P1

319 36 2
                                    

" Wani, belum habis lagi ke tulis benda tu ? " Wani berpaling je arah suara yang menegur dirinya itu. Senyuman terbit diwajah masamnya apabila melihat bidadara hatinya.

" Belumlah, abang Syah. Ingatkan nak photostat je terus tapi kawan abang tu suruh tulis semuanya. "

Syah duduk disebelah juniornya itu dengan perasaan yang agak bersimpati. Tidak dia sangka rakannya itu boleh jadi sekejam itu.

" Dahlah tu, berhenti je. "

Wani menggeleng dengan lajunya. Kalau dia berhenti, sudah semestinya si gila itu akan memarahi dirinya.

" Wani lupa ke ? Abang pun salah seorang senior yang jaga students first year ni, so abang ada hak nak suruh Wani buat apa pun. " Sungguh dia terharu apabila crushnya bersikap prihatin kepada dirinya.

Wani masih ragu-ragu untuk meletakkan pennya itu. Adakah dia patut teruskan menulis ataupun berhenti seperti yang diarahkan oleh crushnya ? " Stop je. Idham tu tak kejam sangat sebenarnya, dia cuma tegas– " Wani terangguk-angguk mendengar kata-kata seniornya itu.

" – Wani cubalah goda-goda dia sikit dengan masakan Wani ke, confirm dia akan jatuh cinta dengan Wani lepastu dia tak kejam dengan Wani dah. " Wani memberi pandangan tajam kepada Syah yang membuatkan lelaki itu terus tersenggih.

" Hah, stoplah buat benda tu. Abang pergi dulu eh ? " Syah berlalu dari situ secepat mungkin. Wani yang dari tadi memegang pen tanpa henti, akhirnya dapat merehatkan tangannya.

Rasa seperti hendak patah jari-jari comelnya itu.

" Kalaulah aku dapat si mamat gila tu, memang aku be– " Satu tangan yang tiba-tiba menghentak meja Wani menyebabkan dia terdiam. Perlahan-lahan Wani memalingkan wajahnya ke belakang untuk melihat empunya badan.

" Siapa mamat gila tu ? " Seperti ada biji durian tersekat di tekak Wani saat itu. Dia terus hilang semangat untuk bercakap.

" Id– Idham. "

Tergagap terus Wani ketika itu. Kalaulah lelaki itu tahu bahawa dia menggelarkan diri lelaki itu sebagai lelaki gila, mahu dia kena berlari satu padang. " Idham ? Memang tak reti hormat senior kau ke ? Dengan si Syah tu bukan main lagi kau. "

Wani hanya mampu membuat muka menyampahnya ketika itu. Mahu saja tangannya itu melekat dipipi Idham. Malangnya dia tak berani.

" Woi, aku tengah bercakap dengan kau ! "

Wani hanya terus bermain dengan telefon bimbitnya sambil mengabaikan Idham yang duduk dihadapannya itu. " Kau dah siap tulis ke belum ? " Wani menggeleng kecil.

" Asal kau berhen– "

" Abang Syah suruh and dia pun senior saya. Seperti apa yang awak kata, kita kena ikut kata senior. " Wani tersenyum kemenangan dihujung ayatnya. Dia mengemas barangnya dan terus menyimpannya didalam begnya.

Belum sempat dia meneruskan perjalanannya, Idham menarik begnya perlahan. " Wait– " Wani memusingkan badannya dengan malasnya. " What ? "

" Kau jangan ingat sebab kau ada Syah, aku akan berhenti jadi kejam dekat kau. You deserve it, Wani Syazila. " Lelaki itu terus beredar dari situ selepas membebel tak tentu pasal.

" What's wrong with him ? "

MS: Idham Hakim Where stories live. Discover now