TB | 22

5K 334 5
                                    

SUDAH tiga hari Daniel menyendiri. Makan tak mahu malah berkurung saja dalam bilik. Dia tak mahu bertemu dengan sesiapa. Daniel seakan sudah hilang harapan.

Yang paling terkesan sekali ialah Raihanah. Dia terlalu risaukan keadaan Daniel. Buat masa sekarang, Raihanah sedang memberi ruang buat Daniel untuk bersendirian. Dia tak mahu ganggu lelaki itu.

Mastura yang dari tadi sibuk mengemas dapur sesekali menoleh ke arah Raihanah yang sedang termenung itu. Melihat keadaan gadis itu sahaja sudah buat dia susah hati. Apatah lagi bila dia dapat tahu tentang rancangan Danish. Rasa tak sampai hati untuk bagitahu Raihanah tentang itu.

"Hana, sudahlah tu termenung. Nanti Daniel okaylah tu." Tegur Mastura.

Seketika, Raihanah mengeluh perlahan.

"Hana bukan apa, Kak Mas. Hana sedih bila tengok Daniel macam tu. Tiga hari dah dia tak keluar." Ujar Raihanah.

Mastura tersenyum lalu mengambil tempat di sebelah Raihanah.

"Hana jangan risau. Daniel okay cuma dia perlukan masa sekarang ni."

"Daniel memang taknak jumpa Hana ke?" Soal Raihanah terus. Raihanah perasan yang selama tiga hari ini, Mastura saja yang selalu menjenguk Daniel. Bila dia yang nak tengok Daniel, Mastura pasti menghalang.

"Daniel bukan taknak jumpa Hana. Macam yang Kak Mas bagitahu tadi, dia perlukan masa." Terang Mastura.

Raihanah terdiam. Pening dia dengan sikap Daniel. Kalau betullah Daniel tu frust dengan diri sendiri, takkanlah sampai taknak jumpa dengan dia langsung.

Tak tahu ke yang dia ni rindu? Eh?

"Tak apalah, Kak Mas. Hana masuk bilik dulu."

Mastura sekadar mengangguk. Dia menghantar pandangannya ke arah Raihanah yang sudah pun menapak menaiki tangga.

Raihanah melangkah lemah menuju ke bilik tidurnya. Baru sahaja tangannya mahu menyentuh tombol pintu, tiba-tiba terasa ada tangan yang melingkar di pinggangnya menyebabkan Raihanah terjerit kecil kerana terkejut.

"Shhh..." bisik satu suara yang memang sangat Raihanah kenal.

"Daniel?" Raihanah cuba merungkaikan pelukan Daniel namun lelaki itu tetap statik dan mengeraskan diri.

"Da-- Daniel... awak tak boleh peluk saya macam ni," ucap Raihanah perlahan yang nyata memang tak selesa dengan keadaan mereka begitu.

"Kenapa?" Soal Daniel, rapat di telinganya.

"Tak boleh, Daniel. Lepaskan saya." Lembut saja suara Raihanah.

Daniel perlahan-lahan menarik semula tangannya dari terus memeluk Raihanah. Lalu tubuh Raihanah dipalingkan mengadapnya.

"Daniel."

"Hana."

Serentak mereka bersuara. Seketika, mata mereka bersambung antara satu sama lain seakan menghantar isi perasaan masing-masing.

"Ikut aku." Ucap Daniel lalu lengan Raihanah ditarik masuk ke lif. Butang 3 ditekan. Sampai sahaja di aras bilik Daniel, terus tubuh Raihanah dibawa masuk ke biliknya bersama.

The Beastly. [complete]Where stories live. Discover now