P6

10 2 0
                                    

Idham tak mampu melakukan apa-apa kerja pun sekarang ni kerana sibuk memikirkan kesalahan bodohnya. Dia memarahi Wani tanpa memeriksa kesahihannya dahulu.

" Wani jumpa along ke semalam ? " Idham bertanya dengan suara yang kerisauan. " Ha'ah, dia tak bagitahu Hakim ke ? Semalam dia kata Hakim nak bawa dia makan tapi along ada hal penting nak bincang dengan dia. Sorrylah. "

Saat itu Idham betul-betul mahu menghentak kepalanya didinding. " Kenapa ? Korang– gaduh eh ? " Idham mengeluh seketika dihujung talian. Lelaki itu tahu sahaja jika mereka sedang bergaduh ataupun tidak.

" Alah, Hakim ajak Wani pergi makan harini lepastu minta maaflah. Hakim tahukan yang Wani tu hati dia lembut. Along ada hallah, bye. " Panggilan telefon itu ditamatkan oleh abang Wani. Idham mengeluh buat kali ke seribu.

Dirinya sekarang penuh dengan kekesalan kerana menuduh Wani sesuka hatinya. Masalahnya dia tak mampu menahan dirinya apabila dia cemburu. Sakit hatinya melihat Min Ki begitu rapat dengan Wani.

" Encik Idham– " P. A Idham, Suraya, menolak sedikit bahu Idham selepas dia memanggil nama Idham berkali-kali tetapi tidak dibalas. Idham memandang ke arah wanita itu dengan pandangan kosong. " –meeting dah start. Semua orang dah ada, tunggu Encik Idham je ni. "

Idham hanya membalas dengan anggukkan sahaja lalu terus berjalan ke arah bilik mesyuarat. " Uhm– Suraya. Perempuan kalau merajuk, apa benda yang patut saya beli untuk pujuk dia ? " Suraya berfikir sejenak sebelum kembali fokus memandang ke arah Idham.

" Kalau saya, saya nak lelaki tu sewa satu restaurant untuk saya and have a sweet dinner. And don't forget to buy flowers. " Idham mengangguk tanda faham. Itu sahaja dia perlu lakukan ? Sungguh mudah. " But– "

" –Encik Idham nak pujuk siapa ? " Idham terhenti seketika. Tangannya menggosok-gosok belakang lehernya kerana terasa teramat kekok. " Mymy sister ! Dia merajuk. " Suraya tertawa seketika membuatkan Idham berkerut.

" Encik Idham ada seorang sahaja adik dan dia lelaki. Encik dah ada girlfriend eh ? " Idham terasa dia seperti hilang ingatan seketika. Mengapa dia boleh lupa semua adik beradiknya lelaki.

" A– adik angkat. Saya ada adik angkat dari unversiti. Da– dah jomlah. "

MS: Idham Hakim Where stories live. Discover now