TB | 3

5.6K 372 5
                                        

TEMPOH yang diberikan selama seminggu telah tamat. Raihanah gusar sendirian. Sesekali dia menghendap ke luar. Bimbang jika lelaki hari itu datang menuntut hutang.

Turut berada di situ ialah Muiz dan Aida. Mereka turut sama takut. Raihanah sudah tidak senang duduk. Perasaan takut mula menjalar di segenap diri. Dia hanya mampu bayar RM5k sahaja. Sedangkan, jumlah yang sebenar langsung dia tidak tahu.

"Kak, kita lari jom." Ucap Muiz tiba-tiba. Terus Raihanah memandang adik lelakinya.

Dia menggeleng laju. "Kita tak sempat Muiz. Kalau kita lari sekalipun, diorang tetap dapat jejak kita. Diorang bukan orang biasa-biasa."

"Tapi, kak. Diorang tak datang lagi. Lebih baik kita bawa abah lari lepastu sembunyi dekat mana-mana." Muiz masih lagi berkeras dengan cadangannya.

"Muiz, tolong faham akak." Suara Raihanah sedikit tinggi. Jika mereka lari, mereka pasti diburu. Dan Raihanah tak mahu ambil sebarang risiko. Keselamatan abah dan adik-adiknya lebih penting.

Biarlah dia sanggup bergadai nyawa sekalipun, yang penting nyawa abah dan adik-adiknya selamat.

"Kak, Aida takut..." ucap Aida di sebelah Muiz. Untuk kanak-kanak yang berusia 10 tahun seperti Aida, sudah tentu perasaan takut bermaharajalela.

"Aida jangan takut okay. Akak akan pastikan diorang tak ganggu kita lagi." Pujuk Raihanah sedangkan dia sendiri tak pasti dengan kenyataan itu.

Tidak lama kemudian, bunyi kereta di halaman rumah membuatkan Raihanah terus tegak berdiri. Dia memandang ke arah Muiz dan Aida. Muiz terlebih dahulu melangkah ke arah tingkap untuk menghendap. Manakala Aida sudah pun memeluk erat pinggang Raihanah.

"Diorang dah sampai kak." Kata Muiz sedikit cemas.

"Muiz dengan Aida pergi masuk bilik teman abah. Biar akak yang pergi jumpa diorang." Arah Raihanah sambil memegang bahu adik-adiknya.

"Muiz tak nak. Muiz nak tolong akak. Kalau diorang buat apa-apa dekat akak, macam mana?"

"Muiz jangan risau pasal akak. Muiz jaga adik, jaga abah. Dah, pergi masuk."

Nak tak nak, Muiz berlalu juga masuk ke bilik abahnya bersama dengan Aida. Kalau ikutkan hatinya, ingin sahaja dia menyerang orang-orang jahat itu.

Raihanah menarik nafas lalu dihembus perlahan. Debaran di dada, usah dicakap. Dia melangkah ke arah pintu lalu dibuka. Mukanya dikawal supaya tidak terlalu nampak yang dia sebenarnya takut.

"Apa khabar, cik adik?" Soal Meor sambil tersenyum sinis.

Raihanah memberikan jelingan maut. Tidak mahu melayan orang-orang seperti mereka.

"Dah ada ke RM100k?" Soalan Meor itu membuatkan Raihanah seolah-olah sedang mencekik diri sendiri.

"100k? Kenapa sampai banyak macam tu?" Soal Raihanah terus. Dia sudah menggigil. Jumlah itu terlalu banyak.

Meor ketawa terbahak-bahak. "Bapa kau asyik tangguh je bayar hutang. Nak tak nak, kami terpaksa upkan jumlah hutang bapa kau."

Raihanah sudah mahu menangis.

"Saya cuma ada RM5k je. Saya tak ada duit sebanyak tu... tolonglah..." rayu Raihanah meminta belas.

"Berapa? 5k? Bapa kau berhutang je 8k, kau sedap je nak bayar 5k!" Herdik Meor. Raihanah sudah menangis teresak-esak.

"Saya cuma ada tu je."

Meor menahan geramnya. Kalau ikutkan hati lelakinya, sudah habis perempuan ini dikerjakannya. Tapi disebabkan Danish tidak mahu perempuan ini disakiti, dia terpaksa menahan diri.

The Beastly. [complete]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang