Bunyi tapak kaki menuruni tangga memecahkan konsentrasi dua pasang mata yang lekap menonton siaran drama di televisyen. Kepala dipalingkan lalu terlihat sepasang tubuh tegap berkolar T lusuh dan berseluar track yang mendekatii pasangan yang menonton televisyen tadi.
"Pagi ma, pagi pa. Tengok cerita apa ni, dah breakfast dah ke? Mak Cik Diba prepare apa hari ni?" soal jejaka bertubuh tegap kepada pasangan tersebut pantas sejurus melihat mereka berpaling memandangnya tadi.
"Pagi nak," jawab bapanya tenang dengan suaranya yang sedikit dalam. Nadanya steady penuh wisdom tapi terpalit dengan tona yang menunjukkan pemunya suara sudah dimamah usia.
"Pagi, haa Fayyad, awal bangun hari ini, subuh solat tak tadi? Mak Cik Diba ada buat nasi goreng dan teh o. Pergi lah breakfast tu, Fazil ada kat dapur tu tengah melahap sakan," jawab maknya lembut sambil matanya kembali berpaling ke arah televisyen. Mungkin seronok sangat cerita di skrin agaknya, getus hati Fayyad.
Sambil Fayyad mula mengorak langkah ingin berlalu pergi menjamah makanan sebelum nasi goreng air tangan Mak Cik Diba habis dilahap Fazil, kelihatan muka tua emaknya berpaling semula sambil memperlihatkan riak muka seolah baru terfikirkan sesuatu, dia berkata, "Oh ya, sebelum tu, meh duduk kejap kat mak ni, mak nak tanya sesuatu."
Kaki yang baru melangkah dipalingkan semula ke arah suara tadi dan Fayyad mengetus dalam hati, "Apa pula ma nak borak ni? Baru nak makan."
Namun hati Fayyad bertukar gusar apabila melihat riak wajah emaknya yang mulai nampak teruja seolah-olah ada beban yang mahu dilontarkan. Getus hati Fayyad lagi, 'Aish, nampak gayanya aku jadi mangsa leteran lah ni. Habis aku.'
Fayyad tidak perlu menunggu lama sebelum dahinya mula berkerut. Belum lagi pinggulnya dilabuhkan di atas sofa bertentang emaknya, suara emaknya dengan nada sedikit tinggi bertanya, "Bila Fayyad nak bawa girlfriend jumpa mak? Kalau tak ada calon, mak boleh carikan, free of charge je."
Tersembur air teh o daripada mulut Fazil yang juga mula merapati sofa tempat mereka berkumpul selepas sesi melantak nasi goreng tamat dengan jayanya.
Getus hati Fazil sedikit keriangan apabila terpandang wajah abangnya Fayyad yang sudah mula berkerut dengan pertanyaan emak mereka itu, 'Haha, ada show lagi ni, ma kalau berleter kalah sesi uztaz ceramah panjangnya. Kena cepat duduk ni, tak sabar nak dengar.'
Belum sempat Fayyad mengutarakan jawapan, atau dalam kes ini, alasannya, kedengaran suara ayahnya pula yang juga sedikit excited dengan nada mengusik berkata, "Free of charge je? Boleh juga lah tu, abang ni pun rasanya mampu lagi nak cari sorang lagi ni, haa Suraya, alang-alang awak nak carikan Fayyad punya, carikan untuk abang juga. Apa peribahasa mat saleh tu? Kill two birds with one stone? Haa molek sangat la tu. Haha."
Suhu ruang tamu mula terasa sedikit sejuk, bulu roma Fazil, Fayyad dan ayah mereka mula meremang dituruti dengan glare tajam menusuk kalbu memandang tepat ke arah suaminya. Dipandang suaminya atas dan bawah berkali-kali, Datin Suraya mula ketawa lembut tidak ikhlas seraya berkata, "Abang o abang, boleh je saya nak tolong carikan, bukan takat 1 je, 2 or 3 pun boleh, tapi takut abang tak mampu je, iya lah abang, kubur kata mari, takut abang tak sempat je nak merasa madu nanti. Hmphh."
Berpeluh dahi mereka tiga beranak tatkala mendengar ketawa tidak ikhlas dan respon keras mencucuk jiwa dari Datin Suraya tadi.
"Oh ya abang, malam ni abang ada kena outstation kan? Tak balik malam kan? Esok baru balik kan?" ujar Datin Suraya lembut dipalit manja tapi apabila kata-kata tersebut hinggap di telinga mereka tiga beranak, ia seakan berbunyi ancaman, cold and heartless.
Fazil dan Fayyad mengetus serentak di dalam hati sambil menggelengkan kepala, "Ooh damn, abah kena sound, pedas baik punya, haha, padan muka, sendiri cari nahas, mulut ma boleh tahan sarkastiknya. Itulah siapa suruh bermain dengan api, kan dah kena."
Datuk Salleh termangu, kelu lidahnya tapi dia masih mampu berfikir, 'Ni mesti sebab air teh o tu aku letak gula lebih, kena sugar rush, jadi otak liar nak merepek. Aduh, kena tidur luar ni nampak gayanya. Nasib badan. Kaw kaw kena ngan Suraya ni. Aduh.'
Tanpa menunggu respons daripada Datuk Salleh, mata Datin Suraya kembali menatap anak lelakinya Fayyad sambil berucap lembut, "So, macam mak kata tadi la, Fayyad bila nak settle dow?. Mak dengan orang tua kamu yang lagi sorang tu pun takda la muda lagi, boleh dah slow-slow planning nak timang cucu," ucap Datin Suraya yang dipalit geram manja dan rasa annoyed jelas kedengaran dalam tuturnya.
Datuk Salleh melekapkan kembali matanya ke arah skrin televisyen tanpa berkata apa sambil membuahkan batuk yang acuh tidak acuh. Dia berasa sedikit janggal di'ugut' tadi, tetapi dia masih lagi cuba memasang telinga kerana ingin mendengar hasil perbualan Fayyad dan Datin Suraya.
Jujur dia akui ada kebenarannya kata-kata yang diujarkan isterinya itu. Ingin juga dia merasa untuk menimang cucu tatkala berfikir rakan-rakan seusianya banyak yang sudah bergelar datuk, sehinggakan ada juga yang mempunyai cicit.
Fazil turut melirikkan matanya ke arah abangnya kerana dia juga berasa ingin tahu apa alasan yang akan diberikan abangnya kali ini. Dua pasang mata milik Datin Suraya dan Fazil pantas lekap meniti raut wajah Fayyad menanti jawapannya.
Kerutan di dahi masih lagi menghiasi mukanya, Fayyad menjawab, "Alaa macam biasa la ma, ma bukan tak tahu, Fayyad kan belum berkenan kat siapa-siapa lagi. Lagipun, sejak dua menjak ni kerja di pejabat tu pun dah banyak occupy fikiran Fayyad, mana lah ada masa nak bercinta-cinta, berdating-dating ni. Lain la si Fazil ni, baru balik exchange program dah mengada cakap English memanjang, dia ada syok kat minah saleh ni. Silap hari bulan, ma ngan pa bermenantukan gadis blonde pula. Haha," ujar Fayyad mengalihkan subjek perbualan kepada adiknya Fazil tanpa rasa bersalah dan segan-silu.
Tersembur sekali lagi air teh o si Fazil dengan kata-kata abangnya yang cuba berdalih itu seraya merengus di dalam hati, 'aikk, aku pula yang jadi bahan, sedap-sedap dia je, takleh jadi ni.'
Fazil dengan muka separa innocent dan separa berlakon bodoh, berkata dengan nada sedih membela dirinya, "Fazil bukan tak nak kahwin bang, cuma Fazil tak naklah langkah bendul bang. Lagi satu bang, bukan Fazil yang nakkan sangat minah saleh, tetapi Fazil ni kan irresistible, charming dan handsome berpanjangan. So, bagai bulan jatuh ke riba bang, takkanlah Fazil nak tolak rezeki kalau awek mat saleh nak kat Fazil. Haha," ujar Fazil dengan hidung menaik dan mukanya sedikit smug.
'Aik, budak kecik ni karang, aku cepuk juga nanti, mengada betul. Ish,' getus hati Fayyad sedikit terhibur dengan respon dan riak wajah Fazil yang memang meminta-minta untuk dilempang.
Sedang mereka berbual, mata Datin Suraya sempat mengerling ke arah Datuk Salleh yang kelihatan ingin bersuara, tetapi belum sempat Datuk Salleh bersuara, Datin Suraya mengecilkan matanya merungkap sinis, "Ohh kalau Fazil ada rezeki dengan minah saleh, mak on je, tapi kalau ayah kamu tu jangan pula syok-syok nak join sekaki, nanti ada yang sakit kena ketuk dengan high heels mak. Hmph." Seraya berkata Datin Suraya memandang kembali ke arah Fayyad dengan mood-nya bertambah annoyed.
Peluh sejuk membasahi dahi dan belakang Datuk Salleh, gerun dengan komen Datin Suraya tetapi dia cuma mampu mengeluh sambil berfikir, 'Aku cuma nak support Fazil je kalau betul itu yang dia inginkan, mana tau nanti baby mereka comel, boleh show off dekat Datuk Razlan tu. Ingat anak dia je yang kahwin campur dapat baby comel. So, how in the world aku pula yang jadi mangsa keadaan ni? I am wronged! Not fair. Huhu,' getus hati Datuk Salleh sedih melayan fikiran dan perasaan kerana merasakan yang dirinya teraniaya dan disalah ertikan.
"Tapi kalau kamu Fayyad, mak lagi suka kamu cari yang local-local je. Takda lah pening kepala. Budaya, agama terjaga," ujar Datin Suraya memberi peringatan seolah meletakkan syarat dan kriteria calon menantu yang diingininya.
Dengan nada mengaku kalah dan tidak terdaya lagi dengan asakan dan karenah ibu bapa dan adiknya, Fayyad membalas lemah, "Kalau itu yang ma dengan pa nak, Fayyad ikutkan je, tapi give me time. I'll find my own happiness. Kalau awal, awal lah. Kalau lewat, nak buat macam mana. Tapi jangan risau, I'll bring someone home yang will satisfy both of you, ma and pa."
YOU ARE READING
Romantis Berkasih A to Z
RomanceThe Sofia yang kini sedang merangkul kemas beruang tersebut kelihatan naïf, mencerminkan imej lemah dan bagi sesiapa yang memandang, pasti timbul rasa ingin melindungi dan menyayangi makhluk tuhan secomel itu. Tetapi jangan dinilai berdasarkan paras...