TB | 13

4.9K 342 10
                                    

DANIEL mengetuk kepalanya beberapa kali. Memarahi diri sendiri apabila berkelakuan aneh-aneh di hadapan gadis itu. Mulutnya turut menyumpah diri sendiri.

Bila mengenangkan keikhlasan gadis itu untuk berkawan dengannya, Daniel tersenyum sendiri. Sejujurnya, dia tak pernah rasa selesa seperti ini. Tapi yang penting, dia tak ada apa-apa perasaan pun terhadap gadis itu.

Daniel menaikkan sedikit lengan jaket lalu mengusap lengannya yang mempunyai urat-urat hitam yang menyerupai pokok itu. Daun-daun masih lagi berguguran.

Tak betah duduk dalam persoalan, Daniel bangkit lalu keluar dari bilik tidurnya. Mukanya bengis. Sampai sahaja di garaj kenderaan, terus dia menerpa ke arah motor berkuasa tinggi miliknya. Di fikirannya hanya satu. Dia harus membuat perhitungan dengan manusia yang serupa ahli sihir itu!

🍂

MOTOR jenama Z-800 berwarna hitam menyelusuri lorong kecil sebelum tiba di halaman rumah banglo bertemakan Inggeris.

Turun sahaja dari motor, Daniel terus menerpa masuk ke dalam rumah itu tanpa mempedulikan pengawal yang cuba menghalang langkahnya.

Langkahnya berhenti di belakang tubuh seorang gadis yang lengkap bergaun hitam, belakang badan gadis itu agak terdedah. Gadis itu sedang asyik bermain piano tanpa menghiraukan kehadiran Daniel kerana dari awal lagi dia sudah tahu akan kehadiran lelaki itu.

 Gadis itu sedang asyik bermain piano tanpa menghiraukan kehadiran Daniel kerana dari awal lagi dia sudah tahu akan kehadiran lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kim!" Laung Daniel kuat menyebabkan Kimberly menghentikan permainannya.

Kimberly tersenyum sinis sebelum bangun dan berpaling menghadap Daniel. Tangannya naik berpeluk tubuh.

"Aku dah agak yang kau akan datang jumpa aku Daniel. Kenapa baru sekarang?" Soal Kimberly lembut namun bunyinya seakan memerli Daniel.

Daniel mengetap rahangnya geram. Penumbuk sudah dikepal.

"Kau jahanam, Kim! Kau hancurkan hidup aku!" Tempik Daniel.

Kimberly ketawa terbahak-bahak. Dia berjalan merapati Daniel dengan pandangan sinis.

"Kau yang mintak aku jadikan kau macam ni. Bukan salah aku." Kimberly membuat wajah tidak bersalah. Dia berjalan mengelilingi Daniel.
Jari-jemarinya naik mengusap tubuh Daniel.

"Adik kau yang salah dalam hal ni, Kim. Aku tolak cara baik tapi adik kau yang tak faham aku!" Balas Daniel kasar.

Terhenti pergerakan jari-jemari milik Kimberly. Mukanya berubah bengis. Dia berdiri menghadap Daniel, tajam.

"Kalau kau tak tolak, aku takkan jadikan kau macam ni, Daniel. Sekarang, kau rasakan apa yang aku dan adik aku rasakan." Bisik Kimberly di telinga Daniel sebelum menjarakkan diri.

Daniel jatuh melutut. Dia seakan lemah. Seakan putus asa dengan dirinya sendiri.

"Tolonglah, Kim... Aku nak diri aku yang dulu. Buang benda ni semua. Aku tak mampu, Kim..." rayu Daniel lirih. Air matanya hampir keluar mengenang nasib dirinya itu.

Kimberly ketawa sinis.

"Tak sangka, seorang adik kepada mafia yang kejam sanggup melutut, merayu macam ni. Interesting." Kimberly bersuara menggoda. Dia mencangkung menyamai kedudukan Daniel.

Jarinya mengangkat dagu Daniel supaya lelaki itu bertentang mata dengannya. Sekilas, pipi Daniel dicium lembut. Tak lama, dia menolak wajah lelaki itu dengan senyuman sinis.

Kimberly berjalan membelakangi Daniel dan duduk kembali di kerusi piano. Jari-jemarinya mula bermain pada mata piano.

"Tolong aku, Kimberly! Aku minta maaf!" Rayu Daniel bersungguh-sungguh.

Kimberly berpaling semula mengadap Daniel. Kakinya disilangkan seraya memeluk tubuh.

"Hanya ada satu cara untuk kau bebas dari sumpahan ni," Kimberly berjeda. Menanti reaksi Daniel.

"A-- apa?" Tanya Daniel seakan ada lagi satu harapan buat dirinya.

"Cinta sejati. A true love. Bila dua jiwa mula bersatu, terbentuklah satu hati. Syaratnya, kau ikhlas mencintai dia, dan dia ikhlas mencintai kau." Ucap Kimberly serius.

Dia bangun semula mendekati Daniel. Lengan kanan jaket Daniel ditarik ke atas. Tapak tangannya ditekap pada permukaan lengan Daniel yang bersih dari sebarang urat hitam. Tetapi, itu tak lama apabila Kimberly mengangkat semula tapak tangannya, dan terbentuklah setangkai bunga mawar pada tapak pergelangan Daniel. Satu kelopak bunga mawar jatuh berguguran dan hilang tiba-tiba.

Daniel terkedu. Dia memandang lama mata Kimberly menantikan penjelasan perempuan itu.

Kimberly tersenyum sinis. Dia bangun berdiri semula merenung wajah Daniel.

"Satu kelopak dah jatuh. Kau perlu dapatkan cinta sejati sebelum kesemua kelopak Red Rosa jatuh gugur. Kalau tak," sengaja Kimberly menggantungkan ayatnya.

Daniel bangun walaupun masih terkejut dengan apa yang sedang berlaku pada dirinya sekarang.

"Kalau tak apa?!" Suara Daniel sudah naik seoktaf.

Kimberly langsung tak gentar. Bibirnya terus-terusan melorekkan senyuman sinis dan mengejek.

"Kalau tak, sumpahan yang ada pada kau akan kekal sampai bila-bila. Dan Red Rosa tak mampu bertahan lama. Bila-bila masa dia boleh layu dan waktu tu... kau akan merana seumur hidup kau, Daniel!" Serentak itu, Kimberly menghamburkan ketawa kuat. Seakan puas dengan dendamnya terhadap Daniel.

"Kau memang sial, Kim!"

Kimberly masih lagi dengan tawanya.

"Ini yang kau nak, Daniel. Tapi aku yakin... tak ada siapa yang inginkan kau. Kau buruk! Kau hodoh, Daniel!" Kimberly ketawa lagi. Kali ini bersama dengan tepukan pada kedua-dua tangan yang membakar lagi hati Daniel.

"Shit!" Carut Daniel sebelum dia melangkah laju keluar dari rumah yang serupa neraka itu.

Kimberly berhenti ketawa. Dia tersenyum sinis. Tangannya digenggam dengan satu perasaan yang tersangat puas.

"We'll see, Daniel. Sama ada kau mampu atau tak." Kata Kimberly perlahan yang hanya mampu didengar oleh dirinya sendiri.

----------------------------------------------------------------

Oh my God! Sorry if bosan and tak best langsung! Saya dah cuba yang terbaik 🙏🏻😭

The Beastly. [complete]Where stories live. Discover now