"Awak, tempat awak nak pergi tu klinik depan tu ke?" soal Alya menginginkan kepastian.
"A'ah la kot. Nampak gaya betullah tu. Waze pun kata kat area-area ni," jawab Farah kurang pasti.
"Aik dia ni, dia ajak orang, dia pula tak pasti. Kata dah pernah datang sini," seloroh Alya cuba mengusik Farah.
"Alah awak ni, kita tak biasa dengan kawasan ni. Lagipun dah lama tak datang sini. Manalah ingat sangat. Dan lagi satu, waktu kita datang pun takdalah sesibuk ini," rungut Farah comel.
"Hah, cakap pasal sibuk, ni banyak kereta ni, kita ni nak parking kereta kat mana ni?" soal Alya.
"A'ah la, aduh banyak pula kereta. Awak parking lah kat mana-mana dulu. Kalau tak pun, biar saya turun dulu, awak tunggu dalam kereta je. Nanti ada parking mana-mana, awak masuklah. Kalau nak double-park pun, sekarang habis waktu pejabat, kereta tengah banyak lalu-lalang. So.." ujar Farah panjang lebar.
Alya mengeluh. Dia kemudian berkata, "Okay-lah macam tu, awak turun lah dulu. Nanti apa-apa mesej lah saya."
"Thank you awak. Ni sayang lebih ni. Nanti apa-apa saya bagitau, okay?" balas Farah sedikit apologetik.
"Okay," ucap Alya ringkas sementara matanya masih lagi liar mencari parkir kosong di sekitar itu.
Kereta yang dipandu diberhentikan berdekatan dengan klinik tersebut. Pintu kereta belah penumpang dibuka perlahan sambil kelibat Farah menyusup keluar dari kereta itu. Tangannya melambai sambil dia berkata, "Bye awak." Pintu kereta kemudian dihempas kemas.
Alya mula memberikan isyarat kereta untuk kembali ke laluan jalan raya sambil matanya tetap ligat mencari parkir di sekeliling.
Manakala Farah pula sedang berlari-lari anak ke muka pintu kaca klinik yang ingin disinggahinya itu. Tas tangan disebelahnya dipaut rapat sedang dia melewati dari satu premis kedai ke satu premis kedai.
---
Setelah kereta Alya berlegar-legar disekitar blok klinik tadi, parkir kosong masih lagi tidak kelihatan. Geram dengan situasi parkir yang penuh, Alya memandu kereta ke kawasan blok yang sedikit jauh daripada blok klinik tadi.
Sedang keretanya berlegar perlahan mengelilingi blok-blok kedai, kelihatan ada sebuah kereta yang memberikan isyarat mengundur. Perasaan gembira mula berputik sambil Alya mendekatkan keretanya ke arah parkir yang bakal dikosongkan itu nanti.
Apabila parkir itu akhirnya berjaya dikosongkan, kelihatan ada kereta lain yang cuba memintas kereta Alya dengan cuba menyusup pantas ke arah parkir tadi.
Nasib baik cik Alya kita ini peka dengan sekelilingnya. Pantang dicabar, Alya terlebih dahulu mencantas sebarang ruang untuk kereta 'musuh' masuk ke parkir itu. Kalut dengan tindakan pantas Alya, pemandu kereta 'musuh' tadi membunyikan hon kereta.
Alya membalas dengan honnya sebelum dengan selambanya dia memasukkan keretanya ke parkir kosong tadi tanpa menghiraukan pemandu 'musuh' yang mungkin tengah menyumpah seranah di dalam keretanya.
Setelah memarkir keretanya, Alya tidak terus keluar. Dia tunggu dahulu di dalam keretanya sambil jarinya sibuk menekan butang rakaman di telefon pintarnya. Dia menanti jikalau pemandu 'musuh' tadi ingin keluar menyerangnya.
Tapi ternyata, tidak berapa lama selepas itu, kereta 'musuh' itu berlalu pergi. Mungkin ada urusan lain yang ingin dikejarnya. Sempat juga Alya menangkap kelibat susuk si pemandu tadi. Besar kemungkinan pemandu tadi juga seorang wanita sepertinya.
YOU ARE READING
Romantis Berkasih A to Z
RomanceThe Sofia yang kini sedang merangkul kemas beruang tersebut kelihatan naïf, mencerminkan imej lemah dan bagi sesiapa yang memandang, pasti timbul rasa ingin melindungi dan menyayangi makhluk tuhan secomel itu. Tetapi jangan dinilai berdasarkan paras...