"TUAN Danish," seru Raihanah perlahan di muka pintu pejabat kecil milik Danish.
Danish mengangkat wajahnya. Seketika, dia tersenyum nipis.
"Yes, Raihanah?" Danish menggamit tangannya menyuruh Raihanah masuk.
Raihanah melangkah lalu duduk di kerusi hadapan Danish. Dia menundukkan sedikit wajahnya sambil mata mengerling lelaki itu.
"Ada apa-apa yang kau nak bagitahu aku ke?" Soal Danish. Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi sambil menatap wajah Raihanah.
"Err..." Raihanah menelan liur lalu tersenyum kelat.
"Yes?" Tanya Danish, masih menunggu bicara gadis itu.
Raihanah berdehem lalu membetulkan duduknya supaya lebih selesa.
"Sebenarnya, saya nak berterima kasih banyak-banyak dekat Tuan Danish sebab dah tolong keluarga saya." Raihanah menutur perlahan sambil mata memandang segenap wajah Danish.
Danish tersenyum nipis.
"It's not a big deal. Aku dah janji untuk pastikan keluarga kau selamat."
"Ya, saya tahu. Tapi, Tuan dah banyak sangat bantu keluarga saya. Saya rasa duit yang Tuan bagi tiap-tiap minggu tu terlalu banyak."
Danish berdecit. Dia duduk dengan lebih tegak sambil kedua-dua tangan diletakkan di atas meja sambil mata menatap Raihanah.
"Anggap je yang aku ikhlas bantu kau dan keluarga kau. Lagipun, sampai sekarang kau masih bertahan dengan Daniel."
Raihanah tertunduk sambil tersenyum nipis. Memang betul apa yang dikatakan Danish. Sudah lebih sebulan dia berada di sini untuk menjadi 'pengasuh' buat Daniel.
"Terima kasih Tuan Danish untuk semua ni." Ucap Raihanah bersama dengan senyuman manis.
Danish turut tersenyum.
"Saya keluar dulu." Pamit Raihanah lalu melangkah keluar dari bilik pejabat Danish dengan perasaan lega.
"Ehem,"
"Allahuakbar!" Ucap Raihanah sedikit kuat sambil tangan naik mengusap dada. Dia menghembuskan nafas kasar bila melihat gerangan Daniel yang elok berdiri memeluk tubuh di sudut ruang tepi tangga.
"Awak ni Daniel! Selalu buat saya terkejut. Kalau saya mati macam mana?" Raihanah sudah membebel.
Daniel julingkan mata ke atas. Dia melangkah mendekati Raihanah.
"Nak sangat mati ke kau ni?" Soal Daniel sinis lalu melangkah menuruni anak tangga.
Raihanah terpinga-pinga. Pelik dengan sikap Daniel yang sekejap okay, sekejap tidak.
"Daniel! Tunggu saya!" Raihanah mengejar langkah Daniel yang sudah keluar dari rumah.
Seperti biasa, wakaf belakang banglo yang berdekatan kolam itu dituju. Daniel terus melabuhkan duduk di atas wakaf tanpa menghiraukan Raihanah yang mengikutnya dari belakang sejak tadi.
"Daniel, awak ni kenapa? Asyik moody je. Mengalahkan perempuan tahu tak?" Marah Raihanah sambil mencekak pinggang di hadapan Daniel.
Raihanah cuba menarik perhatian Daniel, namun lelaki itu sedaya upaya melarikan pandangan, mengelak dari bertembung mata dengan gadis itu.
"Daniel, awak okay tak?" Soal Raihanah lembut. Malas mahu memanjangkan masalah.
Daniel melepaskan keluhan berat.
"Kau buat apa dalam pejabat Danish tadi?" Soal Daniel dingin sambil matanya tajam menikam anak mata Raihanah.
Raihanah terkedu namun segera melarikan anak mata. Dia berdehem cuba menenangkan diri lalu memeluk tubuh.
"Saya... saya cuma nak berterima kasih dekat Tuan Danish je."
"Untuk?"
Dahi Raihanah berkerut. Banyak pula soalan si monster ni.
"Abang awak, dia dah banyak tolong keluarga saya selama saya kat sini. Sebab tulah saya terhutang budi dekat Tuan Danish." Balas Raihanah.
Lama mata Daniel memanah ke arah mata Raihanah. Raihanah sudah tidak senang berdiri. Pipinya naik merah bila ditenung begitu.
"Abang aku ada minta benda pelik-pelik dekat kau tak?"
Soalan Daniel berjaya membuatkan Raihanah tercengang tidak faham.
"Maksud awak?"
Melihatkan Raihanah yang seakan blur itu, Daniel menggelengkan kepalanya perlahan.
"Nothing."
Raihanah diam. Tidak yakin dengan Daniel sekarang ini. Lelaki ini seakan menyembunyikan sesuatu daripadanya.
"Jadi awak marah-marah ni pasal saya masuk pejabat abang awaklah ea?" Teka Raihanah lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Daniel, turut menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.
"Marah? Bila masa aku marah kau?" Soal Daniel semula.
Raihanah mencebik.
"Eleh, habis tu tadi. Awak macam marah kat saya je."
Daniel menjeling sekilas. "Aku tak cakap pun aku marah."
Raihanah berdecit geram bila Daniel cuba untuk main pusing-pusing soalan.
"Dahlah, saya malas nak layan awak. Lebih baik saya masuk dalam. Bye." Raihanah sudah berdiri dan mahu melangkah namun baru beberapa langkah bergerak, lengannya sudah disambar dari belakang. Lambat-lambat Raihanah menoleh.
Dadanya berdebar melihat panahan mata Daniel yang tidak setajam tadi. Malah, pandangan mata lelaki itu nampak tenang.
"Stay. Teman aku dekat sini." Ucap Daniel seraya melepaskan pegangan lengan Raihanah.
Raihanah akur lalu duduk kembali. Masing-masing diam melayani perasaan. Sesekali, mata Raihanah memandang ke arah Daniel.
Walaupun keadaan Daniel yang botak, muka berurat dan sedikit berkedut, nyata tidak mencacatkan wajah lelaki itu. Raihanah tersenyum sendiri.
"Daniel, pernah tak ada orang cakap yang awak walau macam ni pun awak still handsome?" Raihanah menyoal. Entah kenapa, teringin sangat dia menyoal begitu.
Daniel menoleh. Matanya mencari mata Raihanah. Perkara wajib yang perlu dia lakukan setiap kali berdepan dengan gadis itu. Matanya.
Daniel menggeleng. "Tak ada."
Raihanah tersenyum.
"Ada. Saya,"
----------------------------------------------------------------
Sorry sebab lama tak update? Lama ke? Haha
And sorry again if bosan 😹
Vote and comments okay!

YOU ARE READING
The Beastly. [complete]
RomanceSTATUS; C O M P L E T E . B L U R B; Sumpahan. Sumpahan itu yang menyebabkan lelaki itu begitu. Dan penawarnya ialah... Cinta sejati. ----- "Love doesn't need to be perfect, it just needs to be true." - The Beastly. Beauty and The Beast versi mod...