HUJAN renyai yang menitik membasahi bumi kala itu langsung tidak menggusarkan hati Raihanah. Yang lebih menggusarkannya ialah makhkuk yang dijumpai malam tadi.
Mujur, dia pengsan saja. Kalau mati, haihh... tamatlah riwayat seorang Raihanah. Itupun, Mastura yang meminta Meor untuk mengangkatnya ke bilik. Nasib baik bila sedar dia tak meracau macam orang gila.
Tapi bila dia cuba ceritakan kepada Mastura tentang apa yang dia lihat malam tadi, wanita itu sekadar tersenyum saja.
Hari ini Raihanah langsung tak hantar sarapan buat anak pengasuhnya. Haishh, stress betul bila tak pernah jumpa anak asuhannya sendiri. Yang dia jumpa, makhluk yang serupa monster.
Disebabkan itu, semangat Raihanah untuk membongkar misteri rumah banglo ini semakin berkobar-kobar. Dia tak kira. Dia mesti cari bukti.
Siapa Daniel? Siapa anak asuhannya? Siapa mereka semua? Semua Raihanah nak tahu.
Raihanah turun dari katil apabila terpandangkan jam yang menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Dia mahu ke dapur untuk membantu Mastura menyediakan makanan untuk makan tengah hari ini.
Sebaik sahaja dia membuka pintu dan melangkah setapak ke depan, kakinya terpijak sesuatu seperti kertas. Raihanah membongkok lalu mengambil kertas yang ditindih dengan seketul batu. Matanya fokus membaca ayat yang tertulis di atas kertas putih itu.
Makanan untuk lunch aku; spaghetti bolognaise and plain water.
From; D.A.
Raihanah berkerut. Kemudian, kertas itu dibawa sekali turun bersama ke dapur. Dalam hati kemain dia mengutuk lelaki bernama D.A. ni. Manalah dia tahu D.A. ni siapa. Tulislah nama panjang.
"Kak Mas..." panggil Raihanah.
"Ye, kenapa?"
Raihanah menghulurkan kertas tadi lalu disambut Mastura. Lalu, satu senyuman terukir di bibir Mastura.
"Siapa D.A. ni Kak Mas?" Soal Raihanah.
"Tuan Daniel lah." Jawab Mastura sambil ketawa kecil.
"Ish, lain kali tulislah nama betul. Pastu, bukan main lagi mintak spaghetti untuk lunch. Mengada betul!" Raihanah sudah membebel tapi tangannya lincah mencari bahan untuk membuat spaghetti bolognaise.
Mastura ketawa mendengar bebelan Raihanah. Dia pun sudah siap menyediakan makanan tengah hari. Tak banyak pun lauk. Setakat dia dan Raihanah je yang makan.
"Tuan Daniel memang tekak mat salleh sikit. Hana kena biasakan dirilah."
"Tekak mat salleh konon... kita kat Malaysia sekarang ni. Hish, kenapalah dia tak nak turun sendiri makan." Raihanah mendengus.
"Erm, Kak Mas... Hana nak tanya sikit boleh?" Soal Raihanah sambil mengeluarkan hotdog dari peti sejuk untuk dicairkan.
"Tanyalah Hana. Tanya banyak pun Kak Mas tak kisah." Raihanah gelak kecil.
"Tuan Daniel tu memang asyik berkurung je ke dalam bilik dia? Hana bukan apa, Hana rasa macam tak ada feel jadi pengasuh tau." Raihanah mula mengutarakan rasa ketidakpuasan hatinya sebagai seorang pengasuh.
![](https://img.wattpad.com/cover/161251694-288-k101688.jpg)
YOU ARE READING
The Beastly. [complete]
RomanceSTATUS; C O M P L E T E . B L U R B; Sumpahan. Sumpahan itu yang menyebabkan lelaki itu begitu. Dan penawarnya ialah... Cinta sejati. ----- "Love doesn't need to be perfect, it just needs to be true." - The Beastly. Beauty and The Beast versi mod...