Terhenti seketika tangan mulus wanita tadi yang sedang menolak pintu kaca kedai bakeri. Dia seperti terpinga. 'Fayat? Fayad? Macam biasa dengar je nama ni, huh?? Taaakkanlah dia kot,' detik hatinya.
"Hmm? Kenapa berhenti ni awak? Berat ke pintu tu?" soal Fayyad spontan.
"Eh? Huh? Oh kejap-kejap," balas wanita itu setelah tersentak keluar dari mangunya.
Sambungnya lagi, "Fayyad, awak ambil lah roti awak tu, saya alang-alang dah masuk ni terliur pula nak beli sesuatu." Katanya laju sedang pandangannya sudah dialihkan ke sana dan ke mari. Rambang sungguh mata dibuatnya. Kelihatan banyak pilihan yang tersedia yang disusun kemas dan cantik.
"Oh, oka.." Belum sempat Fayyad menghabiskan katanya, wanita tadi laju beralih dari satu aisle ke satu aisle. Fayyad hanya mampu menggeleng lemah sambil tersenyum melihat keletah wanita itu. Terlintas difikirannya, 'What a woman. Tak menyempat-nyempat. She's so....so...weird.'
Tanpa lengah, Fayyad lantas mencapai sebuku roti di ruangan rak yang dikunjungi tadi. Dia sempat juga mengerling sekilas, memantau seketika ruangan kedai. Mana tahu ada apa-apa extra yang boleh dibeli. Tetapi ternyata, boys will always be boys.
Seperti majoriti lelaki diluar sana, Fayyad turut berkongsi satu komonaliti. Yes, lelaki selalunya is one-track minded. Jika disuruh membuat sesuatu, hanya sesuatu itulah yang dibuatnya. Jarang sekali dia akan menokok tambah jika baginya tiada keperluan mendesak.
Contohnya, jika disuruh beli satu tin susu cair di pasaraya, hanya satu tin susu itu sahajalah yang akan menjengah kaunter bayaran. Berlawanan sekali dengan majoriti wanita-wanita diluar sana. Yes, penulis sedang bercakap tentang anda wahai si pembaca. Tapi jika pembaca adalah lelaki, penulis mohon maaf. I'm sorry.
Fayyad merapati kaunter bayaran sebelum meletakkan perlahan buku rotinya di atas kaunter. Kelihatan juga pekerja di kaunter sedang tersenyum seorang diri. Malah mata Fayyad tertangkap senyuman pekerja kedai bakeri itu. Terdetik dihatinya, 'Kurang tebiat ke akak kaunter ni? Sengih sorang-sorang tak tentu pasal. Tadi aku masuk kelat je muka dia.'
Sudah pasti jika pekerja di kaunter terdengar apa yang terdetik dihati Fayyad, pasti dia akan termuntah darah kerana terkejut. Pasti dia akan memprotes kembali, garang, 'Aku kelat sebab malu tengok kau masuk kedai. Bukan selalu orang handsome masuk kedai masa shif aku. Dan aku senyum-senyum ni sebab terperasan kau bawa girlfriend kau pula beli barang kat sini. Salah ke? Hmph. Nasib baik suami aku kacak lagi.'
Juga amat pasti sekali jika Fayyad terdengar protes garang kakak kaunter itu, dia turut akan membidas, 'Eh? Bukan salah aku yang aku ni handsome. Dan perempuan tu, jangankan girlfriend, nama dia pun aku tak tahu.'
Tapi ternyata kedua-dua situasi tadi tidak akan berlaku kerana masing-masing sedang diam berdiri. Hanya mata mereka sahaja yang masih mengekor kelibat wanita tadi yang sedang rakus memilih produk-produk bakeri.
---
"Eh awak, awak nak ke mana ni? Kenapa ikut belakang saya ni?" soal wanita tadi yang baharu tersedar kelibat Fayyad yang masih mengekornya rapat di belakang.
"Oh, saya bukan ikut awak lah. Saya nak pergi ke kopitiam depan tu. Saya belum sarapan lagi ni. Lapar," jawab Fayyad jelas menidakkan tanggapan wanita itu. Takut juga Fayyad jika dia disalah ertikan sebagai seorang peragut atau pelaku perbuatan kurang senonoh.
"Kopitiam? Eh, saya pun nak ke sana. Saya ada janji dengan kawan nak makan kat situ juga. Kebetulan pula kita," terang wanita terbabit. Sangsinya hilang serta-merta saat mendengar penjelasan Fayyad. Ternyata tanpa disedarinya, ada sesuatu yang membuatkan dia percaya sebulat hati dan tanpa ragu kata-kata Fayyad.

YOU ARE READING
Romantis Berkasih A to Z
RomansThe Sofia yang kini sedang merangkul kemas beruang tersebut kelihatan naïf, mencerminkan imej lemah dan bagi sesiapa yang memandang, pasti timbul rasa ingin melindungi dan menyayangi makhluk tuhan secomel itu. Tetapi jangan dinilai berdasarkan paras...