Fayyad masih lagi terkial sejenak memikirkan nama tadi, namun fikirannya dicantas tepi. Masakan terlalu kebetulan. Iya, dia akui dunia ini tidaklah sebesar mana, tetapi ia juga tidaklah sekecil itu sehingga ada kebetulan sebegini.
Barangkali mungkin ianya betul-betul satu kebetulan sahaja, mungkin tiada kena-mengena pun Alya rakan wanita di hadapannya dengan si Alya staf dibawah seliaannya.
Mungkin juga Alya yang dimaksudkan dalam perbualan telefon tadi ejaannya Alia, Aliah, atau Alyah. Mungkin juga Al-Ya? getus hatinya menyoal sama ada wujud atau tidak ejaan Al-Ya dalam bahasa Arab.
Kedengaran perbualan telefon sudah ditamatkan. Wanita tadi kembali melekap menatap muka Fayyad yang tampan itu. Diri dan rautnya diulit sedikit rasa bersalah tatkala dia terlalu asyik dan gelojoh menjawab dan berbual panjang dengan rakannya ditelefon.
Ucapnya lembut, "Sorry ya, jawab call lama-lama."
"Eh, takpa. Bukan lama pun. Sekejap je tu. Lagipun sempat lah juga nak menyuap dan kunyah dua tiga benda tadi," jawab Fayyad cuba menenangkan.
Wajah wanita tadi jelas kembali ceria. Sebelum sempat dia berkata, Fayyad menyambung, "Lagipun takkanlah saya ni tiba-tiba nak mengongkong, kita baru je kenal hari ni, bukannya kita dating pun, kan?"
Sedikit terkedu, terlekat sebarang kata yang mungkin terbit daripada mulutnya. Wanita itu menelan air liur pahit bersama-sama kata-kata yang ingin diungkapnya. Mengeluh dia dalam hati, 'Ha'ah la, kenapa aku excited lebih-lebih ni. Kenapa aku nak rasa bersalah, bukannya dia boyfriend aku. Kalau dia boyfriend aku pun, lagilah aku takda rasa bersalah. Haha.' Tidak tahu kenapa hatinya masih mengelat saat dia cuba menceriakan diri sendiri.
Sedar dengan perubahan kecil diraut wajah wanita di hadapannya, Fayyad turut merasa terkilan dengan apa yang diujarnya sebentar tadi. Dan bagi menceriakan kembali suasana, Fayyad cuba mengalih topik perbualan.
Dia bertanya, "Kita dari tadi borak lama gila. Saya lupa nak tanya awak sesuatu. Harap awak tak marah eh?"
Mendengar soalan itu daripada Fayyad, hati wanita tadi kembali berbunga seperti mengharapkan sesuatu. Dia tidak tahu kenapa hatinya begini, dan dia juga tidak pasti apa sebenarnya yang dia mahu Fayyad tuturkan padanya. Tapi yang jelas ada sesuatu yang cuba menggigit-gigit dibenak kalbunya saat ini.
Sayang seribu kali sayang, wanita itu dikecewakan dengan pengharapan yang terlalu tinggi menggunung. Dia sendiri pasrah dan tidak mengerti kenapa dirinya bergantung harap dengan sesuatu yang dia sendiri tidak pasti akan kemahuan dan jawapannya.
Suara macho Fayyad menjamu telinganya, "Sooo, apa nama awak ya?"
Seolah terperasan kemuraman kecil yang mula melanda diri wanita terbabit, Fayyad menjadi sedikit kalut. Dia ternyata panik memikirkan mungkin ada sesuatu yang dilakukannya yang telah menyebabkan gadis dihadapannya bertukar suram. Adakah tingkah lakunya yang mengguris gerangan gadis itu? Atau kata-katanya? Fayyad buntu.
Namun kebuntuan itu tidak kekal lama apabila satu suara lunak menyapa gegendang telinganya.
"Nama saya Siti Farah. Awak Fayyad kan? So, awak boleh je panggil saya Farah," sopan dan lembut suara Farah.
'Siti Farah, Farah. Rupanya nama dia Farah,' getus hati Fayyad. Dia termangu seketika sambil hatinya membisik berkali-kali nama si gadis seolah-olah dia takut terlupa namanya.
Fokusnya hilang dek disampuk oleh Farah. "Awak menung apa lama-lama tu? Pelik sangat ke nama saya tu? Bukan normal je ke nama macam tu?" soal Farah pelik.
YOU ARE READING
Romantis Berkasih A to Z
RomanceThe Sofia yang kini sedang merangkul kemas beruang tersebut kelihatan naïf, mencerminkan imej lemah dan bagi sesiapa yang memandang, pasti timbul rasa ingin melindungi dan menyayangi makhluk tuhan secomel itu. Tetapi jangan dinilai berdasarkan paras...