Kathrina namun tubuh gadis itu sudah tiada.
"Kath dah balik." Kata Daniel. Selamba dia melabuhkan duduk di kerusi tanpa memandang Raihanah.
"Oh... err, siapa dia tu?" Lancar sahaja soalan itu keluar dari mulut Raihanah. Perlahan, dia menepuk mulutnya yang tidak pandai cover.
Daniel menjeling Raihanah di sebelah yang masih berdiri. Dia tersenyum senget.
"Kenapa? Cemburu?"
Raihanah membuntangkan matanya lalu mencebik.
"Eii, tak ada maknanya. Saya cuma nak tahu siapa dia tu, takkan salah kot?" Raihanah berlalu meninggalkan Daniel yang masih lagi tersenyum itu.
Sebal hatinya dengan kata-kata Daniel tadi.
----------------------------------------------------------------
Vote and comments!

ANDA SEDANG MEMBACA
The Beastly. [complete]
RomanceSTATUS; C O M P L E T E . B L U R B; Sumpahan. Sumpahan itu yang menyebabkan lelaki itu begitu. Dan penawarnya ialah... Cinta sejati. ----- "Love doesn't need to be perfect, it just needs to be true." - The Beastly. Beauty and The Beast versi mod...