Minda Fayyad jauh menerawang teringkatkan janjinya pada emak dan ayahnya tempoh hari tentang soal jodoh dirinya. Keluhan lemah Fayyad kedengaran mengiringi lif yang berbunyi setiap kali melepasi tingkat demi tingkat.
Ding~~ Satu bunyi sampai di telinga, Fayyad kemudian mendongakkan kepalanya ke arah skrin digital yang memaparkan satu angka. Ternyata Fayyad sudah sampai di destinasi dan tingkat tempat pejabat dia berkerja.
Seraya kakinya meluncur keluar dari peti lif, keriuhan dan kelibat manusia mulai kelihatan di ruangan pejabat tersebut. Akan tetapi, ada satu lagi kelibat manusia lain yang ketika ini sedang membelakangkan dirinya dari sudut pandang si Fayyad.
Mata Fayyad sedikit membulat dan darah kejantanannya sedikit mendidih memandang kelibat ciptaan Tuhan yang cukup menggiurkan terpamer dihadapannya.
Jika dilihat secara dekat dalam anak mata Fayyad, jelas kelihatan potongan badan kelibat tersebut dicerminkan di dalam iris mata Fayyad.
Walau bagaimanapun, Fayyad tidak menunjukkan sebarang reaksi luaran yang terlalu ketara. Mungkin kerana dia sudah terbiasa dengan apa yang dilihatnya itu. Bukan apa, potongan badan sedemikian dan cara pemakaian sebegitu sudah menjadi norma baginya yang hidup di ibu kota KL.
Bukan sahaja di pejabatnya, malahan di serata KL wujud kelibat-kelibat wanita yang bukan sahaja menyaingi wanita didepannya itu bahkan lebih menggoda penampilan mereka.
Seolah-olah bagi mereka etika pemakaian pejabat yang lebih formal dan profesional tiada dalam kamus fesyen mereka. Tetapi apakan daya, Fayyad tidak mampu mengubahnya. Hanya istighfar pendek yang terbit dibibirnya.
Sedang tangannya memutar tombol pintu bilik pejabatnya, bayangan wanita tadi berpaling dan menghampirinya. Bau wangi-wangian datang mencengkam hidung Fayyad sebelum sapaan dari wanita tersebut memecah bisu memulakan bicara, "Ehh Fayyad, tak nampak you masuk tadi. Oh by the way, good morning Fayyad. I datang ke seksyen pejabat you ni sebab I ada nak refer something kat you. And ia agak urgent so instead of I suruh setiausaha I datang, better I datang sendiri uruskan perkara ni. So, Fayyad can I have some of your moments please? Urgent ni," soal dan rayu wanita tadi lembut dan sedikit menggoda. Matanya menatap tepat anak mata Fayyad, kelihatan lirikan nakal terpacar darinya.
Fayyad mengeluh kecil di dalam hatinya sambil menggelengkan kepala. Dia menjawab, "I pun baru sampai ni, masuk la dulu, ada je masa nak spare sikit dengan you."
Bahasa tubuh wanita tadi menampakkan kegirangan, dengan lirikan nakalnya masih terlekap tepat pada Fayyad, dia berkata, "Okay jomlah, I pun jarang spend some quality time dengan you sekarang ni."
"So, what is the matter today, dear Miss Sofia? Apa yang saya boleh bantu?" Fayyad menyoal wanita tadi secara profesional tanpa mempedulikan lirikan nakal wanita tadi sambil beg kerjanya diletakkan di sisi meja kerja sementara dirinya pula merebah duduk di kerusi pejabatnya yang empuk itu.
Tidak terhalang dengan respon dan nada Fayyad yang agak pasif, Sofia masih lagi dengan lirikan nakalnya mengikut rapat sebelum mendudukkan dirinya bertentang dengan Fayyad seraya meletakkan dan membelek beberapa fail diatas meja kerja Fayyad.
"I nak minta favour you ni, ni ada dokumen-dokumen dari events dulu dan event sekarang yang I handle. I perasan yang event-event ni bergerak di atas modus operandi yang sama, atur cara majlis yang sama, tempat yang lebih kurang sama, tapi kenapa bajet untuk dulu dan sekarang agak ketara perbezaan dia? Pengurangan bajet ni boleh affect perancangan team I Fayyad. So, how? Boleh you luluskan bajet yang lebih tinggi?" pinta Sofia lembut tapi ada terselit nada tidak puas hatiya.

YOU ARE READING
Romantis Berkasih A to Z
RomanceThe Sofia yang kini sedang merangkul kemas beruang tersebut kelihatan naïf, mencerminkan imej lemah dan bagi sesiapa yang memandang, pasti timbul rasa ingin melindungi dan menyayangi makhluk tuhan secomel itu. Tetapi jangan dinilai berdasarkan paras...