Prologue

594 33 3
                                    

" Abang Syah, Wani nak bagi biskut ni. Wani bake sendiri ! " Dengan terujanya gadis yang baru mencapai usia 19 tahun itu, menghulurkan bekas yang berisi biskut buatan sendiri kepada lelaki bernama Syah.

" Ouh, thanks. "

Wani hanya mampu tersenyum malu dihadapan crushnya itu. " Wani bukan kena pergi sesi orentasi ke and sepatutnya start pukul 10, now dah– " Dia meneliti jam ditangannya dan serta merta matanya terbeliak.

" 10:30 ! Wani dah lambat, bye abang. " Baru sahaja wanita itu mahu memulakan langkahnya, dia berhenti semula. " By the way, siapa nama kawan abang tu ? " Wani bertanya dengan muka penuh perasaan ingin tahu.

" Dia ? Uh– Idham hakim. " Hm, macam familiar je nama tu.

Sebaik sahaja mengetahui nama lelaki itu, Wani terus memecut ke dewan besar.

Jika senior-senior yang menjaga sesi orentasi itu baik takpalah juga datang lewat tapi mereka lebih seram dari hantu, lebih garang dari singa, lebih–

" STOP ! " Ah sudah.

Wani berdiri tegak dihadapan pintu dewan apabila seseorang menjerit dibelakangnya. Terkaku terus badannya disitu. Semua pelajar yang ada didewan itu memandang dirinya malah senior-senior juga terdiam.

" Kau first year student  ke ? Kau course account juga ke ? " Wani teragak-agak untuk menjawab tetapi dia memberanikan diri untuk bersuara. " Yes, first year student and yes, course account. " Orang itu berjalan ke tepi Wani sebaik sahaja dia selesai menjawab.

" First day dah tunjuk perangai buruk ? What kind of attitude you trying to show ?! " Tak mampu Wani untuk memandang mata seniornya itu. Dahinya mula dibasahi peluh sejuk. Tiba-tiba kad pelajar yang elok tergantung di leher Wani ditarik.

" Wani Syazila– nice name. " Uit senior puji, kembang sikit hidung Wani pagi-pagi ni.

" – but not as nice as the owner. " Senior itu berjalan ke dalam dewan dengan sombongnya. Kemarahan Wani mula naik ke kepala dan baru sahaja dia mahu meletup, senior itu berpaling ke arahnya.

" WANI SYAZILA, FIRST YEAR ACCOUNT STUDENT, AKU NAK KAU TULIS 'SAYA MINTA MAAF' DALAM TIGA PAGE PENUH ! " Wani menganggap dirinya masih bertuah, setakat tiga muka surat penuh takda hal bagi dia. Tangannya bergerak selaju sonic.

" Kau fikir aku dah habis ? " Lelaki itu berjalan disekelilingnya. " –hantar pada 500 orang pelajar. " Sumpah lelaki ini gila.

" NOW ! " Wani menahan air mata kemarahannya dari jatuh dan terus berlalu ke arah padang. Sempat dia menjeling ke arah wajah lelaki yang baru saja dia lihat tadi.

" Idham Hakim, kau tunggu satu hari nanti. "

MS : Idham Hakim Where stories live. Discover now