Finale chapter. Here we go!
Before that, please vote okay!
"KAK Mas?" Ucap Raihanah seakan tak percaya.
Mastura terus bangun lalu melulu memeluk tubuh kecil Raihanah. Rasa rindunya terhadap Raihanah lenyap serta-merta setelah dapat melihat Raihanah di depan mata.
"Rindunya dekat Hana." Kata Mastura sambil mengusap pipi Raihanah.
Raihanah tersenyum malu sebelum matanya beralih ke arah lelaki yang tersenyum kecil melihatnya.
Raihanah berdehem menghilangkan rasa debar di hati.
"Err, Daniel. Awak apa khabar?" Soal Raihanah. Daniel tersenyum saja.
"Sihat."
Saat itu, Raihanah seakan blur untuk meneruskan perbualan dengan Daniel. Well, semua tahukan macam mana perangai Raihanah.
"Kak Mas sihat?" Soal Raihanah pula. Mereka masih lagi berdiri.
"Alhamdulillah, Kak Mas sihat je. Sebelum Hana tanya Kak Mas macam-macam, biar Kak Mas bagitahu Hana dulu. Daniel yang nak jumpa Hana. Katanya ada benda yang dia perlu settlekan dengan Hana." Terang Mastura lembut.
Raihanah memandang Daniel semula. Pelik pula bila Mastura bagitahu tentang Daniel. Benda apa yang tak selesai lagi ni? Ada-ada je Daniel ni.
"Daniel rasa biar Daniel bagitahu Hana sendiri. Daniel pinjam Hana sekejap ya." Daniel bergerak lalu perlahan lengan Raihanah diraih dan ditarik keluar dari rumah.
Sampai sahaja di tepi kereta Daniel, terus Raihanah merentap lengannya.
"Kalau ada benda yang awak nak bincang dengan saya, kita bincang dekat pangkin situ je." Ucap Raihanah lalu dia yang terlebih dahulu berjalan ke arah pangkin.
Daniel sekadar mengikut langkah Raihanah dari belakang. Dia melabuhkan duduk di atas pangkin bersebelahan dengan Raihanah.
Sesekali matanya mencuri pandang melihat Raihanah yang berkerut akibat panas terik matahari.
"Ada apa aw--"
"Ish, sekejaplah. Kau ni pun tak menyabar." Potong Daniel. Raihanah menjeling geram.
"Bukan ke awak sepatutnya dekat Scotland sekarang?" Soal Raihanah sambil memandang ke arah Daniel yang masih lagi tidak berubah wajahnya. Masih lagi seperti monster. Berurat sana sini. Patutlah abah cakap ada orang pelik nak jumpa dia tadi. Kelakarlah abah!
"Tak jadi." Pendek sahaja jawapan Daniel.
"Sebab?"
Daniel menjeling Raihanah sekilas. Dia bangun dari duduknya lalu berdiri di hadapan Raihanah. Mata Raihanah ditatap untuk kesekian kalinya. Rindu untuk melihat mata itu.
"Sebab... cinta sejati aku ada dekat sini." Ucap Daniel, romantis.
Raihanah cepat-cepat mengalihkan matanya. Pipinya terasa membahang.
"Ap-- apa awak cc-- cakap ni?" Raihanah sudah tergagap-gagap.
Daniel sembunyi senyum.
"Entahlah, Hana. Dah lama aku rasa benda ni bila ada dekat dengan kau. Bila kau selalu dekat dengan aku, aku rasa selesa dan tenang je. Kalau boleh, sesaat pun aku taknak kau jauh dari aku."
"Habistu, waktu saya keluar dari rumah awak, kenapa awak tak halang?" Pintas Raihanah.
Daniel berdecit.
"Tulah pasal. Bodohkan aku. Tapi tak apa. Sekarang kau dah ada dekat depan mata aku." Balas Daniel.
Raihanah tersipu malu namun cepat saja dia cover.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Beastly. [complete]
RomanceSTATUS; C O M P L E T E . B L U R B; Sumpahan. Sumpahan itu yang menyebabkan lelaki itu begitu. Dan penawarnya ialah... Cinta sejati. ----- "Love doesn't need to be perfect, it just needs to be true." - The Beastly. Beauty and The Beast versi mod...
![The Beastly. [complete]](https://img.wattpad.com/cover/161251694-64-k101688.jpg)