Bab 14

10 2 0
                                    


"Awak jangan main-main Farah! Serious ke ni?" soal Alya tak senang duduk. Dia pun tidak tahu kenapa dia perlu panik sebegini. Jika diikutkan, tiada sebab untuknya berkelakuan sedemikian.

Farah mengenyit-ngenyit matanya penuh nakal. Dia geli hati melihat perlakuan Alya yang serba resah bagai pinggulnya digigit semut api. Gelaknya hampir tersembur keluar sebelum dia sempat kembali mempamerkan riak wajah penuh serius.

Menatap rapi muka si Alya, Farah menjawab secara bersahaja, "Apa maksud awak my dear Alya? Mestilah saya serius. Lagipun kaaannnn..." ucap Farah yang sengaja meleret-leretkan kata-katanya. Terasa seronok pula mengusik si Alya rakannya itu, detak hati Farah.

"Lagipun apa? Apa?!" nyata Alya masih belum reda daripada paniknya. Tangannya sibuk mengongcang-ngongcang tubuh Farah sedang matanya kuyu mendambakan suatu bentuk jawapan. Alya sendiri pun tidak pasti sama ada dia ingin mendengar jawapan itu atau tidak. Hatinya cukup kalut seandainya jawapan yang bakal dituturkan Farah bukan apa yang mahu didengarinya.

Bergoyang-goyang tubuh kecil molek si Farah apabila diayun-ayun rancak si Alya, naik pening dirinya apabila diperlakukan sebegitu. Dia cepat-cepat menampar lembut belakang tangan si Alya yang masih lagi sibuk mengongcang dirinya itu.

"Eii, dia ni lebih-lebih pula goncang orang," kata Farah seraya menampar lembut.

Dia menyambung, "Awak ni mesti tak dengar betul-betul apa saya cakap tadi kan? Cuba awak fikir balik apa yang saya cakap tadi?" soal Farah kembali.

Termangu Alya seketika. Kepalanya disengetkan sedang riak wajahnya jelas tampak bingung dan keliru. Tangannya tidak lagi mengoyang-goyang tubuh Farah. Bahkan dia tidak sedar pun belakang tangannya tadi ditampar lembut si Farah.

Yang pasti, fikirannya mula menerawang mengimbas kembali perbualan mereka berdua sebentar tadi. Keringat otaknya seperti diperah-perah dalam usaha kentalnya mencari sekelumit klu. Terlintas dihatinya, 'Apa yang aku terlepas pandang ni?'

Melihat rakannya si Alya yang masih lagi dalam mod penuh kecelaruan manja, tampil suara Farah memecah sunyi. Tersentak dengan suara Farah yang mula berlagu di telinganya, Alya kembali memfokuskan perhatiannya ke arah si gadis comel dihadapannya itu. Dia memasang telinga.

"Awak ni Alya, fikir jauh sangat. Entah sampai mana dah awak fikir, takut-takut dah sampai Afrika nun sana tu. Ish ish. Awak ni kan, kan saya cuma cakap yang nama dia Fayyad, sama macam nama bos awak. Saya tak cakap pun dia tu bos awak. Mengelabah betul mak cik sorang ni. Haha," jelas Farah panjang meleraikan kusut di hati Alya.

Ternyata, usai sahaja Farah berkata-kata, kerut di raut jelita si Alya semakin pudar kelihatan. Mata redupnya kembali menampakkan sinar. Kedengaran juga helaan nafas panjang terbit di mulutnya. Timbul rasa lega dalam hati si Alya dengan penjelasan Farah.

Akan tetapi belum sempat kelegaan tadi bertapak lama di hati Alya, rautnya kembali mengerut. Kali ini dia tampak sedikit marah.

Ujar Alya menahan geram sambil mengetap bibir mungilnya, "Ish awak ni Farah, buat saspen je. Cakaplah awal-awal. Eii geramnya. Saya dah ingat yang bukan-bukan dah tadi." Akhiri katanya sambil jarinya menyelinap ke sisi tubuh Farah lalu dicubit manja tanda protes dengan saspen tadi.

"Oww..oww..apa cubit-cubit orang ni. Orang lain tengah tengok ni. Oww..." kata Farah sambil tangannya sibuk menepis jari Alya yang masih lagi tidak selesai dengan revenge manjanya.

Sambung Farah lagi, "Lagipun, bukan salah kita. Awak tu yang emosi lebih sangat. Saya dah terang-terang cakap sebelum tu, awak je yang salah interpret. Dia yang salah, kita pula yang kena. Hmph," cebik Farah manja sambil memuncungkan mulutnya tanda protes kerana tidak puas hati dicubit-cubit si Alya.

Romantis Berkasih A to ZWhere stories live. Discover now