P14

201 24 2
                                    

Idham sedaya upaya memanjangkan lehernya untuk melihat keputusan peperiksaan pelajar tahun pertama. Akhirnya dia berputus asa kerana terlalu susah untuk melihat apabila semua pelajar berkumpul disitu.

" Uhm– siapa dapat top 1 ? " Idham bertanya pada salah seorang pelajar disitu. " Wani Syazila– hebat betul diakan abang ? Untung kalau saya dapat dia as girlfriend. " Pelajar lelaki itu mula tersenyum-senyum apabila terbayangkan Wani menjadi buah hatinya.

Idham sudah mengempal penumbuknya tetapi dia cuba kekal bertenang. " Abang dengar dia dah ada boyfriend. Melepas awak– " Idham menepuk-nepuk bahu pelajar itu sebelum berlalu pergi dari situ.

Sekarang dia perlu mencari Wani. Kegembiraannya tidak mampu disembunyikan dan senyuman terus melekat dibibir Idham. Nombor Wani didail selepas 10 minit mencari dan gagal menjumpai pelajar itu.

" Hello Wani, aku nak ba– " Belum sempat dia meneruskan kata-katanya, dia tiba-tiba terhenti. " Hello ? " Wani tidak mendengar apa-apa dari hujung talian. " Idham ? " Lelaki itu terdiam selepas terdengar suara Syah bersama dengan Wani.

Panggilan itu terus ditamatkan tanpa berlengah lagi. Hatinya terlalu sakit untuk menerima takdir bahawa Syah sentiasa satu tapak dihadapannya. Idham tersandar didinding apabila kakinya tiba-tiba terlalu lemah untuk berdiri.

Selama 30 minit, pelajar lelaki itu hanya tersandar pada dinding itu tanpa menghiraukan orang yang menyapanya. " Hello ? " Kepalanya yang didongakkan dari tadi ditundukkan apabila seseorang melambai-lambai tangannya dihadapan muka Idham.

" Eh– Wani. " Idham segera membetulkan tali leher serta kemejanya selepas melihat Wani dihadapannya. Suaranya juga dibetulkan, takut-takut terkeluar suara yang nak menangis. " Awak okay tak ? Call lepastu tak cakap apa-apa. " Idham hanya tersenyum kecil.

" I'm fine. Syah mana ? " Idham cuba mengubah topik agar dia tidak kelihatan cemburu. " Abang Syah nak belanja saya makan tadi lepastu awak call and awak diam. So I ran here and leave abang Syah behind. " Berbunga-bunga hati Idham selepas mendengar cerita Wani.

Wani tinggalkan Syah demi dirinya, sungguh dia terharu. " Are you okay ? Be honest, please– " Idham mengeluh panjang sebelum dia menggelengkan kepalanya. " I'm not so okay. I'm in heartbroken mood. " Idham memegang dadanya sambil membuat muka sedih.

" To be honest, I'm so mad when saw you two together because you guys look so good together like perfect match. Syah dengan kau macam secocok sangat. Korang siap ada shipper, #SyahWani. "

Idham menyilangkan tangannya didada sambil menyandarkan kepalanya didinding. " I'm just madthat's all. " Wani turut menyandarkan badannya didinding bersebelahan dengan Idham. Tanpa tak sedar, hadir satu senyuman dibibir Wani.

" So– ni kes jealouslahkan ? " Idham laju menggelengkan kepala. " I'm just mad, tak faham ke ? " Wani memandang tajam pada Idham sambil cuba membuat muka percaya. " Okay. So saya akan pergi terus makan dengan abang Syah. Bye. "

Wani berjalan perlahan-lahan dan berharap Idham akan menahan dirinya. Dia berpaling untuk melihat lelaki itu tetapi lelaki itu masih berada ditempat asalnya. " Sa– saya pergi ni. "

" Pergilah, teruskan berfoya-foya dengan Syah kau tu. Pergi jadi perempuan yang jatuh cinta pada lelaki yang dah jelas terlihat sifat playboynya. Jadilah bodoh dengan tinggalkan yang setia. "

MS: Idham Hakim Where stories live. Discover now