Bab 7

10 2 0
                                    


Sebaik sahaja terbit soalan itu dari mulut Sofia, Fayyad lekas melarikan pandangannya. Timbul segan di hati mengenangkan kelakuannya yang kurang wajar yang telah dipertontonkan di depan Sofia. Selalunya Fayyad tidak begini. Dimana silapnya? Gelojoh sangat agaknya.

"Hellooo? Fayyad, boleh I masuk?" suara lunak Sofia menjengah ke telinganya lagi.

Dengan sedikit kekalutan, Fayyad mengemaskan duduknya seraya menjawab, "Boleh, you duduk kejap kat sofa tu. I nak siapkan kerja ni sikit."

Sofia mengangguk perlahan, langkahnya diayun perlahan sedang matanya tetap lekap melihat Fayyad yang masih tidak surut kalutnya. Reaksi comel Fayyad cukup menggeletek hatinya. Dia kemudian duduk diam sambil tangan mencapai satu naskah majalah yang tersusun rapi dibalik naskah-naskah lain.

Pandangan Fayyad kekadang melilau sekilas ke arah Sofia. Matanya dijamu sepasang kaki licin mulus, dibaluti leg sock yang warna amat mirip tona warna kulit Sofia. Dibalik kesibukkannya bekerja, mindanya kadang-kadang menerawang memikirkan kemulusan disebalik leg sock itu.

Sofia turut menguntumkan senyuman nipis dikala dia tertangkap Fayyad yang curi-curi memandangnya. Sofia bangga, dan perlakuan Fayyad hanya menebalkan lagi ego kewanitaannya. Baginya, lelaki semua sama sahaja. Man is such a simple creature, getus hatinya penuh riak.

'Baru tunjuk sikit dah tak keruan si Fayyad ni, dulu sombong sangat dengan aku,' getus hati Sofia dalam diam. Tanpa sedar dia seolah memperlekehkan nilai Fayyad sebagai seorang insan bergelar lelaki. Sesungguhnya apa yang dipersembahkan Fayyad amat mirip dengan keletah bekas-bekas teman lelakinya suatu ketika dahulu.

Sedang Fayyad diuji dengan halwa mata yang hadir dalam bentuk seorang gadis anggun bernama Sofia, satu kelibat bayang singgah di hujung matanya sebelum bunyi ketukan pintu bergema memecahkan sunyi bilik.

Pintu bilik yang tidak dikatup rapat dek kemasukan Sofia sebentar tadi dibuka habis luas. Sedikit kasar gamaknya. Kelihatan sekujur tubuh masuk melangkah deras menghampiri meja kerjanya sebelum bunyi hempasan fail-fail yang separuh kuat kedengaran. Separuh terkesima dibuatnya Fayyad. Dia kemudiannya sedikit berkerut.

Makhluk ciptaan tuhan yang datang seolah ingin bergasak dengannya, rupa-rupanya ialah si Alya. Raut wajahnya sedikit kelat, dan matanya turut memancarkan aura kurang mesra.

Fayyad yang masih terkesima terpaku sejenak sebelum dia tersentak sendiri. Intonasi katanya dijaga, lantas percakapan yang bakal diujarkan masih bernada tenang dan terkawal. Dia menyoal perlahan seraya matanya mencerlung tajam ke arah Alya.

"Ni fail yang saya minta tadi ke Alya?" Sejujurnya, sedang Fayyad mengerling tajam ke arah Alya, renungan yang dipamer seolah melaung satu amaran kecil. Jelas dia kurang senang dengan perbuatan Alya menghempas fail diatas meja kerjanya.

Malang sekali, cerlungan menajam Fayyad dibalas dengan renungan bersadur aura amarah yang membuak teramat dari si Alya. Staring contest antara mereka bagaikan pertarungan antara David dan Goliath. Dan dia Fayyad adalah David, underdog dalam office-nya sendiri. Fayyad terkaku.

Usai 'menghempaskan' fail, Alya berpaling lincah dan berlalu pergi tanpa berkata apa. Dia turut tidak mengerling ke arah Sofia sedangkan dia tahu Sofia ada disitu. Dia sedang menahan geram dan seandainya dia berdepan dengan Sofia sekarang, mungkin amarah yang bersarang dikalbu bakal dilampiaskan. Mungkin episod pertumpahan darah bakal berlaku, siapa tahu?

Iya, sebegitu geram sekali dia dengan Sofia saat terlihat kelibatnya berlegar di depan pintu bilik Fayyad sebentar tadi.

Apa sebenarnya yang membuatkannya begitu marah dengan Sofia?

Romantis Berkasih A to ZWhere stories live. Discover now