MASIH dia ingat senyuman gadis itu bila nama abangnya meniti di bibir mungil itu. Dan kenapa dia rasa tak suka dengan senyuman Raihanah?
"Eh tak! Yang aku asyik fikir benda ni je dah kenapa?" Daniel bermonolog sendiri.
Badan direbahkan di atas katil, merenung siling. Lengan kanan ditilik. Dia perasan yang kelopak Red Rosa yang sepatutnya tinggal empat sekarang hanya tinggal tiga kuntum.
Kalau tiga-tiga kuntum gugur, bermakna dia akan menjadi seperti ini untuk selamanya. Daniel duduk semula.
Mana dia nak cari cinta sejati? Takkanlah dia nak merayap-rayap satu bandar semata-mata nak cari cinta sejati?
Dan cinta sejati itu lahirnya dari hati. Bukan main kutip lepastu cakap 'I Love You.' Kena ada rasa ikhlas dalam hati masing-masing.
"Arghh!! Runsing aku macam ni!"
"Runsing?"
Daniel duduk tegak. Bulu romanya naik tiba-tiba. Suara yang menyampuk tadi seakan dia kenal. Dengan keadaan bilik tidurnya yang gelap, dia cuba mencari kelibat sesiapa yang ada di dalam bilik tidurnya.
Dia yakin, dia dengar suara itu!
"Cari aku?"
"Arghh!!"
Serentak, Daniel turun dari katil apabila wajah Kimberly muncul tiba-tiba di sebelahnya. Nafasnya turun naik akibat terkejut.
"Apa kau buat dalam bilik aku, hah?!" Soal Daniel kasar.
"Ops, jangan marah sayang. Aku saja nak datang melawat kau." Balas Kimberly menggoda.
Daniel rasa meremang satu badan.
"Jangan main-main, Kim!" Daniel keraskan suaranya.
Kimberly ketawa sinis. Dia berpeluk tubuh sambil memerhati Daniel atas bawah.
"Aku datang sini sebab Red Rosa. Tinggal tiga saja, Daniel. Tapi, kau masih tak jumpa your true love. Menyedihkan,"
Daniel mengepal penumbuk. Hatinya rasa bengkak. Dia rasa amarahnya sedang menggelegak. Dia rasa seperti diperlekehkan.
"Kalau kau tak jumpa sampai ketiga-tiga kelopak gugur, kau akan jadi macam ni sampai bila-bila, Daniel. Dan aku suka kalau kau jadi macam ni."
Kimberly mula mendekat. Jarinya menyentuh dada bidang Daniel yang masih lagi bersweater. Daniel pula seakan kaku. Kimberly tersenyum sinis sebelum perlahan-lahan, bibirnya menyentuh bibir Daniel.
Serentak itu, Daniel menolak Kimberly kasar sehingga perempuan itu terdorong beberapa langkah ke belakang. Kimberly masih lagi menayangkan senyuman sinis.
"Don't you ever touch me, Kim!" Marah Daniel.
"Ha Ha Ha! Why not? I know you like it. Well, Daniel... macam tak biasa." Kimberly masih lagi dengan suara menggodanya.
"Kalau aku nak, aku takkan cari perempuan setan macam kau!"
"Perempuan setan ni yang kau minta tolong jugak." Balas Kimberly sinis.
Daniel mengetap rahang. Rasanya mahu saja dilayangkan penumbuk ke muka Kimberly.
"Berambus! Aku nak kau berambus dari sini!" Tempik Daniel namun Kimberly masih terus tersenyum dan tersenyum sinis.
"I'll go but there's something that i want you to know. About your true love," Kimberly mendekat lagi sekali. Wajahnya dirapatkan ke wajah Daniel.
"Hmm, even you look so ugly but you still hot, Daniel. Kau masih kacak macam selalu." Kata Kimberly menggoda lagi. Dia saja mahu menguji lelaki itu.
Daniel diam tidak berganjak. Dia tahu apa perancangan Kimberly.
"Tak nak tahu pasal cinta sejati kau?" Soal Kimberly rapat di wajah Daniel. Matanya berlari di serata wajah Daniel.
Daniel menentang pandangan Kimberly. "Apa dia?"
Kimberly tersenyum sinis.
"Kiss me first. Kiss me, Daniel." Rayu Kimberly. Sekali lagi dalam suara yang menggoda.
Daniel tersenyum sinis. Dia merapatkan wajahnya ke telinga Kimberly. Sengaja dia menghembuskan nafasnya di telinga perempuan itu menyebabkan Kimberly memejamkan matanya.
"Never." Usai itu, dia menjarakkan semula wajahnya dan berganjak setapak menjauhi Kimberly.
Wajah Kimberly berubah. Ya, dia tahu Daniel bukan mudah untuk ditundukkan. Daniel tak sama seperti Danish. Kalau Danish, semudah ABC untuk digoda.
"Aku nak tahu pasal cinta sejati. Apa yang kau nak bagitahu aku?" Daniel terus menyoal.
"Cinta sejati kau ada dengan kau, Daniel. Sentiasa ada."
Daniel berkerut. "Maksud kau?"
"Kau akan tahu tak lama lagi. Itupun kalau kau dapat tahu dan dapat cari sebelum Red Rosa layu."
Serentak itu, Kimberly hilang di mata Daniel. Lesap secara tiba-tiba. Daniel yang terkejut, meliarkan matanya di sekeliling.
Dia menumbuk angin melepaskan geram.
"Shit!"
🍃
DANIEL resah sendirian. Antara mahu dan tak mahu. Tapi sekarang, dia perlukan seseorang. Tangannya yang sedari tadi mahu mengetuk pintu, tidak jadi akibat tidak punya keyakinan diri.
"Bodohnya kau ni!" Daniel kutuk diri sendiri. Namun, dia cuba beranikan diri dan mula mengetuk pintu bilik Raihanah. Harapnya, gadis itu belum tidur lagi.
Sesaat, pintu terbuka dari dalam. Hampir terhenti nafas Daniel apabila melihat keadaan Raihanah sekarang ini. Gadis itu berselubung dengan kain putih dari atas sampai bawah.
"Kau-- kau buat apa ni?" Soal Daniel, pelik.
"Solat. Tapi saya dah siap. Tadi mengaji sekejap. Kenapa?" Soal Raihanah tanpa mengesyaki apa-apa.
Solat? Mengaji? Apa tu? Kenapa Daniel tak tahu. Seketika, dia tersedar. Perbuatan itu hanya orang yang patuh pada agamanya sahaja.
"Kenapa, Tuan Daniel? Awak ada apa-apa ke nak minta tolong saya?" Soal Raihanah sekali lagi.
"Err... aku nak ajak kau pergi wakaf. Boleh? Atau aku mengganggu kau? Kalau aku mengganggu, takpelah ak--"
"Ish, siapa cakap awak ganggu saya. Taklah. Saya tengah free ni. Sekejap ea saya bukak telekung." Kata Raihanah lalu kembali ke dalam tanpa menutup pintu.
Daniel sekadar memerhati tingkah gadis itu yang membuka telekung lalu mengemas sejadah dan Al-Quran. Entah kenapa, Daniel rasa tenang apabila melihat perbuatan Raihanah yang mencium Al-Quran itu.
"Okay, siap. Jom!" Ajak Raihanah ceria.
"Kau tak bawak sweater. Dekat luar sejuk." Tegur Daniel.
Raihanah baru teringat lalu kembali semula ke bilik dan mencapai baju sejuk lalu memakainya. Kemudian, mereka melangkah keluar rumah bersama-sama.
----------------------------------------------------------------
Sorry kalau english saya tak betul. Saya tak terror english tapi saya cuba hahaha
Vote and comment!

ANDA SEDANG MEMBACA
The Beastly. [complete]
RomanceSTATUS; C O M P L E T E . B L U R B; Sumpahan. Sumpahan itu yang menyebabkan lelaki itu begitu. Dan penawarnya ialah... Cinta sejati. ----- "Love doesn't need to be perfect, it just needs to be true." - The Beastly. Beauty and The Beast versi mod...