TB | 10

5.2K 369 13
                                    

SUDAH hampir seminggu Raihanah berada di White Resident. Rasa rindunya pada abah dan adik-adik sungguh menebal. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia lari dari sini. Tapi, dia sendiri tak tahu di mana dia sekarang.

Raihanah melepaskan keluhan berat.

"Kenapa mengeluh tu?" Soal Mastura lalu duduk di sebelah Raihanah.

Raihanah senyum hambar. "Hana rindu keluarga Hana. Macam mana keadaan diorang sekarang ni." Tutur Raihanah. Nadanya ada terselit risau.

Mastura mengusap lengan Raihanah seolah menyalurkan semangat buat gadis itu.

"Kak Mas faham. Tapi Hana tahukan yang Tuan Danish tak benarkan Hana balik rumah?"

Raihanah mengangguk perlahan. Dia ingat. Kalau bukan sebab hutang, mungkin dia tak akan berada di sini. Bekerja sebagai pengasuh kepada seorang monster.

Bila teringatkan si monster itu, automatik ingatan Raihanah teringatkan Daniel. Seminggu ini, dia langsung tak dapat arahan daripada lelaki itu selepas kejadian minggu lepas. Makan pun Mastura yang hantarkan untuk Daniel.

"Berangan pulak Hana ni." Tegur Mastura bersama tawa kecil. Hana tersengih.

"Kalau Hana bosan, Hana pergilah jalan-jalan dekat luar. Depan tu ada tasik. Belakang ada kolam kecil." Kata Mastura.

Raihanah memandang luar. Dari dalam memang nampak tasik cantik itu. Dan Raihanah masih lagi belum berkesempatan merayau-rayau di sekitar sana.

"Mana lagi best?" Soal Raihanah.

Mastura seakan berfikir. "Emm... kalau Hana nakkan suasana yang lebih tenang, akak cadangkan Hana pergi kolam belakang tu. Situ memang seronok. Tenang dan tak ada gangguan."

Raihanah mempamerkan riak teruja. Dia bangun dari duduknya. "Kalau macam tu, Hana pergi kolam belakang tu lah. Jom Kak Mas," ajak Raihanah sambil menarik lengan Mastura.

"Eh, takpe. Hana pergi je."

"Betul ni?" Mastura mengangguk dengan senyuman.

"Okaylah. Hana pergi dulu. Bye,"

Raihanah menyarung selipar lalu melangkah perlahan ke belakang rumah. Kawasan di sekitar White Resident sentiasa kemas dan bersih. Rumput-rumput dijaga rapi. Raihanah tak mahu berebut ke kolam tersebut. Dia mahu menikmati suasana nyaman di sekitar White Resident.

Sampai sahaja di kolam renang sederhana kecil, dia melabuhkan duduknya di atas simen dan duduk bersila. Memang benar, suasana di sekitar ini lebih tenang.

Kawasannya cantik dipenuhi dengan rumput yang menghijau. Pemandangannya sungguh luas. Terdapat satu wakaf di atas bukit kecil yang jaraknya tidaklah terlalu jauh dari tempat Raihanah.

Raihanah menikmati suasana nyaman dengan menyedut setiap udara segar. Matanya terpejam menikmati keindahan alam dan udara yang langsung tidak bercampur dengan asap-asap kenderaan.

"Ehem," deheman dari belakang menyentakkan Raihanah. Dia menoleh melihat gerangan yang menganggu momen-momen indahnya itu.

Namun, sebaik sahaja melihat Daniel yang berdiri sambil berpeluk tubuh, automatik Raihanah tegak berdiri. Jantungnya berdebar-debar.

Kali ini, dia dapat melihat wajah Daniel dengan lebih jelas memandangkan sekarang waktu siang. Bulu romanya juga tegak berdiri. Rasa takut masih terselit dalam dirinya.

"Tuan Daniel nak apa-apa ke? Saya boleh ambilkan." Soal Raihanah ragu-ragu.

Daniel tidak menjawab sebaliknya dia mendekati Raihanah yang sedang berdiri di tepi kolam. Pandangannya dilemparkan ke hadapan.

"Siapa suruh kau datang sini? Ni tempat aku." Kata Daniel dingin tanpa memandang gadis itu.

Raihanah mencebik. Dia masih lagi memandang Daniel yang lengkap bersweater serta hoodie di kepalanya.

"Eleh, ada tulis nama Tuan Daniel ke kat sini? Takde kan," balas Raihanah selamba.

Daniel menoleh ke arah Raihanah, tajam. Jarak antara mereka tidaklah terlalu jauh dan tidak terlalu dekat. Lebih kurang dua tapak sahaja jarak mereka.

Daniel terus melabuhkan duduknya di atas simen sambil kaki direndamkan di dalam kolam. Matanya sudah beralih memandang ke hadapan.

Raihanah pula teragak-agak duduk di sebelah Daniel. Sesekali dia mencuri pandang ke arah lelaki itu.

"Tuan tak panas ke bersweater waktu-waktu macam ni?" Soal Raihanah memecahkan suasana hening antara mereka.

Daniel tersenyum sinis. Memang pelik pun pakaiannya sekarang; berseluar pendek tetapi bersweater.

"Kalau aku tak pakai sweater, tak pasal-pasal kau pengsan lagi nanti." Perli Daniel tanpa memandang Raihanah.

"Awak ingat saya takut ea dengan awak? Kalau saya takut, dah lama tau saya lari. Yelah, first time jumpa monster." Perlahan sahaja Raihanah menuturkan ayatnya yang terakhir itu.

Namun, sempat Daniel menangkap bicara Raihanah. Dia memandang Raihanah tajam. Mukanya langsung tiada senyum membuatkan Raihanah kalut sedikit.

"Err, so-- sorry. Saya gurau je," Raihanah tersengih.

"Kenapa kau tak takut dengan aku?" Soal Daniel, serius.

Gadis ini memang pelik. Tak macam orang lain. Sedangkan kali pertama Mastura melihat keadaan dirinya seperti ini, hampir seminggu juga Mastura demam. Cuma Danish saja yang tak takut.

Raihanah memandang sekejap wajah Daniel dari tepi. Lelaki ini nampak kacak walaupun mukanya begitu. Tak semena-mena, Raihanah tersenyum kecil tanpa disedari Daniel.

"Saya tak tahu. Saya takde rasa takut pun dengan awak, Tuan Daniel." Balas Raihanah lembut.

Daniel menoleh. Beberapa saat mata mereka bertembung dan bertaut. Namun, Daniel yang terlebih dahulu melarikan anak matanya. Dia berdehem beberapa kali menghilangkan rasa debar yang tiba-tiba hadir itu.

Raihanah meliarkan pandangannya di sekitar sambil menghirup udara segar. Angin pula bertiup lembut menyapa pipinya yang mulus. Tenang dan mendamaikan.

"Boleh saya tahu, kenapa Tuan Daniel boleh jadi macam ni?" Tiba-tiba soalan itu keluar dari bibir mungil Raihanah. Dia cuba mencari wajah Daniel yang separuh tertutup oleh hoodie.

Daniel melepaskan keluhan berat.

"Kau percaya pada sumpahan?" Soal Daniel.

Raihanah berkerut pelik.

"Sumpahan? Em, 50-50. Kenapa?"

"Kalau aku kata yang aku kena sumpah, kau percaya?" Daniel mengembalikan soalan semula.

Raihanah terdiam beberapa ketika. Cuba mencerna maksud yang diperkatakan Daniel. Tapi bila melihat situasi Daniel sekarang, tidak mustahil yang terjadi pada diri lelaki itu ialah sumpahan. Kalau benar Daniel sakit, Raihanah sendiri tak pasti apa penyakit Daniel.

Tapi, zaman sekarang masih adakah sumpahan?

"Kalau awak memang kena sumpah... awak kena sumpah dengan siapa dan sebab apa?" Raihanah masih cuba mengorek jawapan.

Daniel menggeleng. Sukar untuk dia menceritakan perkara sebenar. Tapi, sampai bila dia harus sembunyikan perkara ini.

"Tapi saya yakin sumpahan awak ni mesti ada ubatnya." Kata Raihanah.

Daniel menoleh, merenung ke dalam anak mata Raihanah. Kali ini, bukan renungan tajam malah renungan biasa.

"Maksud kau?"

Raihanah hanya tersenyum manis.

----------------------------------------------------------------

Maaf kalau bosan 🙏🏻
Macam biasa, jangan lupa vote dan comment!

The Beastly. [complete]Where stories live. Discover now