P7

213 24 2
                                    

Lagu beautiful pain nyanyian kumpulan BTOB kedengaran didalam bilik Wani membuatkan pelajar perempuan itu memanjangkan tangannya mencari telefon bimbitnya. Matanya sedaya upaya dibesarkan untuk melihat skrin telefon yang begitu cerah baginya.

Brightness paling rendah pun still terang nak mampus bila dalam bilik yang gelap gelita ni tahu tak !

Satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali terus diangkat tanpa merungut. " Hello ? " Dengan suara serak-serak, Wani menyapa orang yang menelefonnya.

Typical orang baru bangun tidur, suara mesti serak-serak. lol.

Matanya cuba melihat jam didinding tetapi pandangannya sangat kabur kerana dia rabun jauh. Dia tidak memakai cermin mata malah kanta lekap sekarang. Ye gais hanya rabun bukan buta.

" Hello, Wani. " Suara garau tetapi romantik yang menyapa telinga Wani membuatkan dia meremang satu badan. Siapalah jejaka yang membuatkan Wani terjatuh cinta dipagi hari ni.

" Aku ambil kau pukul 7 nanti, kelas kau pukul 7 kan ? " Damn. Suara yang seksi tu tiba-tiba kedengaran seram.

Saat lelaki itu menghabiskan kata-katanya, baru dia sedar yang orang itu ialah Idham. " Urm– no needlah. Saya per– ah housemate saya nak hantarkan. " Wani menggosok-gosok belakang lehernya secara tiba-tiba.

" But you stay alone– " Wani terkaku seketika. Bagaimana Idham boleh tahu yang dia tinggal seorang diri ? " Awak stalk saya ke ? " Idham tiba-tiba membetulkan suaranya dihujung talian.

Hah, kantoi. Stalk cakap stalk. Suka cakap suka. Aduhai Idham ni.

" Ha– haritu kau yang bagitahu Syah, aku terdengar je. " Wani langsung tak ingat bila dia beritahu Syah tentang dia tinggal bersendirian. " Dahlah, nanti aku ambil kau. Bye. "

Jam baru menunjukkan pukul 5:30 am. Apatah kerja si Idham tu menelefonnya seawal itu.

Wani termenung untuk seketika sebelum memandang ke arah gelang tali yang elok terikat ditangannya. " Betul ke tu abang Hakim ? "

Gelang tali yang dihadiahkan oleh Hakim 2 tahun lalu itu masih dia simpan. Gelang couple kata Hakim, marah betul kalau Wani kata mahu membukanya.

" Tapi dia tak pakai pun gelang tu– dia kata jangan buka sampai bila-bila. " Ikatan gelang itu dileraikan perlahan-lahan. Masih dia ingat kata-kata Hakim sebelum dia berangkat ke Pahang.

" Gelang ni, kira gelang couple jugalah sebab abang pun ada. " Dengan gembiranya Idham menayangkan gelang tali yang sudah terikat ditangannya. Gelang milik Wani dihulur kepada Wani.

" Pakai gelang ni, jangan buka sampai bila-bila. Kalau Wani dah takda perasaan pada abang atau dah benci abang baru buka and sama juga dengan abang, kalau abang takda perasaan dekat Wani baru abang buka but rasanya tak akan berlaku kot. "

Kalau itu benar-benar Hakim, maknanya lelaki itu sudah tidak suka pada dirinya. Selepas 2 tahun memakai gelang itu, akhirnya dibuka dengan perasaan yang rela.

MS : Idham Hakim Where stories live. Discover now