BEG baju yang sudah siap dikemas diletakkan di tepi pintu bilik. Bilik tidurnya yang hampir sebulan lebih dihuni itu dipandang sayu. Hari ini merupakan hari terakhir Raihanah berada di sini.
Semalam, Danish memanggilnya lalu memberitahu bahawa khidmat Raihanah sebagai pengasuh Daniel sudah tamat serta-merta. Bermakna, Raihanah sudah tidak diperlukan lagi di dalam White Resident.
Turun sahaja dari tangga, orang pertama yang menyapa mata Raihanah ialah Mastura. Nampak wajah Mastura yang sedih itu.
"Hana," terus tubuh Raihanah dipeluk erat. Mastura menangis sebak. Bayangkanlah, dia sudah menganggap Raihanah seperti anaknya sendiri selama gadis itu berada di sini namun hari ini, dia bakal berpisah dengan Raihanah. Entah bila lagi dia dapat bertemu dengan gadis ini.
"Kak Mas, Hana minta maaf kalau selama ni Hana banyak susahkan Kak Mas. Halalkan makan minum Hana ye, Kak Mas." Ucap Raihanah sebak. Cuba dipamerkan senyuman.
Mastura mengangguk. "Kak Mas halalkan. Lagipun Hana tak pernah susahkan Kak Mas."
Raihanah melepaskan pelukan terakhir lalu tersenyum nipis. Meor sudah pun menunggu di luar untuk menghantar Raihanah pulang.
"Hana pergi dulu Kak Mas." Tangan Mastura diambil lalu disalam.
Ketika sampai di muka pintu, Raihanah berpaling semula ke belakang. Matanya mencari kelibat Daniel di merata tempat. Berharap supaya lelaki itu ada untuk melihatnya buat kali terakhir. Namun hampa.
Raihanah reda. Dia sedar yang dia hanya bertepuk sebelah tangan. Lagipun, esok Daniel akan berangkat ke Scotland. Bermakna hubungannya dengan Daniel telah tamat.
Walau apapun, Raihanah gembira kerana dapat berkenalan dengan monster seperti Daniel.
Tapi, Raihanah tetap percaya jika diizinkan Allah, pasti mereka akan bertemu satu hari nanti. Dan Raihanah berharap ianya bakal terjadi.
🍃
DANIEL duduk berteleku di atas katil. Saat melihat kereta Meor yang berlalu untuk menghantar Raihanah pulang, hatinya sakit serta-merta.
"Bodohlah! Kenapa aku tak halang?! Bodoh kau Daniel!" Daniel mula menyumpah diri sendiri.
Dia mengaku yang dia ada perasaan istimewa terhadap Raihanah. Dia sukakan Raihanah tapi dia takut kalau dia bertepuk sebelah tangan dan lebih-lebih lagi jika Raihanah bukan cinta sejatinya.
Daniel menggenggam penumbuknya. Baginya, ini semua salah Danish. Dia tahu Danish sengaja mahu memisahkan dia dengan Raihanah. Dia tak mahu Raihanah rapat dengannya. Padahal, kerja di Scotland, Danish boleh saja uruskan sendiri. Daniel percaya yang Danish puncanya.
Walaupun daddynya memang betul-betul sakit, tapi keadaan daddynya sekarang sudah semakin membaik. Jadi, tak perlu untuk Daniel pulang ke Scotland.
Tak pasal-pasal, dia rasa bersalah terhadap Raihanah. Selepas ini, dia takkan berjumpa lagi dengan gadis sebaik Raihanah. Gadis yang telah berjaya mengetuk pintu hatinya.
🍃
Seminggu kemudian...
SELESAI mengemas rumah, Raihanah menyarung selipar di kakinya lalu melangkah ke arah pangkin di bawah pokok rambutan di hadapan rumahnya.
Waktu-waktu begini memang bosan apatah lagi adik-adiknya bersekolah. Ahmad pula keluar ke pekan disebabkan ada urusan penting yang perlu diuruskan.
Sudah hampir seminggu Raihanah pulang ke rumahnya. Rasa rindu itu tetap ada. Dia rindukan Mastura dan juga Daniel.
Bagaimana keadaan Daniel sekarang? Mesti lelaki itu gembira bila dapat pulang ke Scotland. Dan pasti lelaki itu sudah pun menemui cinta sejatinya.
Raihanah tersenyum sendirian bila mengingatkan setiap kenangannya bersama mereka di White Resident. Yang paling Raihanah tak boleh lupa ialah bila dua kali dia pengsan disebabkan Daniel.
Raihanah juga pelik bila di depan Daniel, dia sangat berani. Sampaikan kutuk Daniel depan-depan pun dia tak takut. Bila ingat wajah Daniel yang ibarat monster itu, lagilah membuatkan Raihanah ketawa sendirian.
"Haihh, rindunya..."
"Rindu siapa?" Tegur Ahmad dari belakang.
Raihanah berpaling lalu tersenyum menggeleng. Ahmad duduk di pangkin bersebelahan dengan Raihanah.
"Anak abah ni buat apa dekat luar panas-panas ni?" Soal Ahmad.
"Tak ada buat apapun. Hana bosan duduk dalam. Tu yang duduk luar."
Ahmad tersenyum lalu memandang wajah Raihanah yang memandang ke hadapan.
"Tu... ada orang nak jumpa Hana. Dia ada dekat dalam rumah." Kata Ahmad.
Raihanah berkerut pelik.
"Siapa? Tapi... tak adapun kereta ke motor ke orang ke yang lalu tadi. Biar betul abah?" Soal Raihanah tak percaya.
"Amboi, banyak betul dia punya 'ke' tu. Macam mana Hana nak perasan, kalau dari tadi berangan je. Abah balik pun tak perasan. Tu ha, nampak tu kereta mahal yang tersadai dekat depan rumah tu." Terus Raihanah melihat ke arah sebuah kereta BMW X6 berwarna merah yang terparkir elok di halaman rumahnya.
Sumpah! Memang dia tak perasan langsung ada kereta yang masuk tadi. Abah dia pun dia tak perasan dah balik.
"Pergilah masuk jumpa dia. Abah tengok pelik je orangnya tu. Lain benar muka dia." Ucap Ahmad lalu berlalu meninggalkan Raihanah yang tercengang itu.
"Pelik? Siapa abah ni?" Raihanah bermonolog sendirian. Dia turun dari pangkin sambil punggungnya dikebas-kebas.
Kakinya diatur mendekati kereta BMW X6 lalu diintai dalamnya. Tak pernah pulak ada kereta mewah macam ni datang rumah aku. Entah siapa-siapalah ni.
Dengan perasaan debar, Raihanah langkahkan kaki juga masuk ke dalam rumah untuk melihat tetamu yang hadir.
"Assalamualaikum." Ucap Raihanah apabila melihat dua orang tetamu yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang duduk membelakanginya.
Aik, dah macam dia pula tetamu.
Namun, sebaik sahaja kedua-dua tetamu itu berpaling ke arahnya, terus Raihanah terkesima. Seakan tak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"Kak Mas?"
----------------------------------------------------------------
Maaf, kalau bosan 🙏🏻
One chapter lagi.
Then, say bye-bye to Raihanah and Daniel!Vote and comments guyssss!
YOU ARE READING
The Beastly. [complete]
RomantikSTATUS; C O M P L E T E . B L U R B; Sumpahan. Sumpahan itu yang menyebabkan lelaki itu begitu. Dan penawarnya ialah... Cinta sejati. ----- "Love doesn't need to be perfect, it just needs to be true." - The Beastly. Beauty and The Beast versi mod...