TB | 7

5.2K 385 18
                                    

RAIHANAH duduk diam berteleku di atas sejadah. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat Zohor. Fikirannya melayang teringatkan kejadian tadi pagi.

Sungguh dia berasa amat terkejut dengan sergahan suara garau itu. Memang menakutkan tapi dalam masa yang sama sangat membuatkan Raihanah tertanya-tanya.

Nasib baik Raihanah dapat mengawal rasa takutnya tadi. Sudahlah troli makanan tidak dibawa turun bersama. Ni semua pasal suara garau tu. Entah siapa-siapa entah!

Sebenarnya, Raihanah masih lagi tak faham tentang konsep kerjanya sebagai seorang pengasuh. Biasanya yang selalu dia nampak, anak asuhan mesti selalu ada di depan mata. Ni tak, jangankan ada depan mata, batang hidung pun tak pernah nampak.

Relaks, Hana. Kau baru satu hari kerja dekat sini. Ingat tujuan kau ke sini. Kau terpaksa demi melangsaikan hutang abah kau. Ingat tu!

"Hana," Raihanah menoleh ke arah pintu.

"Hana dah siap solat? Kalau dah, Tuan Danish nak jumpa Hana dekat bawah." Tutur Mastura. Raihanah mengangguk lalu bangun melipat telekung dan sejadahnya.

Dia turun bersama-sama Mastura menuju ke ruang tamu. Mastura terlebih dahulu beredar untuk memberi ruang buat mereka.

"Ehem!" Raihanah berdehem menghilangkan rasa gugup. Mana taknya, pagi tadi dia buat hal.

Danish berpaling lalu mengarah Raihanah untuk duduk di sofa berhadapan dengannya.

"Dah baca semua peraturan dalam rumah ni?" Soal Danish. Wajahnya langsung tiada senyuman. Serius memanjang.

"Dah." Jawab Raihanah bersama anggukan.

Raihanah merenung Danish yang masih lengkap dengan pakaian suit blue black pagi tadi. Raihanah perasan yang wajah lelaki ini bukan wajah Melayu macam dia. Wajah lelaki ini seperti kacukan. Langsung tak ada wajah Melayu.

"Aku harap kau selesa tinggal dekat sini. Aku tak akan selalu ada dekat sini tapi Kak Mas akan sentiasa pantau kau. Berkenaan dengan kerja kau,"

Raihanah memandang Danish untuk menyambung semula bicaranya.

"Daniel okay?" Soal Danish bersama dengan renungan.

Raihanah menelan liur. Apa punya soalan ni?

"Maaf, saya dah buat kerja saya pagi tadi tapi saya masih tak kenal siapa Tuan Daniel. Siapa orang yang patut saya jaga. Saya ni pengasuh untuk siapa, Tuan Danish?" Soal Raihanah berani.

Danish menyandarkan tubuhnya pada sofa empuk sambil berpeluk tubuh.

"Belum masanya untuk kau tahu siapa Daniel. Just do your work without complaining anything." Tegas suara Danish.

"Saya tak complaint, cumanya saya pelik. Bukan masanya untuk saya tahu siapa Daniel? Habis, macam mana saya nak jaga Daniel tu?" Raihanah masih menjawab berani.

Danish bangkit dari duduknya. Tangan diseluk ke dalam kocek. "Buat apa yang disuruh Daniel. Kau bekerja di bawah Daniel sekarang. Jaga dia sebaiknya."

Raihanah hampir tergelak. Manusia dalam rumah ni memang pelik-peliklah.

"Daniel ni monster ke apa?" Gumam Raihanah namun sempat ditangkap Danish. Mata Danish tajam menikam anak mata Raihanah.

Pranggg!!!

Bunyi benda jatuh seakan berderai dari tingkat atas mengejutkan Danish dan Raihanah. Danish merengus seketika lalu bergerak ke arah lif dan menghilang di sebalik perut lif.

Mastura tergopoh-gapah berlari ke depan. Mukanya nampak cuak.

"Kenapa Hana? Mana Tuan?" Soal Mastura kalut.

Raihanah mengangkat bahu. "Tadi ada bunyi benda jatuh dekat tingkat atas lepastu Tuan lari masuk lif." Terang Raihanah.

"Takkanlah..." Mastura menggumam perlahan.

"Takkanlah apa Kak Mas?" Soal Raihanah lalu segera Mastura menidakkan. Dia masih memandang lif, menunggu kalau-kalau Danish keluar meminta bantuan darinya.

Ting!

Danish keluar dari perut lif dengan wajah yang menaham marah.

"Kak Mas tolong bersihkan Black Floor. Daniel dah keluar." Ucap Danish sebelum dia berlalu keluar dari rumah. Langsung tak memandang wajah Mastura dan Raihanah.

"Kak Mas pergi atas dulu ya. Hana tunggu bawah boleh?"

"Tapi Hana nak ikut."

"Tak boleh, Hana. Ni arahan Tuan untuk akak." Kata Mastura sebelum berlalu ke dalam perut lif.

Raihanah terduduk di sofa semula. Dirinya semakin dibelenggu kemisterian. Dia harus mencari jawapan sementelah semua orang dalam rumah ini seakan berahsia dengannya.

🍃

JAM menunjukkan angka 11.45 malam. Raihanah menapak keluar dari bilik tidurnya apabila matanya tak mahu tutup.

Memandangkan hari sudah lewat malam, Raihanah berura-ura untuk mencari sebarang bukti misteri di dalam rumah ini. Dia berjalan menuruni anak tangga ke tingkat bawah.

Keadaan gelap dan hanya diterangi beberapa cahaya lampu sedikit menyukarkan Raihanah untuk berjalan. Terpaksa dia besarkan matanya.

Tangan dimasukkan ke dalam kocek sweater berwarna kelabu. Rumah banglo besar ini sememangnya sejuk apatah lagi kedudukannya yang berada di atas bukit.

Disebabkan rasa sejuk yang mencengkam tulang-temulangnya, Raihanah melencongkan kaki ke arah dapur. Waktu begini eloklah kalau dia menghirup air milo suam.

Namun, baru beberapa tapak ingin sampai ke dapur, matanya menangkap satu susuk tubuh seseorang yang sedang duduk di meja makan sambil membelakanginya. Raihanah cepat-cepat bersembunyi di sebalik dinding ruang makan.

Dia menghendap memerhatikan susuk tubuh itu yang ralit menghadap laptop. Dahi Raihana berkerut. Tak mungkin Tuan Danish? Kalau Tuan Danish takkan nak duduk dekat dapur gelap-gelap macam ni. Lagipun, dari belakang tak macam Tuan Danish pun.

Susuk itu lengkap bersweater hitam dan kepalanya ditutupi dengan hoodie jacket. Raihanah mahu saja menerpa, manalah tahu perompak ke?

Aik, takkan perompak main laptop? Hantu? Lagilah mustahil.

Raihanah memandang ke arah depan semula bagi memastikan yang tiada orang sebelum dia mahu menerpa ke arah susuk itu. Namun, sebaik sahaja dia berpaling semula, susuk tubuh itu sudah hilang!

Raihanah tercengang. Laju kakinya bergerak ke arah meja makan. Dia pasti yang dia nampak ada orang duduk di sini. Dia meraba-raba kawasan tersebut dan nyata memang tak ada orang langsung.

Raihanah gigit jari. Tak mungkin dia berhalunisasi. Takkan baru 2 hari duduk sini, dah gila kot?

Raihanah ingin berpaling semula sebelum tubuhnya terlanggar benda keras di hadapannya. Raihanah tertunduk lalu mendongak semula sebelum matanya terbuntang luas.

Satu wajah yang separuh mukanya ditutup dengan hoodie, sedang merenung Raihanah tajam. Paling mengejutkan bila wajah itu terlihat seakan berurat-urat melalui rembesan cahaya lampu di luar dapur.

"Grrr!!" Makhluk itu membuat suara yang menakutkan menyebabkan Raihanah seakan hilang suara dan hilang sistem pernafasannya sebelum dia jatuh terbaring tidak sedarkan diri.

----------------------------------------------------------------

Patut ke saya teruskan cerita ni? 👉🏻👈🏻
Vote and comment!

The Beastly. [complete]Where stories live. Discover now