Bunyi ketapan gigi sekali-sekala memecah sunyi bilik. Kelihatan Sofia yang menyandar rapat dipangkal katilnya sedang tangannya memaut kemas beruang mainan yang agak besar. Jika rakan-rakan atau staf-staf dipejabatnya terlihat adegan ini pasti masing-masing terkejut.
Ini kerana 'the' Sofia yang di pejabat penuh anggun dan elegannya, dan jika hendak dibandingkan dengan this current Sofia yang duduk menyandar memegang patung mainan, jauh sekali bezanya. Tidak tercapai di akal akan wujudnya kontras sedemikian rupa.
The Sofia yang kini sedang merangkul kemas beruang tersebut kelihatan naïf, mencerminkan imej lemah dan bagi sesiapa yang memandang, pasti timbul rasa ingin melindungi dan menyayangi makhluk tuhan secomel itu.
Tetapi jangan dinilai berdasarkan paras luaran, ternyata apa yang sedang difikirkan the Sofia yang sekarang tidaklah senaif yang disangka. Ketika ini, dia sedang giat mengatur perancangan untuk mengenakan 'seteru' baharu ditempat kerjanya.
Iya, 'seteru' baharu yang mula menapak dihatinya dan sentiasa menghantui mindanya dikala dia kelapangan tidak lain tidak bukan ialah Alya Ahmad.
'I'll bring you down, woman!' bentak hati Sofia mengatur janji. Terselit amarah dan benci yang membuak disebalik matanya yang menawan itu.
Sedang Sofia masih lagi dalam mod melayan perasaan benci itu, pintunya diketuk berkali-kali sebelum satu sapaan datang menjengah telinganya.
"Dear, are you okay? Papa dengar dari maid yang kamu tak usik sangat pun makan malam. Is something wrong? Anak papa sakit ke?" sapa dan soal suara tadi penuh prihatin.
Sofia mendengus sebelum menghela nafas panjang. Kemudian dia menjawab perlahan, "I'm okay pa. Takda selera je tadi. Mungkin makan tengahari banyak sangat kot."
Setelah mendengar jawapan daripada anaknya, suara tadi diam seketika seolah memikir sesuatu. Jarinya ditombol terasa ingin memutar tombol itu sambil sebelah lagi tangannya seakan ingin menguak daun pintu bilik Sofia, tapi niatnya itu hanya mampu dipendam tanpa dia betul-betul melakukannya.
Keluhan pendek terbit dibibirnya sebelum suaranya kembali menyahut kuat, "Okay lah kalau macam tu, papa turun dulu lah. Kalau ada something, bagitahu papa, kalau tak pun bagitahu maid. Night Sofia."
"Night papa," sahut Sofia kembali separa nyaring.
Kelibat tadi kemudian menuruni tangga perlahan. Terasa berat setiap langkahnya. Dia sering hilang arah dan punca saat ingin berurusan dengan Sofia. Dia tahu jauh disudut hati Sofia, Sofia ada mengenggam sekelumit rasa marah dan dendam kepadanya.
Walaupun sudah bertahun perkara itu berlalu, dia tahu Sofia masih lagi sukar ingin memaafkannya. Bagi Sofia, dialah penyebab utama kenapa ibu dan adiknya pergi daripada hidupnya.
Perpisahan dia dan ibu Sofia disaat Sofia dan adiknya yang baru meningkat remaja memporak-perandakan mahligai rumah tangga yang selama ini terbina kukuh. Dia tahu dialah punca utama ibu Sofia meninggalkan keluarga ini.
Dikala Sofia dan adiknya membutuhkan kasih sayang dari kedua ibu bapa, adiknya kehilangan kasih seorang ayah dan Sofia ketandusan sayang seorang emak. Tiada sebarang kata maaf mampu diujarkan kepada Sofia. Mungkin juga Sofia sendiri tidak merasakan dia bersedia untuk mendengar kata maaf tersebut.
Getus hatinya lagi, barangkali peredaran masa juga gagal memadamkan rasa dendam dihati sanubari Sofia. Dengan bahunya sedikit terjatuh mencerminkan sugul dihati, dia melangkah lemah menuju ke bilik tidurnya. Keluhan pendek turut mengiringinya.

YOU ARE READING
Romantis Berkasih A to Z
RomanceThe Sofia yang kini sedang merangkul kemas beruang tersebut kelihatan naïf, mencerminkan imej lemah dan bagi sesiapa yang memandang, pasti timbul rasa ingin melindungi dan menyayangi makhluk tuhan secomel itu. Tetapi jangan dinilai berdasarkan paras...