P1

201 23 14
                                    

Wani sekarang ini hanya mampu mengelakkan pandangan matanya dari memandang Idham. Lelaki itu menyilang tangan didada sambil menayangkan muka yang ketat membuatkan Wani mahu menangis di situ. Seram woi bang. " So abang tak boleh tahulah yang Wani akan kerja dekat sini ? Sebab apa ? Sebab Wani tahu department abang jauh and Wani boleh bangga tayang kecantikan Wani ni ? "

Wani laju menggeleng. Dia sangat kenal akan sifat cemburu Idham yang sebiji macam perempuan. Kalau lelaki itu dah cemburu, teruk semua orang kena nanti. " No ! Wani tak tahu pun abang kerja dekat sini. Kitakan memang tak pernah cakap fasal kerja masing-masing. Kan ? " Dia cuba memberi alasan yang logik tapi memang jujur dia tak pernah tahu Idham kerja di situ kerana mereka tak pernah nak bercakap pun tentang kerja.

Idham masih memandang tajam ke arah Wani yang menunduk takut itu. " YOU- are mine, understand ? " Wani laju mengangguk. Idham menundukkan badannya sedikit untuk menyamakan ketinggian mereka.

" Kalau abang tahu Wani ada hubungan apa-apa dengan budak-budak dekat office tu- " Idham makin mendekatkan mukanya pada wajah Wani membuatkan kaki Wani semakin mengeletar.

" - you know I can do anything if I'm jealous. "

Wani terus teringat ketika dia sedang di semester kedua, seorang lelaki mahu mengajaknya keluar makan dan dia tetap berusaha untuk membuat Wani terima walaupun telah ditolak beberapa kali.

Mungkin nasib lelaki itu malang, pada saat itu juga Idham lalu dikawasan itu dan terus menumbuk lelaki itu tanpa mengetahui apa-apa.

" Malam ni makan dengan abang okay ? " Idham terus menjarakkan dirinya serta-merta. " Baik bos and I promise I'll be good girl. " Idham akhirnya tersenyum selepas lama membuat wajah tegangnya.

Dia terlalu risau untuk membiarkan Wani kerja disitu kerana dia sudah lali dengan tempat itu. Dia tahu setiap lelaki disitu pantang sungguh melihat bidadari, pasti sahaja mahu dijadikan teman sehidup semati.

" Wani ada beli ni- " Gelang tali yang sama seperti gelang yang pernah Idham hadiahkan kepada Wani sekarang berada didepan mata Idham. " Hulur tangan. " Idham tanpa merungut terus menghulurkan tangannya.

Wani mengikatkan tali itu dipergelangan tangan Idham selembut mungkin. " Jangan buka sampai bila-bila. Gelang ni bermaksud abang tu Wani punya. " Idham membuat wajah pelik.

" But- kita dah ada cincin yang sama. " Cincin dijarinya ditayang dihadapan mata Wani. Dengan adanya cincin itu, memang bermakna mereka berdua sedang dalam perhubungan. " Tak nak takp- "

Baru sahaja Wani mahu mencabut gelang itu, Idham menarik tangannya. " I'm all yours. "

So basically, ni season 2. Rasa insecure pula nak publish tapi janji tetap janji. Walaupun I tahu korang tak tunggu pun season 2 ni (nangis kejap), tapi here we go. Kalau bosan mohon maaf, I pun rasa bosan. Season 2 ni telah selesai ditulis tahun lepas lagi so hmm.

MS: Idham Hakim Where stories live. Discover now