Mata Fayyad menyusur teliti jalan raya dihadapannya. Dia tidak terlalu mengikut rapat kereta-kereta didepannya. Baginya biarlah ada sedikit ruang untuk keretanya melakukan brek kecemasan andai perkara-perkara yang tidak diingini terjadi.
Tetapi, ada perkara lain yang sebenarnya sedang mengamit fokus utama Fayyad. Iya, pada ketika ini Fayyad tengah berkira-kira restoran manakah yang akan dia kunjungi bagi melampiaskan nafsu makannya yang kian membuas.
"Melampau pula perut ni berkeroncong, berbunyi-bunyi dia macam tak makan sebulan," bentak Fayyad sebelum dia menepuk dahinya seakan teringat sesuatu.
Dia kemudiannya menyambung, "Patutlah bunyi kemain, semalam aku tak dinner. Tu yang lupa Mak Cik Diba balik kampung. Adui," keluh Fayyad.
"Jadi kat mana aku nak makan ni?" Dia menggosok dagunya yang licin itu.
"Better aku pergi lepak kat kopitiam, lama tak jenguk tempat tu. Lagipun kalau tak silap ada bakeri kat sebelah, alang-alang boleh beli sebuku roti. Kalau pun bakeri tu tutup, ada je kedai runcit, 7E kat mana-mana," ujar Fayyad sendirian. Kelihatan ada kereta lain yang turut berhenti disebelah keretanya kerana masing-masing sedang menunggu lampu hijau.
Turut kelihatan seseorang yang sedang duduk di ruangan penumpang dikereta terbabit sedang memulakan bual dengan suaminya si pemandu sebelahnya.
"Bang, orang sebelah kita ni tengah cakap sorang-sorang la. Haha. Khusyuk pula tu sampai tak perasan sekeliling dah dia," kata penumpang itu diselangi tawa kecil.
Tetapi pemandu disebelahnya seolah-olah tidak mendengar kata dan tawanya. Fikirannya seakan dibelengu banyak masalah. Matanya turut seperti hilang sinar dan dia seperti hilang peka dengan keadaan sekelilingnya.
"Bang? Bang? BAANNG!" hampir menjerit si penumpang menegur saat melihat pasangannya tidak mempedulikannya. Dimatanya pemandu tadi seperti hilang punca dengan simpulan kerut kadangkala menjengah dahi si pemandu.
Lampu trafik bertukar hijau, deretan kereta mula bergerak perlahan dalam lorong masing-masing. Kelihatan Fayyad yang ketika ini sedang bersiul gembira kerana kepalanya penuh memikirkan permutasi-permutasi menu makanan yang akan dipesan dan dilahapnya nanti.
---
Terlihat dari jauh kelibat seorang wanita yang sedang mengayun laju sebelum langkahnya menjadi semakin perlahan. Tangannya sibuk bermain dengan telefon pintarnya, punat dial semula acap kali ditekan namun deringan telefon di pihak seberang masih tidak diangkat.
Kerut kecil dan bibir juih semakin jelas kelihatan. Sebelah tangan mencekak pinggangnya yang ramping sambil mulutnya terkumat-kamit seolah-olah sedang menyumpah seseorang.
"Ish, mana pula si Alya ni? Tadi subuh sibuk mesej ajak keluar sarapan. Janji pukul 10 kat sini, sekarang nak dekat 10.30 dah ni. Kejap, jangan kata dia baru nak mandi? Worse, jangan kata dia tidur balik? Aii budak Alya ni karang," rungutnya sendirian bersungguh.
Sedang dia mundar-mandir dengan telefonnya, kelihatan satu tubuh tegap dan sasa datang menghampiri. Wanita tadi yang masih lagi dalam mod mengomel kelihatan kurang peka dengan persekitarannya. Lalu..
"Aduuhh?!" "Ehh?!" Kedua-dua tubuh malang itu saling berlanggar. Jika diikutkan, sebenarnya wanita yang mundar-mandir itu yang memintas laluan tubuh yang dilanggarnya tadi. Mungkin fokusnya masih lari dan dia tidak peka lalu tanpa sedar dia terlanggar orang lain.
Bagi tubuh yang dilanggar itu, dia nampak wanita itu kelihatan keluh-kesah dan tidak senang duduk namun dia tidak menghiraukannya kerana difikirkan tiada apa. Tetapi secara tiba-tiba wanita tadi mencantas masuk cepat ke laluannya berjalan. Tertepuh badannya sehingga tersandar rapat ke dinding hadapan sebuah premis rumah kedai.

YOU ARE READING
Romantis Berkasih A to Z
RomanceThe Sofia yang kini sedang merangkul kemas beruang tersebut kelihatan naïf, mencerminkan imej lemah dan bagi sesiapa yang memandang, pasti timbul rasa ingin melindungi dan menyayangi makhluk tuhan secomel itu. Tetapi jangan dinilai berdasarkan paras...