P8

205 29 2
                                    

Syah berlari ke arah sesuatu yang menarik minatnya dan meninggalkan Idham berjalan seorang diri dibelakang. " Hi Wani, dah sihat ke tidak ni ? Kalau tak okay, abang bawa pergi hosp– "

Wani menayangkan tapak tangannya dihadapan wajah Syah supaya Syah berhenti berkata-kata. Air liur terperecik ke mukanya akibat lelaki itu berbicara terlalu cepat. " Abang Syah jangan risau sangatlah. Wani dah okay,  bukan teruk sangat pun. " Wani tersenyum manja pada Syah membuatkan hati Idham mula terbakar.

" Tak teruk apa benda kalau dah sampai terbaring dekat jalan. " Idham sedikit berbisik tapi mampu didengari oleh Wani dan malangnya tidak dapat ditangkap oleh telinga kurang peka Syah. Kurang peka atau pekak tu gue ngak tau.

" Say what Idham baby ? "

Rasa nak pijak saja Syah ni. Berbaby bagai dengan dirinya, jijik tahu tak ? " Shut up and can we go now ? " Idham sedaya upaya menunjukkan jam tangannya didepan mata Syah.

" Dah jom pergi. "

Idham menolak badan Syah supaya terus berjalan ke kelas mereka. " Bye Wani ! " Wani hanya tersenyum melihat gelagat Syah tetapi lain pula ceritanya dengan Idham, langsung tiada senyuman diwajahnya apabila melihat kegatalan Syah itu.

" Wani Syazila. " Wani segera berpaling ke arah suara yang memanggil namanya itu. " Ayah ! " Segera gadis kecil itu berlari ke arah lelaki yang digelar ayah itu. Dipeluk seeratnya selepas tidak bertemu sejak memulakan kehidupan diuniversiti.

" Anak ayah ni okay tak ? Ayah dengarlahkan dari kawan-kawan ayah dekat sini yang Wani accident, is it true ? " Wani terkaku untuk seketika mendengar soalan yang tak dijangka oleh lelaki itu.

Bukan lelaki itu dengar dari kawan-kawannya tetap memang Wani tahu yang ayahnya mengupah mata-mata aka spy untuk menjaganya. Setiap hari kot nampak mamat sama ikut dia ke mana sahaja.

Wani tiba-tiba melihat ke arah jam tangannya. " Ayah, I've got to go now. Ada kelas. Bye love you. " Encik Azmi menggelang-geleng melihat Wani yang kelihatan kalut itu. Anaknya itu memang langsung tak akan beritahunya tentang perkara yang melibatkan diri sendiri.

Kadang-kadang dia pelik dengan sikap anaknya sendiri, entah kenapa Wani memilih untuk belajar di universiti kerajaan sedangkan dia mampu membayar untuk Wani di universiti swasta. Adik-beradiknya yang lain memilih universiti swasta sebagai pilihan pertama tetapi lain pula dengan Wani.

" Ah ! " Seseorang melanggar Encik Azmi sewaktu dia sedang sibuk mengelamun. Pelajar itu dengan segeranya memungut barang-barangnya yang jatuh diatas lantai. Cliche scenelahkan ? " Minta maaf, encik. Saya tak sengaja. "

Encik Azmi hanya menggeleng kecil. " Urm– boleh tolong saya tak ? Dekat mana saya boleh jumpa student nama Idham Hakim ? " Pelajar dihadapannya itu berkerut buat seketika.

" That's my name, I guess ? " Idham mengangkat kad pelajarnya perlahan-lahan lalu tersenyum. " FinallyI found you. "

MS: Idham Hakim Where stories live. Discover now