Wani tergamam seketika mendengar kata-kata Idham. Tajam sungguh kata-kata seorang lelaki yang sedang cemburu itu. " Tak baik cakap macam tu dekat Wani tau, abang Hakim– " Idham terus berdiri tegak apabila telinganya menangkap sesuatu.
" What did you just said ? " Idham mendekati diri Wani secara perlahan-lahan dengan muka lelaki tua miang manakala Wani dengan takutnya mengundurkan diri. " Say– saya cakap, tak baik cakap macam tu dekat saya, abang Hakim. "
Idham akhirnya berhenti melangkah lalu tersenyum kegembiraan. " You DO remember me ? " Tidak dia sangka Wani sebenarnya mengingati dirinya. Sungguh hatinya tersentuh. " Of course, awak kawan abang Syah. Awak nak saya panggil awak ' abang ' so saya panggil. Yang Hakim tu, saya dengar orang panggil awak Idham je, so saya panggil awak Hakim. "
Penjelasaan Wani itu membuatkan Idham mahu menangis. " Ah– kau memang tak akan pernah ingat aku. " Wani mendekati diri Idham yang sedang kecewa itu. " Ye ke ? Cuba tengok ni– "
Wani mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya lalu menayangkannya pada Idham. " Ge– gelang tu ! " Idham turut mengeluarkan gelang yang sama dari poketnya membuatkan Wani turut terkejut.
" Abang ingat abang akan hilang Wani tau– " Idham mengalirkan air matanya apabila tersedar dirinya telah diprank oleh Wani. Tergelak Wani disitu melihat Idham yang terduduk diatas lantai. " Abang Hakim, bangunlah. Malu orang tengok. Nanti orang kata Wani buli abang. "
Idham mengelengkan kepalanya. " Wani jahat ! " Wani menarik lengan baju Idham perlahan agar lelaki itu berdiri. Akhirnya Idham berdiri dihadapan Wani sambil mengesat air matanya. " Never do this again. I miss you so much– "
Wani terus mengangguk laju. " Tahu, dari cara abang pandang Wani pun Wani boleh tahu yang abang rindu Wani. " Idham tergelak melihat senyuman Wani yang begitu lebar.
" I'm sorry for hurting you, abang. " Wani menundukkan kepalanya ke bawah. Menyesal jugalah, dahlah pertemuan pertama mereka, Wani berikan biskut pada Syah. Sudah pasti Idham sakit hati.
" It's okay. By the way, abang ada something untuk Wani. Dah lama juga abang beli, tapi takda masa nak bagi. " Idham sedaya upaya menyelongkar begnya lalu mengeluarkan satu kotak.
" Nah– "
Idham membukakan kotak itu untuk Wani. Terlihat dua bentuk cincin yang serupa dalam kotak. " Cincin couple– bukan cincin nikah. Cincin ni bermakna Wani tu abang yang punya. " Wani mengeluarkan cincin itu dan menyarungkan dijarinya dan Idham juga lakukan yang sama.
" Tangkap gambar, lepastu hantar dekat Instagram. Onz tak onz ? " Idham dengan terujanya mengeluarkan telefon bimbitnya. " Onz terukx ! " Wani gembira melihat kegembiraan Idham. Gembira yang tak terhingga melihat Idham kembali pada dirinya yang asal.
YOU ARE READING
MS : Idham Hakim
Teen Fiction[ My second malay baby and it's a boy ] ❝ Tah kenapa hati ni degil sangat- -hanya mahu pada seorang lelaki, dia. ❞ Pertemuan pertama tak semuanya baik. Bagi Wani Syazila, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan, pertemuan dengan seniornya, Idham Ha...