Bab 5

12 2 0
                                    


Daun pintu ditutup kemas dan tombol pintu dilepaskan perlahan sebelum sekujur tubuh mengayun laju bergerak ke satu ruang kerja. Kelihatan Alya sedang membetulkan posturnya di atas kerusi sambil menyandar perlahan. Helaan nafas pendek dihamburkan sambil kerut kembali bertamu menghias kening dan dahi Alya.

"Fuh, banyaknya benda nak siapkan minggu ni. Come on Alya, you can do it!" gumam Alya perlahan seolah berbisik. Matanya merenung tepat ke timbunan fail-fail yang memenuhi hampir segenap ruang meja kerjanya.

Sedang Alya khusyuk meneruskan kerja, terasa kelibat seseorang semakin menghampiri kerusinya. Satu sapaan lembut menyapa gegendang telinganya. "Hai awak, Alya kan?" tanya suara itu sopan.

Kepala Alya dipalingkan ke arah sapaan tersebut. Matanya dijamu susuk seorang wanita yang kemas dan separa seksi berpakaian. Alya menjawab sopan, "Ya saya, saya Alya. Umm..Cik ni cik yang ada dalam bilik tadi kan dengan Encik Fayyad?" Seraya berkata mata Alya memerhati rapi dan pandangannya digerakkan atas bawah seolah sedang memikirkan sesuatu.

Kemudian Alya menyambung dengan nada separa terkejut, "Baru saya ingat, cik ni cik eksekutif kan? Yang office kat tingkat atas kami ni kan?" Getus hatinya, 'Patutla nampak macam familiar je dia ni, level-level bos ni.'

Senyuman terulit sinis di pinggir bibir Sofia seolah bangga mengenangkan adanya staf di unit Fayyad ini yang mengenali dirinya. Ini kerana kebiasaannya, hanya staf bawahannya sahaja yang selalu berurusan secara terus dengan staf-staf Fayyad.

Sofia yang masih tersenyum itu mengiyakan kata-kata Alya dengan memberikan anggukan. Lantaran itu, Sofia meneruskan bicara kata, "Cik Alya kan, saya panggil Alya je lah ya, nampak mesra sikit. Ni bukan apa Alya, saya ada urusan nak minta tolong Alya ni, boleh tak?" pinta Sofia lembut sambil matanya merenung tepat ke anak mata Alya.

Secara tiba-tiba Alya merasakan ada suatu tekanan melalui renungan yang dilemparkan Sofia tersebut. Membayangkan mungkin dia hanya terlebih fikir, Alya membuang jauh-jauh apa yang terlintas difikirannya tadi. Dia menjawab hormat, "Boleh je Cik Sofia, kalau apa yang saya boleh bantu, saya bantu tapi.." Alya membawa lirik matanya ke arah timbunan fail-fail sambil Sofia turut mengekor lirikan Alya itu.

Alya menyambung katanya lembut tapi sedikit diiringi nada bersalah, "Kerja saya pun macam cik Sofia nampaklah, ada banyak deadline nak kejar ni. Kebetulan ada staf yang mohon cuti jadi saya kena cover juga kerja dia kalau tak kerja saya tak jalan. So.."

Kening Sofia mulai berkerut sebelum dia meleraikan kerutan yang makin bersimpul itu. Sofia berfikir sejenak sebelum kembali merenung tajam ke arah mata Alya. Postur badannya sedikit direndahkan agar bertentang dengan posisi Alya yang terduduk itu.

Sofia berucap tenang seraya meletakkan satu fail di atas meja Alya. Dia membelek ke muka surat yang telah dia tunjukkan pada Fayyad awal tadi sambil berkata, "Oh sekejap je ni, saya cuma nak minta awak tolong kemaskini figure-figure dalam bajet ni. Tak susah pun. Boleh kan Alya?" kata Sofia dengan tona semakin menekan.

Alya mengalih pandangan ke muka surat tersebut. Dahinya mula berkerut perlahan. Hatinya mengetus, 'Ni kan dah finalized minggu lepas, dan even sebelum finalized pun banyak je masa dia boleh suruh kita adjust-kan. Tapi sekarang leceh lah pulak, kena buat kerja dua kali. Aduh Cik Sofia ni,' Adu hati Alya yang mula tidak senang dengan permintaan Sofia tersebut.

Alya kembali membutirkan katanya, "Bajet ni bos atas pun dah sign Cik Sofia, dah lulus, dah finalized dah pun. Apa kata Cik Sofia buat kertas kerja baru untuk revise sebarang penambahan bajet? Nanti pihak kita akan semak dan hantar untuk kelulusan sekali lagi. Macam mana cik?"

Romantis Berkasih A to ZWhere stories live. Discover now