P4

253 27 2
                                    

Idham segera berlari ke arah bunyi yang menyapa telinganya itu. " WANI ! " Terlihat pelajar perempuan itu sedang terbaring kesakitan di atas jalan raya. Wani kelihatan sedang mengerang kesakitan sambil memegang perutnya.

" Wani, darah ! " Pendarahan berlaku dikawasan perut yang dipegang oleh Wani membuatkan Idham semakin takut. Nak tolong tapi takut orang kata apa pula. Yelah, Wani itu perempuan bertudung. " Wani, aku tolong kau bawa pergi bilik sakit. Sorry, terpaksa pegang kau. Darurat. "

Dengan senangnya Idham mengangkat Wani ke arah bilik sakit di universiti itu. Nasib baik jarak bilik itu dari tempat parking tidak jauh mana. " DOKTOR ! TOLONG ! " Pintu bilik itu terus dirempuh oleh Idham tanpa kesah akan kesakitan yang dirasai oleh tubuhnya.

" APA JADI NI ?! LETAK DIA DEKAT SINI ! " Selepas selamat meletakkan dia diatas katil itu, Idham menghela nafas lega. Bajunya yang diselaputi dengan darah itu langsung tidak diendahkan. Yang penting sekarang ni, dia mahu Wani selamat.

" Awak boleh keluar dahulu, nanti doktor dah siap rawat saya panggil awak masuk. " Jururawat itu membukakan pintu untuk Idham keluar tetapi kakinya berat untuk meninggalkan Wani begitu sahaja. Akhirnya dia keluar dan terus duduk dibangku yang disediakan.

" Wani Syazila– I miss you. "

" Abang Hakim ! " Idham menoleh ke arah suara yang memanggil namanya itu. Tersenyum saat terlihat wajah orang itu. " Wani buat apa dekat sini ? " Wani menunjukkan bekal yang dibuat khas untuk Idham dengan gembiranya.

" Wah, dah boleh jadi isteri abang dah ni. " Idham duduk dibangku yang ada sambil mengelap peluhnya. Hilang terus penatnya bermain bola tadi selepas melihat wajah kesayangannya. " Abang baru je 17 tahun and Wani pula 16 tahun. Mana boleh kahwin bawah umur. "

Idham berfikir sambil mengunyah nasi goreng kampung itu. " Lepas abang habis belajar account dekat universiti kita kahwin. " Wani mengangguk-angguk kecil tanda setuju.

" Kita belajar account sama-sama tau. Lepastu kerja dekat tempat sama, balik sama-sama. Sweetnya ! " Idham tergelak melihat gelagat Wani yang seperti keanak-anakan itu. Tak pernah dia terfikir apa akan jadi jika dia kehilangan Wani dalam hidupnya.

" Abang ? Kenapa tenung Wani macam tu ? " Idham tersenyum kecil melihat wajah blur teman wanitanya itu. " Wani tak akan lupakan abangkan ? Lepas ni kita dah tak jumpa lagi. Abang kena balik Pahang lepas habis sekolah. "

Rumah keluarga Idham memang di Pahang cuma dia sengaja mahu bersekolah di Johor kerana ingin tinggal bersama nenek dan atuknya. " Mana mungkin Wani lupa senior kesayangan Wani ni. Lagi satu, boleh call boleh whatsapp boleh DM. Nanti senang-senang Wani melawatlah abang dekat sana. "

Idham hanya mengangguk kecil. Suka benar dia dengan sikap positif Wani itu. Kalau boleh, dia mahu bawa sekali Wani ke Pahang dan terus berkahwin dengan dia kerana takut Wani dicuri orang. " Wani tak akan lupakan abang, trust me. "

" Betul eh ? " Wani mengangguk laju. " Abang tu, dekat universiti nanti mulalah lupa Wani sebab ada banyak perempuan cantik. " Tergelak Idham mendengar kata-kata Wani.

" Kenapa ? Jealous ? " Terangkat kening sebelah kiri Idham. " Abang tak akan cari lain punya, abangkan sayang Wani. "

MS: Idham Hakim Where stories live. Discover now