Alarm kereta dibunyikan sambil mata yang kuyu kepenatan melirik kearah bunyi kereta tadi, tercari-cari.
Langkah dipercepatkan. Bunyi derapan padat kasut bertumit tinggi keatas lantai menambah lagi haru kepada suasana kawasan parkir kereta yang agak bising. Bising yang disebabkan lambakan kelibat makhluk berspesis homo sapiens meluru ke sana dan ke mari mencari kenderaan masing-masing.
Bunyi alarm kereta dan tapak kaki manusia semakin banyak kedengaran. Ditambah juga dengan deruman enjin dihidupkan dan ngauman exhaust kereta yang pelbagai memekakkan lagi kawasan parkir bertingkat yang tidak berapa kedap bunyinya itu.
Berdiri tegak satu tubuh disebelah pintu pemandu. Tangannya mencapai pintu lalu dibukanya. Tas tangan dan beberapa dokumen pejabat yang dibenar dibawa balik disusun rapi di tempat duduk penumpang hadapan. Badan dingensotkan masuk ke ruangan pemandu sambil tangan memegang kemas stereng kereta.
Setelah tubuh dilabuhkan di tempat duduk, keluhan penat dilepaskan. Tanpa sedar, hatinya terus mengetus geram, "Aduh, kena marah dengan bos lagi hari ini. Ada saja yang tak kena dekat mata dia. Ish. Geram."
Separa sedar, tangan gebu yang dihiasi nail polish bertona gelap memaut geram stereng kereta seolah-olah melepaskan amarah kecil si tuan badan.
Terbayang kembali situasi yang dihadapi pagi tadi sewaktu bersemuka dengan tuan bos. Terlintas kegusaran di muka ditambah dengan sedikit perasaan malu bercampur geram memikirkan situasi dimarahi bos tadi.
Situasi yang turut diperhatikan ramai staf-staf pejabat yang lain. Sambil dimarahi, sempat juga mata si tuan badan melilau melihat riak muka dan mata-mata liar yang sibuk memerhati.
Ada antara mereka yang seolah-olah mentertawakan, ada yang mencerminkan simpati, malah ada juga yang bersifat indifferent. Khalayak yang bersifat indifferent itu memberikan reaksi tubuh badan yang seolah-olah berbunyi, "Ah, lantak kau lah, asal bukan aku yang kena."
Enjin kereta Perodua Viva 1000cc berderum setelah kunci yang dimasukkan dipulas. Melihat kepada interior kereta tersebut, seolah-olah ada bauan magis yang menggamit deria si tuan badan.
Seraya itu, memori di pagi hari tadi beransur hilang diganti satu memori riang. Memori yang menggembirakan sewaktu bersama si pemilik asal kenderaan tersebut.
Sambil fikiran terus menyingkap perlahan memori lalu, terdapat ketukan ditingkap penumpang hadapan yang datang menyergah tanpa sebarang amaran.
"Opocot mak kau!" Terhambur keluar ungkapan melatah selepas disergah sambil kepala dipaling kearah bunyi ketukan tadi. Terlihat senyuman kerang busuk bertatahkan gigi putih yang rapi tersusun. Si tuan badan hanya mampu melampiaskan keluhan sahaja seraya tangannya menekan punat tingkap.
Sebelum sempat berkata apa-apa, senyuman kerang busuk itu diiring celoteh manja mengedik oleh pemunyanya, "Alaa babe, awak tak tunggu pun kita, sampai hati awak. Kan masa lunch tadi kita dah pesan kat awak yang kita nak balik sesama. Sampai hati you babe." Nadanya berseloroh dengan mukanya mengada bercampur 'sedih'. Bajet betul.
Terlintas dibenak hati si pemandu mengiyakan sahaja percakapan rakannya itu seraya berkata, "A'ah la babe, lupa pulak kita pasal awak, patutlah tadi masa bawa turun barang-barang ni, asyik teringat macam ada tertinggal something, tapi bila belek-belek rasa macam dah cukup. Rupanya bukan tertinggal barang tapi tertinggal anak dara orang. Haha." Usik si pemandu.
"Alya! Amboi, saja je makcik ni kan, usik-usik orang, nasib orang cepat kalau tidak dah kena tinggal dah dengan si makcik ni." Ujar rakan Alya kepadanya sambil dijuihkan bibirnya menunjukkan tanda protes.
YOU ARE READING
Romantis Berkasih A to Z
RomanceThe Sofia yang kini sedang merangkul kemas beruang tersebut kelihatan naïf, mencerminkan imej lemah dan bagi sesiapa yang memandang, pasti timbul rasa ingin melindungi dan menyayangi makhluk tuhan secomel itu. Tetapi jangan dinilai berdasarkan paras...