Terkebil-kebil mata Alya mendengar. Mulutnya turut terlopong seakan tidak percaya. Manakala bagi Farah pula, mulutnya tersengih luas sehingga menampakkan gusi. Sekali-sekala Farah menggoyang-goyangkan badan konon menahan malu.
Alya dapati dia tidak dapat memproses seluruh maklumat dan confession yang amat janggal itu. Dia masih lagi terduduk diam seribu bahasa.
Farah yang menyedari akan kejanggalan situasi ini cepat-cepat mencuit sisi Alya yang masih lagi dalam mod kebingungan.
"Eh Alya, apa yang awak menungkan tu? Kita tengah share benda intimate ni. Respons la sikit," cebik Farah.
Alya setelah dicuit akhirnya tersedar daripada terus mengelamun. Bingkas dia memberi komen sambil kerut di dahi mula bertepek, "Awak..awak biar betul? Gila tak serius dan bersungguh sebab musabab awak datang sini. Buang masa saya je teman awak datang sini. Kalau awak nak menggatal dengan orang, pergilah main jauh-jauh, jangan libatkan saya. Ishh. Dia ni nak kena cepuk agaknya," rungut Alya panjang lebar.
Farah yang masih lagi dilamun fantasinya sendiri menjawab endah tidak endah, "Awak tak tahu perasaan saya masa mula-mula jumpa dia, jantung ni berdetak laju bagai disebat-sebat dengan cemeti kuda, tau?" katanya penuh mengada.
Bulat mata Alya mendengar ayat Farah yang makin jauh terperosok ke lembah kesengalan. Dengan lemah Alya berkata, "Banyaklah awak punya cemeti dengan kuda. Entah apa-apa metafora dia ni pakai. Dah gila bayang sangat dah ni."
Farah yang sedang melayan perasaan tiba-tba berwajah serius. Pandangannya dipaku rapat ke arah muka Alya. Kiri dan kanan bahu Alya dipegang kemas dan rapat. Farah kemudian menarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan.
Dia berkata dengan nada sedikit menekan, "Tapi bukan sebab tu saya ajak awak teman saya jumpa dia. Well, mungkin tu antara salah satu sebab tapi ada sebab utama lain yang saya nak awak ada disamping saya Alya. Please," rayu Farah.
Alya yang tiba-tiba kaget dengan perubahan drastik bahasa tubuh dan emosi si Farah hanya terkedu. Dia hanya mampu mengangguk-ngangguk laju mengiyakan sahaja pintaan Farah itu seraya berkata, "Sebab utama apa maksud awak?"
Mendengar soalan Alya, Farah melepaskan pautan tangannya dikedua bahu Alya. Duduknya seakan sedikit tersungkur sebelum dia kemudian memulakan penjelasannya.
"Sebenarnya, saya buat check-up ni saja-saja je. Buat setahun sekali sekadar untuk keep up-to-date dengan kesihatan tubuh saya. Kebetulan ada kawan rekomen buat kat sini sebab harga boleh tahan dan keputusan pun boleh tahu cepat. So, saya datang je lah. Manalah tahu yang.." jelas Farah sebelum dia mula mengeluh.
"Hmm? Manalah tahu apa?" soal Alya.
"Manalah saya tahu doktor yang bertanggungjawab ke atas saya rupa-rupanya kenalan. Well, actually dia bukan direct kenalan saya. Dia ada sepupu dan sepupu dia tu bekas rakan sekelas waktu belajar kat sekolah dulu," ulas Farah dengan nada yang semakin melemah.
Alya masih lagi tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Farah, hanya kerutan dan kekeliruan sahaja yang semakin jelas terpampang di mukanya. Belum sempat dia ingin memberi respon, Farah terlebih dahulu mencantas katanya.
"Yang jadi masalahnya, masa kat sekolah dulu, saya selalu buli sepupu dia tu. Adui," kata Farah seraya menghela nafas yang dalam dan panjang.
Alya yang masih lagi dalam kecelaruan, sekali lagi tidak dapat memproses plot twist yang dihidangkan oleh Farah tersebut. Dia terpaku sekali lagi sebelum menghamburkan gelak yang mulanya sayup menjadi kian jelas dan kuat.

YOU ARE READING
Romantis Berkasih A to Z
RomanceThe Sofia yang kini sedang merangkul kemas beruang tersebut kelihatan naïf, mencerminkan imej lemah dan bagi sesiapa yang memandang, pasti timbul rasa ingin melindungi dan menyayangi makhluk tuhan secomel itu. Tetapi jangan dinilai berdasarkan paras...