Bab 8

11 2 0
                                    


Jari-jemari halus Sofia membelek perlahan helaian majalah di hadapannya. Renungannya tepat ke ruangan artikel-artikel yang tertera, tetapi fokusnya nyata tiada disitu. Senyuman sinis meniti dibibirnya seraya hatinya berkata, 'Setakat staf bawahan, ada hati nak tunjuk kuat depan aku. Padah lawan dengan api, terbakar la kau.'

Sampai di penghujung muka surat, majalah yang dibaca ditutup dan kemudian disusun kemas di ruangan majalah. Matanya melirik ke seutas jam tangan yang membaluti pergelangan tangan mulusnya sambil duduknya dan skirt-nya dibetulkan. Sofia membangunkan tubuhnya sebelum merapati perlahan ke arah meja kerja Fayyad.

"Fayyad, jomlah. I lapar ni, kita turun lunch sekarang okay tak?" lunak suaranya sampai ke telinga Fayyad.

Manakala Fayyad yang masih lagi tekun dengan fail-fail kerja dihadapannya, mendongakkan seketika kepalanya mengerling ke arah jam gantung di dinding. Lantas itu, kepalanya dijatuhkan sebelum fokusnya kembali ke arah timbunan fail.

Melihatkan perlakuan Fayyad sebegitu, kerutan halus mula bersimpul di dahi Sofia sebelum suara sasa lelaki itu membalas kembali pertanyaan Sofia dengan tenang, "Sikit lagi Sofia, you tunggu dulu ya. Sikit je lagi ni."

Ingin ditekan tapi ternyata Fayyad tampak serius, muka Sofia mula berubah kelat sedikit sebelum rautnya kembali tersenyum manis. Ungkapnya tenang, "Okaaay. Cepat sikit tau. I pusing-pusing kat luar kejap. Nanti you dah siap, panggil I. Jangan tinggal I pula."

"Ha'ah," jawab Fayyad pendek selamba.

Sofia tidak ambil kisah dengan perlakuan bersahaja tersebut kerana dia tahu Fayyad tengah sibuk. Malah baginya, cerminan keseriusan bekerja yang ditampilkan Fayyad sekarang amat attractive baginya.

Sofia berpendapat, apabila seorang lelaki sedang serius bekerja, saat itulah imejnya tampak seksi. Pendek kata, antara ciri lelaki yang disukai Sofia ialah kekhusyukan ketika bekerja. A serius man is a sexy man!

Sofia mengatur langkah lembut berjalan keluar dari pejabat Fayyad, matanya melilau ke kiri dan ke kanan seolah mencari sesuatu sebelum pandangan mati melihat ke satu arah. Jika diturutkan renungannya, kelihatan seorang wanita yang duduk kemas sedang lincah menyiapkan tugasan.

'Yes, that's her!' bentak hati Sofia keras. Sofia mula merapati rapat ke arah meja kerja wanita terbabit. Langkahnya terhenti kemas disebelah sebelum suara lembutnya menyapa telinga wanita itu, "Hai awak, how are you? Alya kan?" soalnya penuh kepura-puraan.

Tersentak seketika dari kesibukkan kerja, Alya memalingkan kepalanya mengekor suara tadi. Sebaik kelibat pemilik suara bertamu di anak matanya, biji matanya sedikit membulat sementara keningnya sedikit terangkat tanda terkejut.

Namun, Alya tidak membiarkan perasaan terkesimanya terpamer lama sebelum riak bersahaja kembali menghiasi mukanya. Apa yang difikirkannya ketika itu hanya tuhan sahaja yang tahu.

Tanpa lengah Alya mebalas sopan, "Ya saya. Saya Alya, ni Cik Sofia kan? Tak sangka cik ingat lagi dekat saya. Saya baik-baik je."

"Oh sebenarnya saya tak ingat pun, cuma tadi saya tanya Encik Fayyad nama awak sebab tengok muka macam cam. Tapi tu lah tak pasti. Staf kat sini kan ramai, takkanlah I boleh ingat satu-satu," ujarnya berselit pura dan bohong seraya senyuman sinis mengakhiri kata.

Terangkat sedikit sebelah kening Alya tatkala ujar si Sofia mencecah telinganya. Dia sedar Sofia kenal dirinya, jikalau tidak masakan dirinya diberikan peringatan tatatertib oleh unit sumber manusia.Walaupun penjelasan telah diberikan dan tiada tindakan atau demerit yang dikenakan keatasnya, tapi rekod dikenakan peringatan tatatertib tetap terpalit dalam sistem portal syarikat.

Romantis Berkasih A to ZWhere stories live. Discover now