P5

11 2 0
                                    

Wani yang baru sahaja menapakkan kakinya dipejabat itu terkejut apabila melihat Idham sedang duduk diatas kerusinya. Wani memandang ke arah Min Ki bagi meminta penjelasan mengapa Idham ada disitu. Min Ki hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

" Uhm– Encik Idham ada apa-apa masalah ke ? Nak saya bantu ? " Idham memandang tajam ke arah Wani. Saat itu Wani tahu yang dia sedang dalam masalah. " I need to talk to you about something. Follow me. " Idham berjalan terus meninggalkan Wani yang masih terpingga-pingga.

Wani segera meletakkan begnya lalu berjalan mengikuti Idham. Agak lama mereka berjalan dan akhirnya berhenti di tempat meletakkan kereta. Idham bersandar dikeretanya sambil mengeluh seribu.

" Abang Hakim okay ke tak ni ? "

" Wani boleh tanya lagi ? Are you serious ? " Idham mula ingin meninggikan suaranya tetapi cuba dikawal marahnya. " Apa masalahnya sekarang ni ? " Wani masih tidak tahu apa salahnya sehingga Idham marah sebegini.

" Semalam Wani kata nak jumpa abang Wani kan ? " Wani mengangguk kecil. Memanglah dia jumpa abang dia, habis dia ke mana lagi. " I SAW YOU WITH MIN KI ! " Kali ini Idham tidak mampu lagi menahan kemarahannya. Darahnya naik ke kepala setiap kali teringat kemesraan Min Ki dan Wani.

" Wani jumpa along semalam, lepastu terserempak dengan Min Ki. Mungkin waktu abang nampak Wani tu, along tengah pergi tandas. " Idham tergelak sinis.

" Alasan ! " Mata Wani mula bergenang dengan air mata tetapi Wani tetap cuba menabahkan hatinya. " Abang tak percayakan Wani ? If abang trust me, abang akan percaya yang Wani sentiasa setia. Betullah kata kawan Wani– "

Idham sedikit terkesan dengan kata-kata Wani itu pada dirinya. " – abang tak pernah percaya Wani walaupun sekali. " Wani mengesat air matanya yang mengalir dipipi. Sudah terang lagi bersuluh yang Idham tidak mampu percayakan dirinya.

Wani berjalan meninggalkan Idham seorang diri disitu. " Wani– " Wani menghentikan langkahnya dan memalingkan badannya ke arah Idham. " Suatu hubungan tak akan kekal kalau sentiasa mencurigai antara satu sama lain. Percaya tu kunci dalam setiap hubungan. "

Wani memandang ke hadapan dan mengeluh panjang. " Kalau abang tak percaya Wani, abang telefonlah along. " Idham hanya mampu memandang Wani berlalu pergi. Mahu sahaja dia menghentak kepala sendiri didinding.

Kenapa dia tak terfikir untuk bertanya pada abang Wani sebelum memarahi Wani. Telefonnya dikeluarkan sepantas mungkin lalu nombor abang Wani dicari. " Hello along, Hakim ni– "

MS: Idham Hakim Where stories live. Discover now