Wani mengeluh sesaat dia membaca mesej yang dihantar oleh Idham. Entah kenapa dia rasa hendak menghentak kepala Idham dan dalam masa yang sama dia rasa gembira.
Idham Hakim
onlinePukul 4 jumpa aku dekat
library, kita study sama-samaOnly you and me ! Takda alasan
yang diterimaFine !
readWani meneliti jam tangan miliknya itu, baru jam 3:30 petang. Maknanya dia 20 minit lagi sebelum terpaksa menghadap manusia yang tidak berperasaan itu.
" Makanlah, apa lagi. " Memang niatnya dari tadi mahu makan kerana dia tak sempat bersarapan pun.
Sedang Wani berjalan ke arah kafeteria, seseorang menarik lengannya dari belakang dan hampir membuatkan Wani terjatuh. " What's wrong with you ? " Wani cuba melepaskan lengannya dari pegangan pelajar itu tetapi genggamannya sangat kuat.
" Stay away from my boyfriend ! " Mimi memandang tajam pelajar perempuan yang sedang bergelut untuk melepaskan diri sendiri itu. " WHO ?! " Wani semakin marah apabila dia tiba-tiba dituduh mengacau teman lelaki wanita itu.
" Idham Hakim– " Nama yang disebut oleh Mimi membuatkan Wani terkaku seketika. Badannya yang begitu kuat meronta tadi seperti sudah begitu lemah sekarang.
" Ehem– sejak bila kita couple ye, Mimi ? " Suara yang semakin mendekati mereka itu membuatkan Mimi melepaskan tangannya dari lengan Wani. " Eh abang Idham. Dah lama ke sampai ? " Perangai Mimi yang betul-betul berubah dihadapan Idham membuatkan Wani terasa ingin muntah.
Idham mendekati Wani dengan selambanya membuatkan Mimi memuncungkan bibirnya. " Abang ! Mimi jealouslah, janganlah rapat-rapat dengan perempuan tu. " Idham memandang Mimi sambil tersenyum sinis.
" First, perempuan ni ada nama and her name is Wani Syazila binti Dato' Azmi. Second, If you are jealous– " Wani mengesat peluh didahinya. Idham betul-betul buat dia risau. Kalau lelaki tu katakan yang bukan-bukan, yang dapat masalah dirinya bukannya Idham.
" –that's your problem, not our problem. Kalau abang dapat tahu Mimi kacau Wani lagi, abang tak akan maafkan Mimi lagi. " Dengan senyuman yang nampak baik tapi sebenarnya penuh makna Idham berjaya membuatkan Mimi berlari dari situ. Tahu takut.
Belum sempat Idham memulakan bicaranya, Wani terus berjalan ke arah kafeteria. Entah kenapa Wani tiba-tiba terasa bahang diseluruh wajahnya. " Wani ! " Walau berapa banyak kali pun lelaki itu menjerit namanya, dia tak akan berpaling.
" Wani Syazila, stop please. " Wani akhirnya berhenti lalu memalingkan badannya ke arah Idham. Terlihat Idham sedang tersenyum manis apabila Wani akhirnya berhenti. " Nothing to say, huh ? "
Wani cuba sedaya upaya untuk tidak memandang mata Idham. " Th– thanks. " Idham membongkokkan sedikit badannya agar berada sama taraf dengan ketinggian Wani. " Look at my eyes and say it again. " Ah sudah, Wani boleh cair seperti ini.
Wani cuba untuk bernafas dengan normal sebelum dia memandang mata Idham. " Thanks for your help, I appreciate it. Thanks for being there when I need it. " Idham tak mampu menahan dirinya daripada terus tersenyum.
" Nice speech, I like it. Dah jom pergi makan. " Idham segera berjalan ke arah kafeteria agar Wani tidak sedar akan mukanya yang sedang berona merah. Wani yang sedang berjalan dibelakang Idham hanya mampu tersenyume kecil.
" I'm very sure that you're Hakim– and I miss you. "
YOU ARE READING
MS : Idham Hakim
Teen Fiction[ My second malay baby and it's a boy ] ❝ Tah kenapa hati ni degil sangat- -hanya mahu pada seorang lelaki, dia. ❞ Pertemuan pertama tak semuanya baik. Bagi Wani Syazila, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan, pertemuan dengan seniornya, Idham Ha...