TB | 4

5.5K 376 3
                                        

"MASUK!"

Tubuh Raihanah ditolak kasar ke dalam kereta mewah itu. Dia memeluk erat beg bajunya. Tidak lama kemudian, kereta terus meluncur keluar dari kawasan rumahnya.

Raihanah melihat adik-adiknya yang terjelopok menangis di tepi pintu. Hatinya terlalu runtun. Dia sendiri tak tahu apa nasibnya yang bakal terjadi setelah mengikut mereka semua.

Raihanah menunduk dan mengelap air matanya perlahan. Dia tak mahu mereka mentertawakannya.

"So, miss?"

Terangkat bahu Raihanah setelah mendengar suara garau di sebelahnya. Terus dia menoleh. Ada seorang lelaki yang lengkap bersuit hitam serta bercermin mata hitam itu sedang menumpukan perhatiannya ke hadapan.

"Ap-- apa dia?" Soal Raihanah takut-takut.

Danish tersenyum sinis. Dia paling pantang kalau soalannya perlu diulang banyak kali. Tapi, tak apa. Gadis ini masih tak kenal siapa dia sebenarnya.

"What is your name, little girl?" Soalnya sambil membuka cermin mata lalu memandang Raihanah dengan tajam.

Raihanah telan liur. "Err... Raihanah."

"Look at me, miss. Again, your name?"

Raihanah memberanikan diri untuk memandang lelaki di sebelahnya.

"Raihanah."

Danish senyum senget lalu memakai semula cermin mata hitamnya. Dia memandang semula ke hadapan.

"Nice name."

Dan suasana mereka senyap semula tanpa ada lagi soal jawab menjawab. Raihanah gelisah sendiri. Suasana sunyi di dalam kereta itu semakin menyelubungi dirinya. Dia tidak selesa dan dia teramat takut. Mahu saja dihamburkan tangisannya sekarang namun dia takut dengan lelaki di sebelahnya itu.

Hampir 2 jam perjalanan mereka dan akhirnya sampai juga ke destinasi. Raihanah duduk tegak sambil memerhatikan sekeliling kawasan yang sedang lalui.

Apa yang pasti, dia sedang melalui satu kawasan asing yang tak pernah dia jejaki sebelum ini. Di kiri dan kanan, sebuah hutan tetapi hutan ini seperti dijaga. Kereta pula meluncur menaiki bukit.

Tak lama selepas itu, kereta mulai perlahan menandakan bahawa destinasi semakin tiba. Sebuah pagar berjeriji besi terbuka secara automatik.

Raihanah telan liur

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Raihanah telan liur. Dia memandang satu persatu wajah di dalam kereta itu. Takut. Kawasan ini memang terlalu asing.

Sebaik melepasi pagar itu, kereta menyelusuri lagi jalan kecil yang hanya boleh memuatkan satu kereta. Sama juga seperti tadi, kawasannya dikelilingi pokok-pokok yang seakan bersatu antara satu sama lain. Namun, kawasannya agak tenang jika dipandang.

The Beastly. [complete]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang