TB | 18

4.8K 332 10
                                    

KIMBERLY melangkah perlahan memasuki ruang bilik yang cerah diterangi cahaya. Di sudut bilik, kelihatan seorang gadis termenung di tepi tingkap memandang ke luar.

Keadaannya sangat menyedihkan buat Kimberly. Punggung dilabuhkan di atas tilam. Sudah lebih sebulan Kathrina begini. Termenung dan tidak mahu bercampur dengan orang lain.

Seketika, Kimberly mengeluh.

"Kath," panggil Kimberly namun tiada respon daripada Kathrina.

"Kath, pandang akak." Kimberly memanggil sekali lagi.

Lambat-lambat Kathrina menoleh. Matanya sembap, mukanya tidak bermaya. Dia tersenyum nipis memandang kakaknya.

"Kath okay? Dah lebih sebulan Kath macam ni. Kath tak sayang akak?" Kimberly memulakan perbualan.

Kathrina tersenyum lalu menunduk bermain dengan jarinya di peha.

"Kath tak pasti yang Kath boleh teruskan hidup macam biasa."

"Sampai bila Kath? Akak dah buat Daniel macam tu, sepatutnya Kath puas hati. Dia dah tolak Kath mentah-mentah macam tu, takkan Kath masih nak dengan dia?" Suara Kimberly sedikit tinggi, cuba menyedarkan adiknya itu.

Air mata Kathrina sudah bergenang di tubir mata. Entahlah, dia sukar untuk menerima kenyataan bahawa Daniel menolak dirinya semudah itu. Sedangkan mereka rapat bagaikan pasangan kekasih. Tapi bila dia sedar yang dirinya hanya bertepuk sebelah tangan, terus merana hidupnya.

"Kath sayang dia."

Kimberly menggulingkan matanya ke atas tanda menyampah dengan ayat Kathrina. Dia berpeluk tubuh merenung adiknya.

"Daniel bukan untuk Kath. Kath dan Daniel tak boleh bersatu." Kimberly menekan suaranya. Sekali lagi ingin membuat Kathrina sedar akan perasaannya itu.

Kathrina bangun. Wajahnya sudah basah dengan air mata.

"Ke-- kenapa bu-- bukan Kath? Why?" Soalnya bersama esakan yang cuba ditahan.

Kimberly turut bangun. Tangan dilingkarkan pada bahu Kathrina.

"Sebab takdir tidak mengizinkan Kath dengan Daniel. You deserves better, darling." Lembut suara Kimberly memujuk Kathrina.

Kathrina teresak-esak. Dia terlalu cintakan Daniel dan sekarang Daniel bukan miliknya lagi. Perasaannya yang sudah lama disimpan untuk Daniel, seakan mengharap yang lelaki itu akan menjadi miliknya suatu hari nanti, perlu dikuburkan sekarang. Kerana mereka bukan ditakdirkan untuk bersama.

"Sampai bila akak nak seksa Daniel macam tu?" Soal Kathrina apabila sudah sedikit lega.

Kimberly memandang anak mata Kathrina. Dia tersenyum nipis.

"Dia akan bebas tak lama lagi."

Kathrina faham dan sekadar mengangguk.

🍃

"DANIEL, awak nak bawak saya pergi mana ni?" Soal Raihanah apabila sedari tadi tangan Daniel tidak mahu melepaskan lengannya. Dan sekarang mereka sudah berada di hadapan sebuah rumah kecil.

"Awak nak buat apa dekat saya hah?! Kenapa awak bawak saya pergi sini?" Raihanah menyoal takut-takut. Jari telunjuknya tepat berada di wajah Daniel.

Daniel tersenyum sinis. Dia tidak menjawab soalan Raihanah malah menarik lengan Raihanah sekali lagi untuk masuk ke dalam rumah kecil itu.

Raihanah terkejut malah cuba meronta. "Ish, lepaslah Daniel! Awak nak buat apa dekat saya ni? Awak jangan macam-macam kalau tak sa-- wahhhh...."

The Beastly. [complete]Where stories live. Discover now