BERITA yang baru sahaja diterima Danish itu membuatkan dia runsing serta-merta. Perkhabaran tentang daddynya yang terkena serangan jantung telah memaksa Danish untuk membuat keputusan.
Dia perlu pulang ke Scotland. Namun bila memikirkan keadaan Daniel yang masih belum sembuh itu, makin merunsingkan dirinya.
Dia tak kesah kalau terpaksa tinggalkan bisnesnya di sini kerana ada Meor yang boleh menggalas tugasnya. Tapi, Daniel. Bagaimana Daniel perlu berhadapan dengan keluarga mereka di Scotland sedangkan mummy dan daddynya masih lagi tak tahu tentang apa yang terjadi kepada Daniel.
Butang interkom ditekan lalu meminta Meor untuk masuk ke dalam pejabatnya. Tak lama selepas itu, muncul Meor berdiri di hadapannya.
"Meor, aku nak kau tempah tiket untuk aku ke Scotland minggu depan. Tempah sekali untuk Daniel." Arah Danish. Tangan naik memicit dahi.
Meor mengangguk. "Baik, Tuan."
🍃
LANGKAH kaki diatur mendekati pintu bilik tidur Daniel. Di pintu bilik itu, tertera nama 'Adam.' Serta-merta senyuman di bibir Raihanah terukir.
Tangannya naik mengetuk pintu bilik Daniel. Dia mahu memanggil lelaki itu untuk makan malam bersama. Maklumlah, sejak dia dan Daniel sudah sah menjadi kawan baik, Daniel akan makan di ruang makan. Bermakna, Raihanah tak perlu lagi membawa makanan untuk Daniel.
"Daniel," sekali lagi, nama lelaki itu dilaung sedikit kuat.
Apabila tidak ada respon dari lelaki itu, terus tangannya memulas tombol pintu bilik itu. Terbit rasa risau dalam hati Raihanah.
Buka sahaja pintu, matanya terus terhidang dengan batang tubuh Daniel yang sedang duduk di birai katil tetapi membelakanginya. Raihanah melepaskan nafas lega dan tersenyum sedikit.
"Daniel, awak okay tak? Saya nak ajak awak makan malam ni." Tegur Raihanah. Dia berdiri di belakang Daniel. Namun, lelaki itu masih tidak memberi sebarang reaksi.
Dahi Raihanah berkerut. Perlahan, diatur langkahnya untuk berdiri di hadapan Daniel yang menunduk itu. Seketika, matanya terbuka luas apabila melihat lengan Daniel yang terdedah menampakkkan Red Rosa itu.
Automatik, Raihanah melutut di hadapan Daniel lalu lengan kanan lelaki itu diraih. Dia tahu tentang Red Rosa kerana Daniel pernah menceritakan tentang Red Rosa kepadanya. Namun, yang paling mengejutkan Raihanah ialah bila kuntuman Red Rosa hanya tinggal satu bermakna peluang Daniel semakin tipis.
Tiba-tiba, bahu Daniel bergetar. Terdengar esakan dari lelaki itu. Raihanah cuba mencari wajah Daniel yang menunduk itu.
"Daniel..." dengan berani, kedua-dua tangan Raihanah naik mengusap pipi Daniel yang sudah basah itu.
Dia mengangkat wajah Daniel supaya mengadap wajahnya. Benarlah, lelaki itu menangis.
"Daniel, saya tahu..." Raihanah seakan tidak mampu meneruskan ayatnya. Dia turut merasa sebak.
"Sampai sekarang... aku tak tahu dan tak jumpa siapa true love aku." Daniel bersuara perlahan. Matanya terpejam.
Raihanah yang mendengarkan itu, mengalirkan air matanya. Terus, tubuh Daniel dibawa ke dalam pelukan untuk kali pertama.
Kali pertama dia berpelukan dengan lelaki yang bukan mahramnya.
"Saya akan bantu awak, Daniel. Saya janji saya akan selalu ada dengan awak." Ucap Raihanah, cuba memujuk.
"Aku rasa aku dah tak ada harapan lagi, Hana. Aku tak kuat. Aku tak mampu nak teruskan semua ni."
"Jangan cakap macam ni, Daniel. Awak kena yakin dengan diri awak sendiri." Pujuk Raihanah.
Lama Raihanah dan Daniel berpelukan sebelum pelukan itu dilepaskan semula oleh Raihanah.
"Saya rasa, awak kena berehat. Tenangkan diri awak." Tangannya naik mengelap sisa air mata Daniel.
Mereka waktu itu tak ubah seperti pasangan kekasih.
"Hana, boleh kau janji dengan aku sesuatu?" Soal Daniel. Matanya memanah tepat ke dalam anak mata Raihanah.
Raihanah telan liur. "Ap-- apa dia?"
"Jangan tinggalkan aku."
Raihanah terkesima namun dianggukkan jua kepalanya. Dia sebenarnya takut kalau dia tak mampu menunaikan janji Daniel.
Tapi, kalau Daniel sendiri yang tak mampu tunaikan janjinya sendiri, bagaimana?
Apabila memastikan Daniel sudah baring dengan selesa, selimut ditarik menyelimuti tubuh Daniel.
"Saya janji, Daniel. Saya takkan tinggalkan awak." Ucap Raihanah.
Entah kenapa, perasaannya pada Daniel malam itu seakan segala-galanya buat Daniel. Kenapa? Dan apa maksud perasaan itu?
Takkan dia dah jatuh cinta dengan Daniel?
Tak mungkin sebab Daniel sudah ada cinta sejatinya cuma dia tak tahu siapa.
----------------------------------------------------------------
Takde idea. Sorry sebab tak best and merepek.
YOU ARE READING
The Beastly. [complete]
RomanceSTATUS; C O M P L E T E . B L U R B; Sumpahan. Sumpahan itu yang menyebabkan lelaki itu begitu. Dan penawarnya ialah... Cinta sejati. ----- "Love doesn't need to be perfect, it just needs to be true." - The Beastly. Beauty and The Beast versi mod...