Sejurus selepas jejaka tadi berfikir demikian, pandangannya dipalingkan bersilih ganti ke arah Farah dan Alya. Kemudian rautnya bertukar amused saat melihat kelibat mereka berdua. Hati kecilnya berkata, 'Alangkah kecil dunia ini, tak sangka pula yang mereka berdua ini kawan.'
"Silakan duduk ye awak berdua," katanya lembut dan sopan.
"Baik doktor," "Terima kasih doktor," jawab Farah dan Alya hampir serentak.
Doktor tersebut berdeham kecil memecah sunyi sebelum dia memulakan bicara, "So, cik Siti Farah Mohd Nuh. Rasa hari tu kita ada jumpa kan? Ingatkan awak tak nak datang dah," usiknya.
"Eh, takdalah doktor. Saya memang ingat nak datang, cuma sibuk sikit. Sekarang je baru ada masa sikit untuk datang. Hehe," balas Farah sopan sambil mulutnya mempalitkan sekuntum senyuman yang cukup manis dan mempesonakan.
"Laa, kan saya dah suruh panggil je saya Zamir. So, Farah apa khabar?" soalnya bersahaja.
Hampir cair Farah saat Zamir menuturkan namanya dengan nada separa lembut dan intim. Otot pipinya kuat menahan pinggir bibirnya daripada tersenyum dengan lebih luas. Dia hanya mampu membalas lembut tersipu-sipu, "O..okay, Zamir."
Sekali lagi hati Farah terasa berbunga-bunga tatkala dia menyebut nama doktor kacak itu.
Bagi Alya yang duduk disampingnya, seraya doktor tadi memperkenalkan dirinya diawal tadi, sempat juga matanya melirik ke tag nama di jubah putih doktor itu. 'Oh, Mohd Zamir nama dia ni rupanya,' detik hatinya.
Dia juga sempat mengerling ke arah Farah yang sedang rancak berbual dengan Zamir itu. Terlintas juga dihatinya, 'Gedik juga si Farah ni kalau jumpa laki yang dia minat ye. Haha.' Teruja Alya melihat gelagat rakannya itu.
Sedang Farah dan Zamir sedang seronok berbual, sempat juga Zamir tiba-tiba bertanya kepada Farah akan gerangan gadis yang berada disisinya itu.
"Ni kawan ke family?" soal Zamir seraya memandang Farah dan Alya silih ganti.
"Oh, ni kawan saya. Kitaorang kerja tempat sama," jawab Farah ceria.
"Jadi, awak berdua ni rakan sekerja lah ya?" tanya Zamir lagi.
"Oh tak-tak. Saya dan dia kerja dekat blok bangunan yang sama, tapi syarikat lain-lain," jelas Farah pantas.
"La, ye ke? Ni..Apa nama kawan ni?" soal Zamir spontan.
Belum sempat Alya ingin menjawab, Farah terlebih dahulu menyampuk bagi pihaknya, "Nama dia Alya. Kenapa? Doktor syok dekat dia eh?" usik Farah nakal.
Terkedu Alya dan Zamir dengan gurauan Farah itu. Walaupun masing-masing tahu yang itu merupakan suatu bentuk usikan, namun perasaan segan, janggal, dan malu mula terbit di hati masing-masing.
Alya menundukkan pandangannya, manakala Zamir kembali melirikkan pandangannya ke arah Farah dan laporan perubatan di hadapannya silih berganti.
Dengan cepat Zamir membalas kembali dengan usikan, "Oh nama dia Alya ye. Mungkin betul juga saya syok kat dia. Hahaha."
Alya yang hanya mendengar bertambah tidak keruan dan tidak senang duduk. Pipinya merah menahan malu dek usikan yang tidak disangka-sangka oleh doktor kacak itu. Pandangannya tidak tahu hendak dilarikan ke mana lagi.
Berbalik kepada Farah, hatinya mula mengomel. Timbul rasa sesal di sanubarinya. 'Aduh, gatalnya mulut kau pergi cakap benda macam tu, kan dah kena balik,' bentak hatinya.
Bagi Zamir pula, situasinya hampir mirip dengan Farah. Dia merasa sedikit terkilan kerana terlepas cakap. Mungkin itu hanya gurauan, tapi keintiman antara mereka bertiga belum begitu kukuh sehingga dia boleh bergurau sedemikian.

YOU ARE READING
Romantis Berkasih A to Z
RomanceThe Sofia yang kini sedang merangkul kemas beruang tersebut kelihatan naïf, mencerminkan imej lemah dan bagi sesiapa yang memandang, pasti timbul rasa ingin melindungi dan menyayangi makhluk tuhan secomel itu. Tetapi jangan dinilai berdasarkan paras...