RAIHANAH meliarkan pandangannya ke luar kereta. Matanya bersinar-sinar apabila melihat jalan yang sedang mereka lalui itu. Sudah tentu ini jalan ke rumahnya.
Raihanah rasa teruja dan tak sabar ingin melepas rindu.
Sampai sahaja di hadapan rumah lamanya yang masih lagi berdiri kukuh, terus Raihanah keluar dari kereta namun telinganya menangkap butir bicara daripada Meor.
"Jangan lama sangat. Kau hanya diberi masa dalam 20 minit je untuk jumpa dengan keluarga kau."
Raihanah mencebik. "Yelah,"
Sampai sahaja di depan pintu, jantungnya berdebar. Senyuman dari tadi terus melebar. Dia ingat dia mahu membuat kejutan namun apabila melihat ada seseorang yang sedang menghendap di sebalik langsir, terus mati niatnya.
Tak lama kemudian, pintu terbuka dan terpampanglah wajah ceria daripada Muiz.
"Akak!"
"Muiz!"
Seketika, mereka berpelukan melepaskan rindu. Raihanah hampir menitiskan air matanya namun ditahan.
"Mana abah dengan Aida?" Soalnya teruja. Kalau boleh, dia mahu melepaskan rindu dengan secepatnya memandangkan masa yang diberikan sebenarnya tak cukup untuk dia.
"Ada dekat dalam." Jawab Muiz. Mereka beriringan masuk.
Kemudian, Aida yang kebetulan baru keluar dari tandas terus menerpa ke arah Raihanah. Gadis kecil itu menangis teresak-esak di bahu kakaknya.
"Akak..."
Raihanah tak mampu menahan air matanya lagi. Dia mengusap belakang kepala Aida penuh kasih.
"Akak rindu adik-adik akak. Korang sihatkan? Rindu akak tak?" Soal Raihanah dalam esak kecilnya.
Aida mengangguk-angguk. "Rindu sangat."
"Hana," Raihanah mendongak lalu berdiri tatkala namanya diseru. Ahmad yang baru sahaja selesai solat terus keluar dari bilik apabila mendengar satu suara yang amat dirinduinya.
"Assalamualaikum, abah. Hana balik." Ucap Raihanah lalu mencium tangan Ahmad dan memeluk tubuh tua itu.
"Abah sihat?" Soal Raihanah bersama dengan senyuman.
"Sihat Alhamdulillah. Hana sihat? Diorang ada buat apa-apa ke dekat Hana?" Soal Ahmad pula, nadanya ada terselit rasa risau.
Raihanah menggeleng.
"Diorang baik sangat dengan Hana." Raihanah tersenyum nipis.
Mereka berempat duduk di kerusi di ruang tamu. Aida sentiasa menghimpit Raihanah. Dia turut merasa kehilangan kakaknya dan kalau boleh dia tak mahu berjauhan lagi.
"Alhamdulillah, diorang pun baik sangat dengan kita. Setiap minggu, Tuan Danish akan hantar duit belanja untuk kita." Kata Ahmad.
Raihanah tercengang. Biar betul? Tuan Danish buat macam tu?
"Aah, kak. Duit yuran sekolah Muiz pun dah settle. Kata Tuan Danish, kalau apa-apa bagitahu je dia. Dia tu baik sebenarnya, kak."
Raihanah terdiam. Dia seperti terharu dengan kebaikan Danish. Lelaki itu nampak ganas rupanya dalam dirinya masih lagi ada sifat perikemanusiaan.
"Aida pun Tuan Danish banyak belikan buku-buku untuk sekolah. Tuan Danish suruh Aida dengan abang belajar rajin-rajin. Dia suruh banggakan abah dengan akak." Kali ini, Aida pula yang bercerita.
Lama Raihanah memandang adiknya sebelum matanya beralih kepada abahnya yang tersenyum itu.
"Betul ke abah? Tuan Danish buat semua tu?" Soal Raihanah, masih lagi sukar untuk percaya.

ANDA SEDANG MEMBACA
The Beastly. [complete]
RomanceSTATUS; C O M P L E T E . B L U R B; Sumpahan. Sumpahan itu yang menyebabkan lelaki itu begitu. Dan penawarnya ialah... Cinta sejati. ----- "Love doesn't need to be perfect, it just needs to be true." - The Beastly. Beauty and The Beast versi mod...