TB | 12

4.9K 374 9
                                    

"KAK Mas..." panggil Raihanah meleret. Mastura yang ketika itu sedang menyediakan makan malam menoleh sekilas ke arah gadis itu.

"Ada apa, Hana?"

Raihanah tersenyum-senyum. "Kak Mas nak hantar dinner untuk Tuan Daniel ke?" Soal Raihanah.

Mastura mengangguk dengan senyuman. "Kejap lagi Kak Mas nak hantar. Kenapa Hana?"

Raihanah melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Bibirnya memuncung sedikit seolah merajuk padahal tak merajuk pun.

"Kenapa dia taknak suruh Hana je yang hantar? Dia marah sangat ke dekat Hana?" Soal Raihanah.

Yelah, sejak dari kejadian malam dia dihalau Daniel, terus Daniel tak menegur dia langsung. Sepatutnya yang marah tu Raihanah, bukan Daniel.

"Kak Mas pun tak tahulah sebab apa Tuan Daniel jadi macam tu. Tapi dia tak ada pulak cakap apa-apa pasal Hana." Terang Mastura.

"Kalau macam tu, biar Hana yang hantar dinner untuk dia. Ni kan kerja Hana." Kata Raihanah dan terus sahaja diangguk oleh Mastura.

Tak menunggu lama, troli kecil ditolak menuju ke perut lif. Seperti biasa, butang 3 ditekan dan laju lif bergerak.

Mastura menggeleng sambil tersenyum. Sebenarnya, dia sukakan peribadi Raihanah. Baik, sopan dan cantik. Malah, gadis itu langsung tak takut dengan Daniel, tak seperti orang lain. Sedangkan dia mula-mula jumpa Daniel macam tu je boleh demam seminggu.

Raihanah berhenti di hadapan bilik tidur Daniel. Tangannya naik mengetuk pintu bilik itu. Tak lama, pintu itu terbuka dan terjongol wajah dingin milik Daniel.

"Hai Tuan Daniel!" Sapa Raihanah seraya tangannya turut melambai.

Daniel menjulingkan matanya ke atas dan mahu menutup semula pintu namun sempat dihalang Raihanah.

"Eh, eh. Kenapa nak tutup pulak ni? Saya nak hantar dinner awaklah, Tuan Daniel." Ujar Raihanah.

Daniel membuka besar daun pintu lalu berganjak ke tepi untuk memberi laluan buat Raihanah masuk.

Seperti biasa, Raihanah meletakkan pinggan berisi makanan dan air masak di atas meja. Kali ini, perbuatannya amat perlahan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati Daniel.

"Dah siapkan? Kau boleh keluar." Ucap Daniel dingin. Tajam matanya menikam Raihanah.

Raihanah masih selamba. Siap senyum-senyum lagi.

"Halau nampak?" Duga Raihanah sambil keningnya terjongket-jongket.

Daniel mendengus kasar. Dia mengorak langkah ke arah katil lalu melabuhkan punggungnya di situ.

"Tuan, kenapa Tuan marah sangat dekat saya? Apa yang saya buat sampai Tuan langsung taknak layan saya?" Soal Raihanah sedikit sayu.

Daniel tidak menjawab malah matanya fokus pada skrin laptop.

"Kalau Tuan Daniel rasa saya akan takut dengan Tuan lepas malam tu, Tuan silap. Dah banyak kali saya cakap yang saya tak akan takut dengan Tuan." Kata Raihanah lagi. Dia cuba memujuk.

Daniel memejamkan matanya sekejap dan menghembus nafas perlahan.

"Aku tak marah kau Hana. Boleh kau keluar?" Pinta Daniel tanpa memandang seraut wajah Raihanah.

Kali ini, Raihanah pula yang mengeluh. Wajahnya kelihatan sedih dengan jawapan Daniel.

"Saya boleh jadi kawan awak." Raihanah masih lagi mencuba. Tersengih-sengih gadis itu.

Daniel mengetap giginya. Serentak dia bangun lalu menolak Raihanah ke dinding tanpa sempat gadis itu bertindak apa-apa.

Raihanah terkedu. Lidahnya kelu apatah lagi jarak mereka hanya beberapa inci sahaja. Raihanah yang tingginya hanya separas dagu Daniel terpaksa mendongak memandang lelaki itu.

Lama, mata Daniel merenung ke dalam anak mata Raihanah. Seolah sukar untuk melepaskan tautan mata mereka. Raihanah turut terbuai.

Daniel semakin merapatkan wajahnya ke wajah Raihanah tanpa melepaskan tautan mata mereka. Hidungnya hampir menyentuh pangkal hidung Raihanah.

"Ddd-- Daniel," setelah sekian lama bertatapan, akhirnya Raihanah mula sedar. Cepat-cepat dia melarikan anak matanya dari terus menatap mata cantik milik Daniel.

Daniel turut tersedar. Segera dia menjarakkan diri dari gadis itu yang masih melekat pada dinding.

Raihanah menekup muka menahan malu. Dia yakin wajahnya sekarang pasti merah macam buah delima.

"Sorry, aa-- aku..."

"Tak apa. Saya keluar dululah." Pantas Raihanah memotong kata-kata Daniel.

Dia melangkah menghampiri pintu bilik Daniel dengan rasa malu yang amat menebal. Kalaulah boleh diputarkan balik masa, sudah tentu dia akan terus keluar bilik saja dari tadi.

"Hana."

Raihanah berpaling semula saat namanya dipanggil Daniel. Keningnya ternaik menyahut panggilan Daniel.

"Aku okay... kalau kau nak jadi kawan aku." Ucap Daniel.

Raihanah tersenyum nipis.

"Okay!" Kemudian, barulah dia berlalu pergi dengan senyuman di bibir.

----------------------------------------------------------------

Sorry chap kalini pendek sikit. Idea taknak muncul banyak-banyak hahaha 😹

So, jangan lupa vote dan comment tau!

The Beastly. [complete]Where stories live. Discover now