Bab 9

10 2 0
                                    


"Yoouuu! You dare!" Suara Sofia agak kuat kedengaran, tapi ia bukanlah hingga ke tahap teriak yang membingitkan. Jelas Sofia masih lagi dapat mengawal emosinya walaupun panahan matanya yang tajam membahasakan sebaliknya. Pandangannya membunuh.

Alya sedikit terkejut kerana tidak menduga amarah yang dizahirkan Sofia. Terdetik dihatinya mungkin dia sedikit melampaui batas dalam pertuturannya. Niatnya cuma ingin membalas kembali perlian Sofia. Tidak disangka apa yang diujarnya akan menyebabkan keadaan sebegini.

Mungkin betul kata pepatah lama melayu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Nampaknya dia telah membina karma tidak baik dengan Sofia. Risau juga hatinya memikirkan hari-hari mendatang. Apakan daya, tiada guna penyesalan baginya sekarang.

Sedang Sofia dengan matanya terbeliak menahan marah, kedengaran satu suara yang sudah lali didengar Alya menyahut dari jauh.

"Sofia, jom lah. Buat apa tu? Kata nak lunch. Let's go." Ungkap Fayyad ringkas.

Alya, Sofia beserta rakan sekerja disekitar yang menyaksikan 'drama' tadi menoleh ke arah suara tadi. Terdetik serentak di dalam hati Alya dan rakan sekerjanya. Masing-masing berterima-kasih kepada suara tadi kerana memecahkan suasana janggal di antara Alya dan Sofia.

Melihatkan Sofia yang masih lekat merenung tajam Alya seolah-olah dia tidak mendengar suara panggilan Fayyad tadi, Alya dan rakan mulai panik dan runsing.

Kali kedua suara Fayyad berkumandang jelas. "Jomlah Sofia, kata lapar. You borak apa dengan staf I tu? Alah, nanti balik boleh je borak. Kita kena gerak cepat ni nak makan, nak cari parking lagi. Jom," suara Fayyad semakin menghampiri. Terselit juga bunyi hentakan kasut kulit hitam miliknya memecahkan sepi suasana janggal tadi.

Tersentak keluar Sofia daripada lamunan amarahnya saat tangan sasa Fayyad mencapai pinggangnya. Raut wajahnya kembali menjelmakan keanggunan dan elegan tatkala sisi wajah Fayyad tiba disampingnya. Pakaiannya dibetulkan sambil matanya dipejam seketika. Helaan panjang dihembuskan seolah melepaskan beban berat yang dikandung.

Sepasang mata berbulu lentik dibuka perlahan, dipalingkan kepalanya supaya bertentang dengan Fayyad. Terserlah kecantikkan anak mata dan raut ayu Sofia yang meninggalkan impresi cukup dalam pada Fayyad dan sesiapa sahaja yang memerhati. Berdetap seketika jantung Fayyad seolah dipalu bertubi saat menyaksikan secara dekat keanggunan Sofia itu.

Walau bagaimanapun, Fayyad masih keras dan wajahnya tetap mencerminkan ketenangan seolah-olah keasyikkan tadi tiada upaya menggoyahkan jiwanya. Dengan kelelakian yang banyak bersisa, jarinya yang tadi meniti di pinggang Sofia mula merangkul kemas pinggang itu. Terkejut juga si Sofia dibuatnya memandangkan Fayyad tidak pernah sebegitu daring selama ini.

Kemudian mereka berdua mula berpaling ke arah lain sambil menuju ke pintu keluar. Sempat juga si Fayyad menjeling kearah Alya.

Senyuman pendek bersahaja dilemparkan ke arah Alya sambil mulutnya berkata, "Dah boleh lunch ni, korang tak lunch ke?" Soalnya seraya pandangannya turut dilarikan ke staf-stafnya yang lain. Nada dan mood-nya masih lagi nampak ceria.

Terdetik sekali lagi di hati Alya dan rakan sekerja lain, "Mungkin Encik Fayyad tak dengar kot teriak Cik Sofia tadi tu. Kalau tak, takkan dia berlalu macam tu je." Kelegaan jelas terpancar di muka masing-masing.

Mata-mata mereka mengekor rapat Fayyad dan Sofia sebelum kelibat mereka tidak lagi kelihatan di pejabat. Setelah itu, mata-mata sama itu dipalingkan ke Alya, terdapat sinar misteri yang terbit di dalam mata masing-masing. Tiada siapa tahu apa yang mereka tengah fikirkan. Yang pasti Alya cuma mampu memberikan seukir senyuman janggal penuh makna kepada mereka. Dia kemudian turut mengerling ke jam ditangannya.

Romantis Berkasih A to ZWhere stories live. Discover now