Bab 15

10 2 0
                                    


Sekujur tubuh sasa sedang bersandar rapat pada kerusi pejabatnya. Sekejap matanya dipalingkan ke luar tingkap pejabat, sekejap ke jam di mejanya, sekejap ke longgokan fail di mejanya, dan sekejap ke telefon pintar miliknya.

Setelah berkali-kali menjeling ke telefon pintarnya, dia akhirnya mengeluh perlahan. Dari jauh, tubuhnya kelihatan sedikit sugul tidak bermaya.

Hatinya bermonolog, 'Kenapalah aku boleh lupa nak minta nombor telefon si Farah tu? Aduii..Tu lah rancak sangat berborak sampai lupa minta nombor telefon.'

Terpalit sedikit sesalan apabila memori tempoh hari bersama Farah mula bermain di fikirannya. Suatu pertemuan yang tidak disangka dan dijangka, namun akhirnya tiada kesudahan produktif yang terhasil.

Mana hendak dicari gerangan manusia bernama Farah di Malaysia ini, boleh jadi ada ratusan atau ribuan wanita bernama Farah.

Jika hendak di stalk di media sosial pun, ID profil tidak ku ketahui, getus hatinya. It's like searching a needle in a haystack. Menyesal pun tiada guna, benda sudah terjadi. 'Melepaslah aku,' detik hatinya lagi.

'Ah, jikalau sudah ada seruan jodoh, jangan dipandang rendah perancangan tuhan. Jika sudah tertulis ikatan antara aku dan dia, pasti akan bersua juga. Better aku berserah sahaja,' kata hatinya.

Lamunannya terganggu apabila terdapat ketukan bertalu di pintu pejabatnya sebelum satu suara meminta izin ingin berjumpanya. Fokusnya mula kembali mendakap realiti. Matanya pula dilirik kearah punca suara sebelum tuan badan menjawab tegas.

"Masuklah," kata Fayyad.

---

Kelihatan jari-jemari cukup mulus menari laju di atas papan kekunci. Matanya ligat dikalih sekejap ke skrin komputer dan sekejap ke fail dihadapannya. Sekali-sekala tangannya berhenti tatkala fokus dialih ke perincian-perincian yang tercatit diatas fail tadi.

Sungguh ayu dan berkarisma si tuan badan saat sepenuh perhatian diberikan ke atas tugasan kerja, apatah lagi jika tuan badan itu sendiri memang mempunyai keterampilan dan penampilan yang mampu mencairkan hati-hati si teruna di luar sana.

Kelibat si jelita tadi berhenti sejenak sambil bersandar merapati kerusi. Tangannya mencapai mug ditepi meja. Dilekap rapat mug tadi ke bibirnya sementara kedengaran bunyi air dihirup perlahan.

Arah dan paksi duduknya dilarikan sedikit ke arah lain sambil mug tadi diletakkan ke ribanya. Jari-jemarinya kelihatan asyik bermain lembut dipermukaan mug sambil fokus tuan badan dilarikan jauh ke suatu dimensi lain.

Dia kelihatan termenung memikirkan sesuatu. 'What should I do with you, my dear Alya?' getus hatinya berbaur sekelumit rasa benci.

Sedang dia asyik dalam lamunan fantasinya, terdengar ketukan di pintu pejabatnya sambil satu suara menyapa daripada luar, "Boleh saya masuk cik Sofia?"

"Masuk," jawab Sofia.

Derapan bunyi tapak kaki memecah sunyi bilik pejabat Sofia. Pekerja bawahan selian Sofia kelihatan membawa fail-fail berduyun-duyun di tangannya.

Apabila dia sudah merapati meja kerja Sofia, dia meletak perlahan fail-fail di tangannya seraya berkata, "Ini ada dokumentasi-dokumentasi untuk beberapa projek dan event kecil untuk tatapan cik. Ada yang sekadar memo pemberitahuan untuk cik dan ada yang memerlukan perhatian rapi dari unit kita berserta kelulusan dari cik." Nadanya separa serius.

"I see. Thank you. Ada apa-apa lagi?" soal Sofia, nadanya sedikit angkuh.

"Oh, ada satu ni nak minta sign cik Sofia A.S.A.P." jawab staf tadi yang tidak terkilan sedikit pun dengan nada Sofia. Mungkin kerana dia sudah terbiasa dengan perilaku si Sofia bosnya itu. Baginya itu normal bagi seseorang yang bergelar anak Datuk, tambahan lagi ada ura-ura mengatakan bahawa bosnya cik Sofia memperoleh kerja menggunakan orang dalam. 'Nothing is out of place it seems, this much is pretty normal I guess,' detik hati staf tadi.

Romantis Berkasih A to ZWhere stories live. Discover now