TB | 17

4.7K 370 10
                                    

"TUAN Daniel memang suka duduk sini ke malam-malam?" Raihanah menyoal memecahkan keheningan malam.

"Boleh tak jangan panggil aku tuan. Aku lebih selesa kalau kau panggil aku Daniel." Kata Daniel. Raihanah tertawa kecil.

"Boleh ke?"

"Why? Kita kawan kan."

Raihanah tersenyum manis kemudian melemparkan pandangan ke hadapan. Malam ini terasa tenang. Bintang yang bertaburan kelihatan cantik. Angin malam pula tidak terlalu sejuk.

"Tadi kau solat, kan?" Soal Daniel. Dia turut melemparkan pandangan ke hadapan.

"Aah. Kenapa? Awak tak tahu ke?" Raihanah menyoal semula.

Daniel menggeleng. "Tak. Aku bukan Islam."

Raihanah terkejut. Terus dia menoleh memandang Daniel.

"Seriously? Tapi awak fasih cakap Melayu. Ish, saya tak percayalah." Raihanah berpeluk tubuh sambil matanya mengecil memandang Daniel di sebelah.

"Aku nak tipu buat apa, Hana. Aku memang bukan Islam. Aku Kristian."

Raihanah terdiam.

"Parents aku orang Scotland. Cuma aku dilahirkan di Malaysia. Waktu tu daddy aku ada kerja dekat sini, so dia bawak mummy yang masatu tengah pregnantkan aku dengan abang aku sekali yang masatu dalam umur 3 tahun." Daniel mula membuka cerita.

"Wow, interesting. Then, macam mana awak boleh fasih cakap Melayu?"

Daniel tersenyum sekilas memandang Raihanah. Raihanah terkesima. Buat pertama kali Daniel tersenyum. Dadanya tiba-tiba bergetar. Seperti ada satu perasaan yang tiba-tiba menyelinap.

"Semenjak aku dilahirkan, aku stay dekat Malaysia sampai umur aku 10 tahun. After that, parents aku balik semula ke Scotland. Aku balik Malaysia semula masa umur aku 21. Cuma aku dengan Danish je yang balik Malaysia. Parents aku stay dekat Scotland. Kalau nak tahu, dari kecil, family Kak Mas yang jaga kami sekeluarga. Jadi, sebab tu aku pandai cakap Melayu." Terang Danish panjang lebar.

Raihanah tersenyum kagum.

"Jadi sekarang, umur awak berapa?"

"27. Kau?" Soal Daniel semula.

"Saya 23."

Mereka diam untuk beberapa ketika. Malam semakin larut. Namun, masing-masing belum ada tanda-tanda mengantuk.

"Ceritalah pasal kau pulak. Aku dah habis air liur cerita pasal aku ni." Kata Daniel dan Raihanah ketawa kecil.

"Tak ada apa yang menarik pasal saya, Daniel. Saya masih orang Melayu."

"Cerita jelah. Kedekut."

"Mana ada! Kan saya kata, kisah hidup saya ni tak ada yang menarik. Tak payahlah cerita." Ujar Raihanah tersenyum nipis.

"Aku nak kau cerita jugak." Desak Daniel menyebabkan Raihanah menjeling lelaki itu.

"Okay, okay. Huhh..." Raihanah menarik nafas kemudian dihembus perlahan.

"Dalam hidup saya cuma ada abah dan adik-adik saya. Bagi saya, dioranglah segala-galanya buat saya. Saya tak dapat bayangkan kalau satu hari nanti saya hilang diorang semua." Raihanah mengeluh untuk kesekian kalinya.

"Mak kau? Dia dah meninggal ke?"

Raihanah memandang Daniel sekilas. Dadanya terasa sebak. Sebab itu dia malas mahu menceritakan kisah hidupnya yang tak menarik.

"Masa saya 18 tahun, mak saya pergi tinggalkan kami semua. Dia lari dari rumah sebab tak tahan hidup susah. Masatu pulak, mak saya banyak berhutang dan hutang dia semua tu dia tinggalkan dekat abah saya. Jadi, abah sayalah yang terpaksa tanggung semua tu termasuk hutang dengan abang awak. Abah saya tak dapat nak bayar hutang tu dan disebabkan tak dapat bayar, saya ada dekat sini." Cerita Raihanah. Dia menunduk ke bawah.

"Kau sanggup korbankan diri kau semata-mata tak dapat bayar hutang mak kau untuk kerja dekat sini?" Tanya Daniel seakan tak percaya.

Raihanah mengangguk.

"Yeah..."

"Kalau kau tak kerja dekat sini, mesti kau tak jumpa aku kan."

Raihanah mengangkat wajahnya. Lama dia memandang Daniel seolah-olah cuba mengerti maksud kata-kata lelaki itu.

"Hana, kau pernah bercinta?" Daniel toleh ke arah Raihanah menyebabkan gadis itu cepat-cepat melarikan pandangan. Raihanah buat-buat batuk. Daniel sembunyi senyum.

"Tak. Tak pernah. Tak ada orang nak saya."

"Tapi kau cantik."

Sekali lagi, Raihanah menoleh ke arah Daniel. Kali ini, mata mereka bersambung antara satu sama lain.

"Yeke?" Soal Raihanah meminta kepastian.

Daniel angguk seraya mengalihkan pandangan. Jantungnya berdebar melihat mata redup gadis itu.

"Beruntung siapa yang dapat kau. Baik, cantik cuma kadang-kadang annoying." Jawab Daniel, serentak lengannya dipukul Raihanah.

"Tak ikhlas tau puji saya." Raihanah buat-buat merajuk. Daniel ketawa geli hati.

Sekali lagi, Raihanah terpaku. Tadi lelaki itu tersenyum, sekarang ketawa pula.

"Saya suka... tengok awak ketawa macam ni. So, lepas ni awak kenalah selalu senyum dan ketawa macam ni. Nanti semua masalah awak akan hilang." Kata Raihanah sambil tersenyum manis.

Daniel turut tersenyum. Dia tenang. Tenang bila bersama dengan gadis itu.

"Oh ya, awak dah dapat tahu ke ubat untuk bebas dari sumpahan ni?"

Terus mati senyuman Daniel. Dia melemparkan pandangan ke dada langit sebelum mengeluh berat.

Daniel angguk.

"Iya? So, apa dia? Kita boleh cari sama-sama ubat tu!" Ujar Raihanah ceria.

"Cinta sejati. Cinta yang memerlukan aku dengan dia sama-sama berkongsi rasa cinta dan sayang."

Raihanah terdiam. Dia memandang Daniel sekali lagi.

"Macam mana awak tahu, Daniel?" Soal Raihanah, perlahan.

Daniel memandang Raihanah, lama. Dia tersenyum nipis.

"Someone." Raihanah sekadar mengangguk. Tak mahu menyoal lebih-lebih.

"Kau rasa aku akan jumpa cinta sejati aku tak?" Soal Daniel.

"In Shaa Allah, one fine day." Jawab Raihanah seraya mengukirkan senyuman manis untuk lelaki.

Dan Daniel, untuk kesekian kalinya, dia berasa amat tenang.

----------------------------------------------------------------

Bosan kan?
Tapi nak korang vote jugak!
Saya dah bagi triple update.

Well, cerita ni macam tak dapat banyak sambutan so kalau tak banyak sambutan, saya rasa saya akan stop cerita ni :')

The Beastly. [complete]Where stories live. Discover now