Alya termenung jauh. Matanya memandang tepat ke satu arah tanpa ada sebarang sinar dalam matanya ketika itu. Seolah-olah jiwa dan fikiran tiada bersamanya saat itu. Farah mengikut rapat arah renungan si Alya, dia kemudian melihat terdapat kanak-kanak sedang bermain di taman permainan di hadapan mereka.
Farah yang mula berasa bosan itu menyergah Alya yang kelihatan termenung itu, "Oii Alya, jauh mengelamun nampak. Dah sampai mana dah termenung? Dari tadi kita tengok awak asyik pandang budak-budak tu, hah, awak ada plan nak culik budak-budak ke ni?" Farah akhiri usikannya dengan gelak ketawa.
Alya yang tersentak dek sergahan si Farah itu berkata, "Ish, gila awak kita nak pergi culik budak-budak tu. Nak buat apa? Takda kerja?" cebik Alya yang mengerlingkan matanya ke arah lain kerana tak terlayan karenah Farah yang suka mengarut itu.
"Atau awak dah datang seru dah ni?" bingkas Farah bertanya cuba menarik perhatian Alya kembali.
"Seru apa pula awak ni?" soal Alya kembali dengan mulut sedikit lopong dan raut wajah penuh tanda tanya kerana tidak mengerti isi perbualan yang cuba disampaikan Farah itu.
"Yelah, tengok budak-budak. Lama-lama pula tu, dah dapat seru nak jadi mak orang ke cik Alya oii?" jawab Farah dengan nada serius cuba berjenaka.
Tambah lopong jadinya Alya mendengar seloroh Farah itu, dia lekas menjawab, "Gila awak ni, ada ke situ pula dia fikir. Ish. Dia ni. Kita bukan tengok budak-budak tu lah, kita tengah fikir benda lain tadi."
"Fikir pasal apa? Nak tau juga. Mana tahu awak tengah fikir nak belanja kita makan kat mana ke? Or belanja shopping kat mana-mana ke? Boleh juga saya kasi awak buah fikiran saya. Hehehe...terima kasih awaaakk." Farah meneruskan kata dengan gurauan bersahajanya.
"Ahh, tak kuasa kita nak belanja awak makan, shopping bagai. Tak malu. Banyaklah awak punya 'buah fikiran', karang saya lesing kepala awak dengan buah silat saya baru tahu. Hahaha," geleng Alya mendengar gurauan Farah sambil menahan gelak.
Getus hatinya, 'Macam-macam idea si Farah ni nak sakat aku. Haish, lemah betul aku dengan dia ni..haha.'
Farah terus mengasak lagi dengan pertanyaannya, "Jadi ceritalah sikit apa yang awak tengah fikirkan tu? Share la sikit. Mana tahu kita boleh tolong ke? Kalau kita tak boleh tolong, nanti kita belikan keropok jajan. Buat hadiah sebagai moral support. Haha.." sekali lagi Farah dengan jenakanya.
Terhambur juga gelak yang ditahannya sebentar tadi, Alya langsung berkata, "Keropok jajan? Hah, ni awak dah janji ni, jangan lupa belikan ya?"
Farah yang mendengar hanya melemparkan sengih kerang busuk.
Alya menyambung, "Kita teringat yang hari tu kita ada ter-sound Cik Sofia, eksekutif senior kat tingkat atas kita. Bukan apa, mungkin sebab hari tu saya penat, jadi bila Cik Sofia minta bukan-bukan seolah mahu menambah beban kerja kita, kita tak sengaja melenting lah. Saya risau sebab takut dia buat aduan ke Encik Fayyad. Nanti parah kita dengan staf-staf lain kena sembur air liur Encik Fayyad. Kita nak buat macam mana ek? Buntu," jelas Alya panjang dengan nadanya bermula serius menjadi semakin kendur di penghujung kata.
Masing-masing diam sejenak sebelum Farah mencapai tangan Alya sambil berkata, "Benda dah jadi Alya, nak buat macam mana. Lagipun saya ada dengar khabar yang Cik Sofia tu pernah ada isu dengan salah seorang dari pihak atasan. Mungkin sebab tu dia desak awak kot. Mungkin dia dah cuba minta tolong Encik Fayyad tapi tak dapat, so dia cari staf bawahan. Mungkin nak buli-buli manja kot. Awak kan comel. Haha."
"Sempat lagi dia bergurau, orang tengah sedih fikir hal kerja ni tahu tak," juih mulut Alya seraya menyiku lembut sisi Farah.
Farah kemudian mendongak perlahan ke atas dengan matanya sedikit membulat, dia berkata masih dengan nada berseloroh, "Lagipun kan awak, kalau kena sembur air liur Encik Fayyad pun takpa, nanti berkat kerja 'disimbah' air liur bos. Alaa macam kena sembur air liur cikgu dulu-dulu, orang kata nanti budak jadi pandai."

YOU ARE READING
Romantis Berkasih A to Z
RomanceThe Sofia yang kini sedang merangkul kemas beruang tersebut kelihatan naïf, mencerminkan imej lemah dan bagi sesiapa yang memandang, pasti timbul rasa ingin melindungi dan menyayangi makhluk tuhan secomel itu. Tetapi jangan dinilai berdasarkan paras...