Idham berjalan dengan gembiranya ke department Wani sambil membawa sarapan untuk wanita kesayangannya itu. Department Wani itu sudah seperti departmentnya sendiri, hari-hari dia datang. " Wa- " Langkahnya terhenti saat melihat Faris sedang berbual mesra dengan Waninya.
Dia membetulkan tali lehernya sebelum ingin memulakan lakonan sebagai pekerja yang baik. " Faris, kerja awak dah siap ke sampai ada free time untuk berborak ni. " Faris terus berlalu pergi dari situ selepas ditegur oleh Idham. " Lagi satu Cik Wani, ni pejabat bukannya warung. Datang sini buat kerja, bukannya membawang ! Saya cukup pantang orang yang macam awak ni. "
Rahang Wani jatuh mendengar kata-kata Idham itu. Idham melontarkan kata-kata itu seperti dia baru sahaja melakukan kesalahan membunuh. " GO. BACK. TO. WORK. NOW ! " Sudah lama sungguh tidak mendengar jeritan Idham. Kenangan sewaktu sesi orentasi diuniversiti kini terngiang-ngiang dikepalanya.
" Wey Idham, kau dah kenapa sibuk ceramah budak-budak aku ni ? Memang department kau tengah takda pekerja ke apa sampai kau bosan macam ni ? " Idham hanya berdiam diri dan masih kekal dengan gaya tangan didadanya. " And one more thing, sejak bila kau suka melawat sini. Dulu bukan main liat nak bangun dari kerusi kau tu. "
Idham mahu berlalu dari situ sebelum Dani membuka segala rahsianya tetapi dia terlalu risau tentang Wani. " Tak, aku peliklah. Macam mana kau boleh ambil pekerja macam dia tu. " Sudah terang lagi bersuluh yang Idham sedang menunding jarinya ke arah Wani.
" Kau bagi budak tu dekat aku, biar aku ceramah dia sikit. Kerja mai- " Belum sempat Idham menghabiskan kata-katanya, Dani menutup mulut sahabatnya itu. " Encik Idham, saya dah kawan dengan awak untuk masa yang sangat lama dan saya tahu ini taktik awak untuk mengorat dia. "
Pekerja disitu mahu tergelak tetapi ditahan kerana takutkan amukan Idham. Muka Idham jelas kelihatan berona merah. Hanya Wani yang masih terkesan dengan setiap kata-kata Idham. Entah kenapa dia rasakan Idham maksudkan setiap kata-katanya itu.
" Wani malu ke tu ? " Dani mula mengusik-usik mereka berdua dan Wani hanya mampu menundukkan kepalanya bukan kerana malu tetapi kerana sedih dengan setiap kutukan Idham itu.
Min Ki yang dapat melihat air mata Wani mula menitis terus menghulurkan tisu secara senyap. Ketika yang lain sedang bergelak tertawa, hanya Min Ki yang setia menjaga dirinya seperti seorang ibu yang menjaga anaknya.
" You can tell me everything, you know it right ? " Wani mengangguk kecil sambil mengesat air matanya yang mengalir dipipi. " Lepas balik kerja kita pergi makan malam. " Wani secara tiba-tibanya mengajak Min Ki selepas dia dapat menenangkan dirinya. Min Ki tidak menolak malah hanya bersetuju.
Selepas semua orang kembali fokus pada kerja mereka, Idhama berjalan ke arah meja Wani. " Baby, wayang jom malam ni. Dah lama kita tak da- " Idham terhenti apabila melihat Wani menggeleng kecil. Adakah wanita itu baru sahaja menolak ajakannya ?
" Malam ni Wani dah janji dengan abang Wani. Ada hal nak kena bincang. Next time maybe- " Idham terkaku melihat Wani yang tiba-tiba menjadi dingin dengan dirinya. Kenapa dengan dia ?
Author's note:
Nah guys cerita ni siap tulis tahun 2018, publish tahun 2019-2020 dan sambung publish 2024. Harap-harap masih ada yang baca dan tak rasa cerita ni boring, Amiinnn.
Enjoy ( ◜‿◝ )♡
YOU ARE READING
MS : Idham Hakim
Teen Fiction[ My second malay baby and it's a boy ] ❝ Tah kenapa hati ni degil sangat- -hanya mahu pada seorang lelaki, dia. ❞ Pertemuan pertama tak semuanya baik. Bagi Wani Syazila, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan, pertemuan dengan seniornya, Idham Ha...